[Video] Hujan Lebat Punca Air Naik Di Bazar, Riuh Sekampung Apabila “Tetamu” Istimewa Datang Kunjung
Menerusi video berkenaan, kemunculan biawak itu mencetuskan suasana riuh-rendah peniaga dan pengunjung bazar yang hadir.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan sejak kebelakangan ini menyebabkan beberapa tempat mengalami banjir kilat. Antara yang terkesan adalah bazar Ramadan.
Di Malaysia, manusia bukan satu-satunya penghuni yang terkesan dengan perubahan cuaca. Kadangkala, kehadiran makhluk lain yang mencari perlindungan atau laluan baru menimbulkan kekecohan di kawasan tumpuan ramai.
Itulah yang berlaku di sebuah bazar Ramadan apabila seekor biawak bersaiz besar muncul secara tiba-tiba, mencetuskan suasana riuh-rendah dalam kalangan peniaga dan pembeli.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Sorry Tergelak”- Ramai Terhibur Gelagat Doktor Halau Biawak Masuk Dalam Klinik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur
Biawak ‘Serbu’ Bazar, Peniaga & Pembeli Riuh Bertempiaran
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@alia_dellsha), suasana di sebuah bazar menjadi kecoh apabila seekor biawak besar muncul di kawasan khemah jualan ketika hujan lebat.
Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki cuba menangkap biawak tersebut yang bersembunyi di bawah meja.
Lelaki itu kemudian menarik ekor biawak tersebut untuk mengalihkannya ke kawasan lebih lapang.
Biawak itu pula dilihat cuba melawan dengan membuka mulut seakan mahu menggigit, namun lelaki itu terus menariknya ke kawasan lain kerana bazar tersebut dinaiki air hingga ke paras buku lali.
Di hujung video, lelaki itu berjaya mengangkat dan mengalihkan biawak tersebut ke longkang yang turut dipenuhi air. Mujurlah tindakan itu tidak mencederakan biawak, hanya sekadar memastikan ia berpindah ke tempat lain dengan selamat.
@alia_dellsha biawak masuk bazar tnpa edit hahah suara aku paling kuat jerit ye
♬ bunyi asal – alia dalisah – alia dalisah
Netizen Terhibur Dengan Kecoh Bazar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan suasana riuh-rendah di bazar tersebut.

Ada yang kreatif membayangkan dialog yang mungkin berlegar dalam kepala biawak itu, seolah-olah ia sendiri keliru bagaimana ia boleh sampai ke situ.
Selain itu, ada yang tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat seorang lelaki yang menjerit dengan suara nyaring seakan-akan pengunjung wanita di situ.


Tips Elak Biawak Masuk Ke Dalam Rumah
Pada musim hujan ini, haiwan seperti biawak akan mudah berkeliaran ke banyak tempat. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu kawasan itu dinaiki air.
Pasti anda kurang gemar sekiranya mereka menjadi “tetamu tak diundang” dalam kawasan rumah anda kan?
Sebenarnya banyak perkara yang anda boleh cuba bagi mengelakkan haiwan reptilia ini masuk ke dalam rumah. Antaranya:

- Sembur minyak pati (essential oil) sekeliling rumah seperti bau aroma pudina yang tidak disukai kebanyakan haiwan reptilia dan serangga.
- Selalu bersihkan kawasan rumah kerana biawak suka duduk di dalam semak.
- Jangan biarkan air bertakung kerana biawak akan cari sumber air untuk minum.
- Pastikan lubang di bahagian bumbung rumah disimen bagi mengelakkan biawak menetap di dalamnya.
- Membasmi sumber makanan biawak yang membiak di rumah seperti serangga, reptilia kecil ataupun burung.
- Tanam pokok pudina atau Eucalyptus yang memberi aroma menyengat kepada biawak.
- Buang sisa makanan di dapur kerana baunya mampu menarik biawak ke dalam rumah.
- Memasang penghawa dingin jika ada kerana biawak tidak suka tempat yang sejuk.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Biawak” – Wanita Warga Emas Terkejut Digigit Anak Buaya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ada Sebab Kenapa Sekuriti Lambung Biawak Seperti ‘Helikopter’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Terkejut Tengok Roti Canai ‘Biawak’. Unik Betul!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.