Now Reading
[Video] Suka Dessert Batal Jelajah Ke Pulau Pinang Selepas Caravan Dipercayai Terlibat Kemalangan

[Video] Suka Dessert Batal Jelajah Ke Pulau Pinang Selepas Caravan Dipercayai Terlibat Kemalangan

Difahamkan team Suka Dessert sepatutnya membuka booth di Sunshine Mall, Bertam, Kepala Batas pada jam 9 malam 24 Mac sebelum terlibat kemalangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama Suka Dessert pasti tidak asing lagi dalam kalangan peminat manisan yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

Walaupun ada yang menyifatkan produk jualan syarikat itu mahal dan tidak elok untuk kesihatan, namun masih ramai penyokong yang membelinya bagi tujuan ‘self reward’ sehingga mereka mengadakan jelajah.

Pun begitu baru-baru ini, satu insiden telah menimpa Suka Dessert apabila caravan yang dibawa ke Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: “Keras & Kejung” – Founder ‘Suka Dessert’ Kesal Vendor Jual Semula Produk Lama Kepada Pelanggan

Auntie Ja Umum Pembatalan Jelajah Suka Dessert Akibat Terlibat Kemalangan

Semalam (24 Mac), pemilik Suka Dessert yang dikenali sebagai Auntie Ja memaklumkan menerusi TikTok (@sukadessert.hq) bahawa dia telah terlibat dalam satu kecelakaan.

Dia turut mengumumkan bahawa jelajah mereka yang seterusnya iaitu di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan disebabkan oleh situasi tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan kepala di bahagian dahi Auntie Ja bengkak besar mungkin akibat terkena hentakan.

Dia juga memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat team Suka Dessert.

Tonton video penuh [DI SINI].

Menurut satu video lain yang dimuat naik sebelum ini, difahamkan team Suka Dessert sepatutnya membuka booth di Sunshine Mall, Bertam, Kepala Batas pada jam 9 malam semalam.

https://www.tiktok.com/@sukadessert.hq/video/7485261363221138708

Tonton video penuh [DI SINI].

Caravan Suka Dessert Dipercayai Terlibat Kemalangan Berhampiran Ipoh

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci maksud kecelakaan yang dialaminya, beberapa saksi kejadian berkata mereka melihat caravan Suka Dessert dalam keadaan remuk di bahagian depan setelah terlibat kemalangan di sekitar Ipoh, Perak.

Orang ramai yang turut sama-sama bersedih berdoa agar segala urusan Auntie Ja dan team Suka Dessert dipermudahkan.

Malah, seorang individu memuji kekuatan Auntie Ja yang masih boleh menerangkan perkara itu selepas terlibat kemalangan.

Dipercayai cuaca sedang hujan lebat ketika kemalangan tersebut berlaku.

Seorang individu mendakwa bahawa dia menyaksikan situasi ketika kemalangan berlaku, di mana caravan hilang kawalan akibat jalan licin sehingga terlanggar belakang lori dan hampir terbalik.

Sumber: @sukadessert.hq/ TikTok

Ramai Minta Auntie Ja Lakukan Imbasan X

Dalam pada itu, ramai juga yang risau dengan keadaan Auntie Ja dan memintanya agar membuat pemeriksaan memandangkan terdapat bengkak yang besar pada dahinya.

Ada juga yang berkata Auntie Ja kelihatan seperti mahu muntah, iaitu salah satu tanda kecederaan serius terhadap kepala.

“Nanti buat X-ray tau. Mak saya pun pernah kemalangan terhantuk dahi. Kesan dia lepas 4, 5 tahun ada darah beku dalam otak,” kata seorang wanita.

Sumber: @sukadessert.hq/ TikTok

Suka Dessert Jadi Kegemaran Ramai, Namun Ada Juga Yang Pertikai Harganya

Produk oleh Suka Dessert sememangnya menjadi buruan ramai apabila pelanggan sanggup beratur panjang bagi mendapatkan hidangan pencuci mulut yang dijualnya.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mempertikaikan harga yang dikenakan bagi setiap produk Suka Dessert.

Antara produk yang pernah dikeluarkan oleh Suka Dessert ialah aiskrim kon berharga RM18 dan ‘Chocolate Tricolor’ dengan harga RM60.

Selain itu, Auntie Ja juga pernah mengeluarkan produk salad yang semestinya lebih sihat berbanding pencuci mulut, namun turut dikritik kerana harganya yang masih dianggap mahal iaitu RM12.

Baca Artikel Berkaitan: “Berbaloi Ke?” – Harga Ais Krim Kon Cecah RM18 Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coklat Cair RM60 Jadi Perdebatan, Harga Disifatkan Mahal & Boleh Jejas Kesihatan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Pertikai Peniaga Ini Umum Bakal Jual Salad RM12


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd