[Video] Lelaki Dakwa Ada Lubang Di Cermin Bilik Hotel Tembus Hingga Ke Bilik Sebelah
Difahamkan perkara itu disedari oleh lelaki berkenaan ketika menginap di sebuah hotel di sekitar Selangor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Orang ramai pasti akan berkunjung ke hotel sama ada bagi tujuan bercuti ataupun ketika menghadiri urusan kerja di suatu kawasan lain.
Namun apabila ‘check-in’ di hotel, orang ramai sering dinasihati agar memeriksa jika terdapat sebarang peranti kamera yang disembunyikan di sekitar bilik.
Seperti sebelum ini, satu pasangan telah menemukan kamera tersembunyi ketika menginap di bilik hotel di Sabah.
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Ini Dedah Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel Saat Sedang ‘Honeymoon’
Baca Artikel Berkaitan: “Dunia Makin Bahaya” – Wanita Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Pada Pita Pelekat Di Tandas Awam
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Kes Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Persalinan Butik Pakaian
Ada Lubang Pada Cermin Di Bilik Hotel
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@iamburn88), seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke sebuah hotel di sekitar Selangor atas urusan kerja.
Dapat dilihat terdapat satu titik hitam pada cermin muka yang kelihatan seperti bekas terkopek.
Namun menurutnya, apabila dia memadamkan kesemua lampu bilik dan memperhatikan pada titik hitam tu, dia menyedari terdapat lubang yang boleh tembus sehingga ke bilik sebelah.
Lelaki Kongsi Tips Kenal Pasti Ada Ruang Di Belakang Cermin
Dia kemudiannya mahu memastikan jika terdapat ruang di bahagian belakang dengan meletakkan kertas di hadapan cermin tersebut.
Jelasnya, jika kertas ditiup angin, ini bermaksud terdapat lubang atau ruang di belakang cermin berkenaan. Ternyata kertas yang diletakkan olehnya itu memang terbang ditiup angin!
Di ruangan komen, dia menjelaskan bahawa cermin tersebut telah dilekat terus pada dinding dan tidak boleh dialihkan.

“Jahanam staff hotel ni saja nak tengok live aku tidur ke macam mana. Lepas aku mengamuk kat lobi dia orang setuju tukarkan bilik aku.
“Rasanya staff ni dah tahu apa ‘kelebihan’ yang ada kat bilik yang mula-mula dia orang bagi aku tu,” katanya.
Tambahnya lagi, tiada angin yang keluar dari bahagian bawah cermin di bilik baharu yang diberikan kepadanya.
@iamburn88 Ceritanya aku terpaksa check in hotel atas sebab tugas luar kawasan. Aku pelik tengok black dot kat cermin tu. Bila aku padam lampu bilik and tengok betul2 kat black dot tu, boleh tembus ke bilik sebelah!! Jahan$m staff hotel ni saja nak tengok live aku tido ke mcm mna!! Lepas aku mengamuk kat lobby dorang setuju tukarkn bilik aku. So rasanya staff2 ni dah tau apa ‘kelebihan’ yg ada kat bilik yg mula2 dorang bagi aku tu. Hati2 la sahabat2 yg rajin stay hotel tu ye. #trending #viralvideo #hotel #hotelroomproblem
♬ original sound – I am Burn – I am Burn
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Minta Laporkan Perkara Itu Pada Polis
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai semestinya berasa tidak puas hati dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengintai pelanggan di bilik hotel.
Ada juga yang berpendapat bahawa lubang pada cermin yang terletak betul-betul di hadapan katil bertujuan untuk melihat atau merakam sebarang aksi intim.
Sehubungan itu, orang ramai meminta agar nama hotel tersebut didedahkan agar tidak merisikokan orang lain dan supaya laporan polis dibuat kerana ia merupakan satu jenayah.
Walaupun kita sering diingatkan agar memeriksa dahulu bilik hotel sebelum menginap, namun ramai yang berkata kadangkala mereka berasa terlalu penat dan tidak mengendahkan lagi perkara itu.
Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial berkongsi cara untuk menyemak jika terdapat kamera tersembunyi di dalam bilik iaitu dengan menggunakan kamera telefon pintar.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadi Mangsa! Ini Tips Kesan ‘Hidden’ Kamera Yang Anda Perlu Tahu
Seorang individu pula berkata cermin bilik juga boleh disemak dengan meletakkan jadi untuk mengetahui jika ia adalah cermin dua hala, iaitu apabila kedudukan jari dan pantulannya kelihatan dekat.











Tips Untuk Pastikan Tempat Penginapan Selamat
Sesetengah daripada kita pasti tidak lari daripada tinggal di hotel atau rumah inap sama ada bagi urusan kerja, keluarga dan sebagainya.
Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cobnb, Glenn Wong sebelum ini bagi membantu anda memastikan penginapan di tempat tersebut lebih selamat.
- Selidik reputasi pengendali tempat penginapan terlebih dahulu. Ini termasuklah merujuk kepada ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan lain.
- Pilih tempat penginapan yang sah kerana pemilik hotel/ tuan rumah lebih cenderung mematuhi piawaian platform.
- Periksa premis dengan teliti bagi sebarang objek mencurigakan seperti kamera tersembunyi.
- Percaya pada naluri dan laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, atau cari tempat penginapan lain.
Baca Artikel Berkaitan: Risau ‘Diintip’ Dalam Bilik Ketika Bercuti? Ini 3 Tips Penting Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Perlu Ke Kemas ‘Homestay’ Sebelum Keluar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.