“Are There Sharks In Malaysia?” – Pelancong Tanya Soalan Serius, Rakyat Malaysia Bagi Jawapan ‘Luar Kotak’
Menerusi perkongsian berkenaan, pelancong berkenaan ingin bertanya tentang ancaman jerung di laut Malaysia namun jawapan diberi lain daripada soalannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan, terutama negeri-negeri berpantai seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang yang sering dikunjungi pelancong tempatan serta luar negara.
Bila bercakap tentang pantai, soal keselamatan pasti menjadi keutamaan. Ramai yang ingin tahu tentang langkah berjaga-jaga dan risiko di perairan, jadi masyarakat tempatan biasanya menjadi rujukan utama.
Namun lain pula jadinya bagi seorang pelancong ini apabila dia bertanya tentang jerung di Malaysia. Jawapan netizen langsung lari tajuk dan penuh dengan jenaka kreatif.
Baca Artikel Berkaitan: Ikan Jerung Jadi Saksi Lamaran Perkahwinan, Pakej Unik Aquaria KLCC Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Artis” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pelancong Ambil Giliran Mahu Bergambar Dengan Graduan [Video]
Netizen Malaysia Beri Jawapan Tak Masuk Akal
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@mickygryllz), seorang pelancong yang sedang berenang jauh dari pantai bertanya, “Do you know if Malaysia has sharks?”
Seakan menunggu jawapan daripada rakyat tempatan, dia membiarkan pertanyaan itu terbuka di ruangan komen.
Namun mengenali netizen Malaysia, jawapan yang diberikan bukanlah fakta serius seperti yang mungkin diharapkan. Sebaliknya, ruangan komen dipenuhi dengan jenaka spontan yang mencuit hati.
@mickygryllz Anyone no of sharks are in Malaysia
♬ original sound – mickygryllz
Komen Netizen Bikin Dekah
Antara yang paling mencuri perhatian adalah, “We have Shark, but he don’t like Malik,” merujuk kepada filem KL Gangster.
Selain itu, ada juga yang berjenaka dengan berkata, “Ishak, 8:30 bosku. Terima?” mengulas perbincangan kerana perkataan Shak dan Ishak.
Tidak kurang juga yang menjawab, “No sharks in Malaysia sea, but on land, there’s plenty of them.” Komen ini secara sinis menggambarkan bahawa walaupun tiada jerung di lautan, ada ‘jerung’ lain yang lebih merisaukan di darat.

Paling mencuit hati, seorang lagi netizen menambah, “No, we have crocodile. It’s easy to identify, they sound like this: ‘Saya text ni, BF tak marah ke?” mengaitkan buaya dengan jenaka dalam hubungan percintaan.


Ruangan komen terus dihujani dengan pelbagai respons lucu daripada rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat suka bergurau.
Ada yang berkata ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia memang tidak pernah serius apabila berdepan dengan soalan seperti ini, terutama di media sosial.
Jerung, Ikan Lumba-Lumba Jadi Tarikan Di Malaysia
Selain keindahan pantai, perairan Malaysia turut menjadi habitat kepada pelbagai hidupan laut eksotik seperti ikan lumba-lumba, dugong, jerung paus dan manta ray.
Memetik laporan Sinar Harian, Taman Laut Johor yang merangkumi 13 pulau dikenali sebagai laluan penghijrahan utama bagi spesies marin ini.
Kehadiran hidupan laut tersebut menjadikan kawasan ini sebagai tarikan bagi pencinta alam dan pelancong yang ingin melihat keunikan ekosistem laut negara.
Bagi memastikan kelestarian hidupan marin, pihak berkuasa turut menguatkuasakan larangan terhadap sebarang aktiviti yang boleh mengancam ekosistem ini.
Langkah ini bukan sahaja melindungi biodiversiti laut tetapi juga memastikan perairan Malaysia kekal menjadi destinasi tarikan hidupan marin.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tunjuk Cara Goreng Keropok Guna Pasir Pantai Buat Ramai Tertanya
Baca Artikel Berkaitan: Kerang Di Pantai Sura Dikesan Ada Bakteria, Perlu Masak Dengan Sempurna Untuk Kurangkan Risiko Pencemaran
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.