[Video] Ramai Loya Tekak Lihat “Cucuk-Cucuk” Didakwa Untuk Niaga Disorok Bawah Kanvas
Difahamkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi penemuan makanan yang ditinggalkan itu sejurus mendapat laporan daripada orang awam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bazar merupakan tempat orang ramai mencari pelbagai juadah, terutama ketika Ramadan. Kualiti dan tahap kebersihan makanan tidak boleh diambil mudah kerana kesan dan akibatnya boleh memudaratkan.
Makanan yang dikendalikan secara cuai bukan sahaja mencetuskan rasa kurang senang tetapi juga berisiko mengancam kesihatan. Jika tidak dapat memenuhi cita rasa masyarakat sekalipun, kualiti kebersihan makanan wajib mencapai piawaian.
Namun, masih ramai peniaga yang sambil lewa dalam mengendalikan makanan tanpa memikirkan kesannya kepada pelanggan sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangkit Dengan Karipap Oksigen Ke?” – Tauhu Begedil Inti Angin Curi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak” – Wanita Terkejut Jumpa Kain Buruk Dalam Martabak
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Mahu Boikot Bazar Ramadan, Pertikai Harga Makin Mahal & Tak Jaga Kualiti
Terjumpa “Cucuk-Cucuk” Ditutup Kanvas Di Tapak Bazar
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@itik289674), seorang lelaki datang ke tapak bazar sekitar pukul 8 pagi. Ketika itu, kawasan bazar masih lengang kerana masih di luar waktu berniaga.
Kelihatan berapa alatan berniaga seperti meja, kerusi milik segelintir peniaga ditinggalkan di tapak bazar. Namun, apa yang mengejutkannya ialah apabila dia membuka kanvas yang menutupi salah satu meja di situ.
Di bawahnya, terdapat banyak makanan jenis “cucuk-cucuk” atau “lok-lok” yang sudah digoreng dan dipercayai ditinggalkan semalaman. Di atas salah satu raga makanan itu turut kelihatan sekeping kertas “QR” bank yang didakwa milik peniaga.
@itik289674 Tak boleh sangka baik sebab dari minggu lepas buat macam ni. #cheras #bazarramadan
♬ original sound – Itik289674 – Itik289674
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ambil Tindakan
Dalam satu perkongsian lain, dikatakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tiba di lokasi tersebut beberapa jam selepas laporan dibuat.
Beberapa gambar yang dilampirkan menunjukkan lebih banyak makanan yang ditinggalkan di situ, dipercayai milik peniaga yang sama.
Netizen Berang Lihat Peniaga Tinggal Makanan Untuk Niaga
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga yang meninggalkan makanan semalaman sebelum dijual.
Menurut mereka, aspek kebersihan dan keselamatan makanan sepatutnya menjadi keutamaan, bukan sesuatu yang boleh diambil mudah.


Tidak kurang juga yang memuji tindakan pantas pihak KKM dalam menangani isu ini.
Beberapa pengguna turut mendakwa bahawa notis arahan penutupan telah dikeluarkan kepada peniaga berkenaan sebagai langkah tegas terhadap pelanggaran aspek kebersihan.



Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Facebook BKKMHQ.

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis
Baca Artikel Berkaitan: “Hari 1st Ramadan Dah Kena Scam” – Isi Sotong Takoyaki Sebesar Kismis Bikin Ramai Bengang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



