Now Reading
[Video] Ramai Teruja Akhirnya Nampak Pemilik Kereta Penuh Bendera Di Federal Highway

[Video] Ramai Teruja Akhirnya Nampak Pemilik Kereta Penuh Bendera Di Federal Highway

Difahamkan, tiada sebab khusus kereta ikonik yang penuh dengan perhiasan bendera itu diletakkan di bahu Lebuhraya Persekutuan, hanyalah “suka-suka”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah kereta unik yang dihiasi dengan bendera Malaysia dan Selangor sering menjadi perhatian pengguna Lebuhraya Persekutuan. Namun, ramai yang tertanya-tanya siapakah pemiliknya dan apakah kisah di sebaliknya.

Kenderaan itu sering diparkir di tepi jalan, mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan orang ramai. Ada yang menganggapnya sebagai simbol patriotisme, sementara yang lain tertanya-tanya tentang pemiliknya yang jarang kelihatan.

Misteri itu akhirnya terjawab apabila seorang anggota polis berjaya bertemu dengan pemiliknya dan berkongsi perbualan mereka dalam sebuah video tular di TikTok.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Anggota Polis ‘Terlentok’ Atas Motor Ketika Tunggu Lampu Isyarat

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Pakcik Azmi, Pemilik Kereta Penuh Bendera Di Federal Highway

Menerusi perkongsian seorang anggota polis di TikTok (@mpv_shah), rakaman kamera badannya itu merakam perbualan dengan pemilik kereta tersebut yang dikenali sebagai Pakcik Azmi.

Di awal video, anggota itu meluahkan rasa terujanya kerana akhirnya dapat bertemu dengan pemilik kereta yang sering menjadi perhatian.

Mereka kemudiannya bersalaman dan berborak. Dalam perbualan, Pakcik Azmi menjelaskan bahawa dia memarkir keretanya di situ sekadar suka-suka.

Pakcik Azmi turut berkongsi bahawa dia seorang yang mudah penat, jadi dalam tengah berbual, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas rumput sambil meneruskan perbualan dengan anggota tersebut.

Keretanya yang dihiasi penuh dengan bendera Malaysia sudah lama menjadi ikon di kawasan sekitar Lebuhraya Persekutuan.

Sebelum beredar, anggota tersebut sempat menghulurkan sejumlah wang kepada Pakcik Azmi sebagai sumbangan untuk juadah berbuka.

Pakcik Azmi menerima dengan rasa syukur dan sempat mendoakan kesejahteraan ke atas anggota tersebut.

@mpv_shah

Meet & Greet bersama Pakcik Azmi (Terkenal dengan Semangat Malaysia) #fypシ #fyp #flypシ #mpv_shah #tenggokilodcc

♬ original sound – TenggoKiloDcc – TenggoKiloDcc
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja Misteri Pemilik Kereta Terjawab

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja akhirnya dapat mengetahui kisah di sebalik kereta penuh bendera itu.

Tidak kurang juga yang memuji tindakan anggota polis yang prihatin membantu Pakcik Azmi dengan memberikan sumbangan.

Sumber: TikTok @mpv_shah
Sumber: TikTok @mpv_shah

Selain itu, ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah melihat kereta tersebut di lebuh raya, tetapi tidak menyangka akhirnya dapat mengetahui siapa pemiliknya.

Beberapa pengguna TikTok yang pernah bertemu dengan Pakcik Azmi mengesahkan bahawasanya dia memang seorang yang baik dan peramah. Anak saudaranya sendiri juga hadir dan meninggalkan komen tentang pakciknya itu.

Sumber: TikTok @mpv_shah
Sumber: TikTok @mpv_shah
Sumber: TikTok @mpv_shah

Pertemuan ini sekaligus merungkai persoalan ramai mengenai kehadiran kenderaan ikonik itu di Federal Highway.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan

Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd