Now Reading
“Donut Alaf Baru” – Lelaki Tergamam Peniaga Jual Donut Dipotong Kepada 2 Bahagian

“Donut Alaf Baru” – Lelaki Tergamam Peniaga Jual Donut Dipotong Kepada 2 Bahagian

Menurut pembeli dikenali sebagai Hakim, ‘dua ketul’ donut yang sebenarnya hanya sebiji dan dibahagi kepada dua bahagian itu dicaj sebanyak RM5.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pembeli, sudah tentu anda mahukan produk yang berbaloi dengan harga dibayar. Namun semakin hari, semakin ramai pembeli yang mengadu di platform media sosial tentang juadah makanan yang dikatakan agak cekik darah.

Seperti sebelum ini, tular di TikTok mengenai kuih apam kampung yang dijual di sebuah bazar Ramadan. Apa yang menjadi perhatian adalah harga jualan kuih tersebut yang agak mahal dari kebiasaan iaitu sepotong berharga anggaran RM1.40 ke RM1.50.

Lebih mengejutkan, peniaga berkenaan turut mengenakan caj tambahan sebanyak RM2 sekiranya pelanggan mahu menambah kelapa parut yang sememangnya perlu dinikmati bersama kuih tradisional itu.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]

Lelaki Terkejut Peniaga Jual Donut Yang Dikerat Kepada Dua Bahagian

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hakim (@luqmanulhakim668) berkongsi keadaan donut yang dibeli olehnya di bazar Ramadan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan dua ketul donut bersalut coklat yang berharga RM5 itu diletakkan dalam satu bungkusan plastik. Namun tidak seperti disangka, donut tersebut hanyalah indah dan sempurna dari rupa atasnya sahaja.

Hakim meluahkan rasa terkejut selepas menterbalikkan donut itu. Dia menyedari peniaga telah memotong donut tersebut kepada dua bahagian. Dalam erti kata mudah, ‘dua ketul’ donut dalam bungkusan berkenaan sebenarnya adalah sebiji yang dipotong dua.

Bagi menutupi cacat cela itu, peniaga menyalut donut tersebut menggunakan sos coklat dan coklat rice. Jadi harga bagi separuh donut terbabit adalah RM2.50.

“Saja nak tanya, aku pun dah lama tak beli donut dekat bazar kan. Donut memang macam ni ke sekarang?

“Ni satu donut, dia (peniaga) kerat jadikan dua donut. Memang macam ni ke donut alaf ni?” tanya Hakim yang tercengang melihat rupa kuihnya dalam keadaan sebegitu.

@luqmanulhakim668

Lain macam Donut sekarang kan🤣😂

♬ original sound – Luqmanul-Hakim (DallyCoffee)

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Donut Dipotong Kepada Dua Bahagian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa melihat makanan-makanan yang semakin pelik pada ketika ini.

“Ya Allah, apa yang makin teruk perangai (segelintir) peniaga-peniaga sekarang ni ya. Memang la harga barang makin mahal tapi agak-agak la,” kata seorang warganet.

Malah, ramai yang berkata peniaga tidak akan mendapat rezeki yang berkat jika memperdaya pembelinya.

“Bukan nak hina, tapi macam mana hidup nak senang kalau berniaga pun aniaya pelanggan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut berjenaka dengan Hakim yang pasrah melihat donutnya.

“Kalau nak sebelah lagi, kena add on bang 🥰,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@luqmanulhakim668)

Wanita Terkejut Kuih Keria Dibeli Di Bazar Ramadan Keras Kejung

Terdahulu, turut tular satu hantaran apabila seorang wanita berkongsi keadaan kuih keria yang dibeli olehnya dipercayai dari sebuah gerai di Bazar Ramadan Taman Tasik Tambahan, Ampang.

Kebiasaannya, kuih keria yang lembut itu akan disaluti dengan gula yang rangup apabila dimakan. Namun lain pula apabila kuih keria yang dibeli itu dilihat keras bagaikan batu.

Bagi menunjukkan kekerasan juadah tersebut, wanita itu mengetuknya berulang-ulang kali di atas lantai. Bagaimanapun, kuih berkenaan dilihat masih kekal seperti bentuk asalnya dan tidak hancur sama sekali.

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Makan Tinggal Gusi Je” – Kuih Keria Keras Macam Batu Undang Perhatian

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook BKKMHQ
Gambar sekadar hiasan. Sumber: X (@NoorAminAhmad)

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah

Baca Artikel Berkaitan: “Craving Tapi Dapat Macam Ni” – Pelanggan Beli Ayam Bakar Dapat ‘Percuma’ Telur Lalat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd