[Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok
Difahamkan, kerenah anak yang bersungguh mahu keropok buat si ayah ‘berpening kepala’ melayan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Anak kecil sering mempunyai permintaan yang sukar difahami, tetapi sebagai ibu bapa, melayan kerenah mereka adalah perkara biasa. Kadangkala, interaksi dengan anak yang sedang membebel boleh menghiburkan.
Keletah anak yang tidak dapat bertutur dengan jelas tetapi tetap berusaha menyampaikan kemahuannya sering mengundang gelak tawa.
Itulah yang berlaku dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila si ayah terpaksa melayan kerenah anaknya yang mengomel kerana mahukan keropok.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Kepada Khairul Aming, Kami Anak Beranak Gaduh!” – Gelagat Keluarga Cuba Resepi KA Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: “Luluh Hati Seorang Ibu” – Wanita Sebak Lihat Hasil Lukisan Anak Sulung, Seolah Tidak Diberi Perhatian
Ibu Gelak Besar Kerana Telatah Si Ayah & Anak
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@muhammadfirdausomar), video dashcam dalam kereta merakam perbualan antara seorang ayah dan anaknya yang masih kecil.
Dalam video tersebut, si anak berusaha meminta keropok sambil mengomel dalam bahasa budak yang sukar difahami.
Mendengar anaknya membebel tanpa henti, si ayah dengan nada pasrah berkata, “Astaghfirullah, dia punya level stress tu dah lebih dari aku dah.”
Kenyataan itu membuatkan si ibu terus berdekah tanpa henti di tempat duduk sebelah, sementara si anak masih meneruskan rengekannya.
Si ayah kemudian cuba memujuk dengan berkata, “Sampai rumah nanti kita makan la keropok. Dia fikir pening dia je.”
Tidak lama selepas itu, seorang lagi anak mereka tiba-tiba merengek, membuatkan si ayah hanya mampu mengeluh, “Ha ni lagi seorang.”
Isterinya yang tidak dapat menahan tawa terus ketawa lebih kuat, membuatkan situasi itu semakin menghiburkan.
Dalam kapsyen video, si ayah menambah gurauannya yang tertulis, “Masalah keropok dia lagi besar dari masalah aku.. Hai la anak.”
Netizen Terhibur Dengan Gelagat Anak Beranak Ini
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat si ayah yang pasrah melayan kerenah anaknya.
Ada yang berjenaka dengan bertanya, “Ada rasa macam bertekak dengan diri sendiri tak?”


Selain itu, ramai juga yang turut terhibur dengan si ibu yang hanya mampu ketawa sepanjang rakaman.

Reaksi spontan dan keletah keluarga ini benar-benar menceriakan hari netizen yang menonton video tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.