[Video] Skuter Elektrik Baharu Milik Pos Malaysia Undang Perhatian Ramai
Menerusi video tular tersebut, satu daripada dua buah motosikal dipercayai daripada unit Armada EV Pos Malaysia berkenaan siap berbumbung seperti sebuah kereta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Servis penghantaran memainkan peranan penting dalam kehidupan harian, terutama dengan peningkatan pembelian atas talian. Kecekapan penghantaran bukan sahaja bergantung kepada tenaga kerja, tetapi juga kenderaan yang digunakan.
Sebagai syarikat pos utama negara, Pos Malaysia terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan mereka lebih cekap dan mesra alam. Ini termasuk penggunaan teknologi dan kenderaan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan penggunaan skuter elektrik oleh Pos Malaysia dipercayai daripada unit Armada EV, mencuri perhatian ramai dengan reka bentuknya yang unik dan praktikal.
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Anjur Simposium Digital Trust 2024, Terokai Penyelesaian Digital Yang Inovatif
Baca Artikel Berkaitan: Hari Pos Sedunia: Pos Malaysia Bakal Tambah Kenderaan EV Untuk Kerja Penghantaran
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Lancar Cawangan Baru Pos Shop, Beri Transformasi Pada Dunia Peruncitan
Skuter Elektrik Baharu Milik Pos Malaysia Comel & Unik
Menerusi perkongsian yang tular baru-baru ini, seorang wanita terserempak dengan dua buah skuter elektrik milik Pos Malaysia. Dia sempat merakam momen itu dan kongsi di laman TikTok peribadinya (@sitisyeila).
Apa yang menarik, kedua-dua skuter ini dilengkapi “mini container” beroda di bahagian belakang.
Lebih unik, salah satu daripadanya mempunyai bumbung yang bersambung dari bahagian pemegang hingga ke storan, menjadikannya kelihatan seperti sebuah kereta kecil.
Turut kelihatan pada badan kenderaan tersebut tulisan “100% Electric”, membuktikan bahawa ia merupakan kenderaan mesra alam yang sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik.
Ramai Teruja Lihat Skuter Elektrik Pos Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja kerana ini kali pertama mereka melihat skuter unik tersebut digunakan untuk perkhidmatan penghantaran.


Ada juga yang memuji langkah Pos Malaysia yang kini beralih kepada penggunaan skuter elektrik yang lebih mesra alam dan moden.
Selain itu, ramai yang berpendapat reka bentuk motosikal ini kelihatan comel, terutama dengan bumbung yang menjadikannya lebih menarik.


Pos Laju Beralih Arah Ke Penggunaan Kenderaan Lebih Mesra Alam

Pada November 2024, Pos Malaysia mengumumkan penambahan 1,092 motosikal elektrik MODENAS ke dalam armada mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif baru.
Langkah ini selaras dengan sasaran syarikat untuk mencapai armada penghantaran jarak pertama dan terakhir yang 100% elektrik menjelang 2030.
Selain motosikal elektrik, Pos Malaysia juga merancang untuk menambah lebih banyak van elektrik pada tahun hadapan.
Dengan kerjasama MODENAS dan DRB-HICOM EZ-Drive (AVIS), mereka komited menyediakan perkhidmatan penghantaran lebih hijau dan mengurangkan jejak karbon dalam sektor logistik negara.
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Tambah 1,092 Motosikal Elektrik Modenas Untuk Armada EV
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia Lancar Pos Shop Pertama Di Kota Kinabalu, Bawa Konsep Runcit Ke Malaysia Timur
Baca Artikel Berkaitan: Pos Malaysia & Galado Tampil Dengan Koleksi Phone Case Edisi Terhad, Rai Warisan Ikonik Untuk Kali Kedua!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



