Now Reading
“Nak Habis Ramadan Pun Tak Puasa” – Gelagat Bayi & Kucing Minum Susu Botol Sama-Sama Buat Ramai Terhibur

“Nak Habis Ramadan Pun Tak Puasa” – Gelagat Bayi & Kucing Minum Susu Botol Sama-Sama Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, kucing tersebut sering minum susu dalam botol sejak kecil membuatkan tabiat itu kekal hingga besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anak kecil dan haiwan peliharaan sememangnya sering mencipta momen mencuit hati. Hubungan dan keakraban mereka bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara manusia dan haiwan.

Kadangkala, aksi mereka yang spontan dan tidak dijangka mampu mengundang gelak tawa. Lebih-lebih lagi apabila mereka berkongsi sesuatu dengan penuh keikhlasan.

Begitulah yang terjadi dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak bukan sahaja minum susu sendiri, malah turut membantu kucing kesayangannya minum bersama.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur

Anak Baring Minum Susu, Siap Pegangkan Botol Untuk Kucing

Menerusi perkongsian video di TikTok (@oyennthegang), seorang ibu merakam anaknya yang sedang berbaring sambil menikmati susu.

Apa yang menarik, bukan dia sahaja yang minum susu, tetapi dia juga memegang botol susu untuk kucing peliharaannya.

Kucing tersebut turut berbaring di bantal yang sama dalam posisi seakan-akan manusia. Dengan kaki ke atas dan dua tangan di depan, ia kelihatan umpama sedang menikmati susunya dengan selesa.

Pemilik video menambah gurauan di kapsyen dengan berkata, “Kucing dengan majikan dia tak puasa. Dah nak habis Ramadan pun tak puasa lagi.”

Video tersebut mencuri perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis, ia telah meraih satu juta jumlah tontonan di TikTok.

Netizen Terhibur Lihat Aksi Budak dan Kucing Minum Susu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat si kecil dan kucingnya.

Ada yang bergurau dengan bertanya mengapa kucing itu tidak dibedung melihatkan kakinya yang terangkat ke atas.

Sumber: TikTok @oyennthegang
Sumber: TikTok @oyennthegang

Selain itu, ada juga yang menjelaskan bahawa kucing tidak sepatutnya minum susu lembu. Namun, pemilik video menjelaskan bahawa susu yang diberikan adalah susu khas untuk kucing, jadi ia selamat untuk diminum.

Sumber: TikTok @oyennthegang

Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk beri kucing minum susu sebegitu.

Jawab pemilik video, kucing itu memang dari kecil sudah diajar untuk minum dengan cara begitu.

Sumber: TikTok @oyennthegang

Gelagat comel mereka terus mencuri hati netizen, membuktikan bahawa kasih sayang antara manusia dan haiwan boleh terjalin dengan begitu erat.

Cara Membedung Bayi Dengan Betul

Jom kami kongsikan panduan mudah kepada para ibu bapa untuk membedung bayi mereka dengan cara yang betul.

Sebelum itu, pastikan anda menyediakan kain bedung yang lebar dan besar supaya ianya tidak terlalu ketat apabila badan bayi dibedung.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Bentangkan kain bedung bayi dengan satu sudut menghala ke atas di permukaan rata.
  2. Lipat sudut di bahagian atas ke bawah.
  3. Baringkan bayi dengan bahagian bahunya berada di atas lipatan sudut.
  4. Letakkan lengan kiri bayi ke bawah dan membalut kain bedung di bahagian lengan serta dada dan menyelitnya ke bawah badan sebelah kanan.
  5. Letakkan lengan kanan bayi pula ke bawah sebelum membalutinya kain bedung ke arah kiri.
  6. Pusingkan kain bedung di bahagian bawah dan selit di belakang.
bedung bayi
Sumber: Pa & Ma

Dalam pada itu, doktor ini juga menasihati ibu bapa untuk memilih kerusi bayi atau pengangkut bayi (baby carrier) dengan saiz yang betul

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu ibu bapa di luar sana menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Bayi Berisiko Terkena Masalah Sendi Jika Salah Bedung, Ini Cara Sebetulnya

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd