Aidilfitri 2025: BSN, ZUS Coffee & 7 Lagi ‘Design’ Sampul Raya Eksklusif Tahun Ini
Banyak juga jenama yang mengetengahkan bunga kebangsaan, Bunga Raya pada sampul raya mereka tahun ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri mula dirasai apabila orang ramai mula bergegas membuat persiapan. Kelihatan juga bazar Raya mula dibanjiri dengan pengunjung ramai yang bersemangat meraikan Hari Raya akan tiba.
Bukan sahaja pakaian baru dan kuih raya, malah ramai juga tertunggu-tunggu rekaan sampul raya yang dikeluarkan oleh setiap jenama bersempena Raya tahun 2025.

Sampul raya ini bukan sahaja diminati oleh golongan kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terlepas untuk mengumpulnya.
Kebiasaannya, orang ramai akan memilih satu sampul raya dengan kualiti dan corak paling eksklusif dan terbaik lalu menggunakannya untuk menyimpan kesemua duit raya diterima.
Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2024: Ini 23 Kompilasi Sampul Duit Raya Dengan ‘Design’ Pelbagai. Minimalist Pun Ada!
Ini Rekaan & Corak Sampul Raya 9 Jenama Sempena Aidilfitri 2025
Buat anda yang tertanya-tanya, berikut adalah antara corak-corak sampul raya edisi Aidilfitri 2025:
#1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kalau anda lihat sendiri, sekeliling sampul raya Bank Simpanan Nasional (BSN) mempunyai corak Bunga Raya yang kecil melambangkan budaya Melayu. Bunga tersebut adalah pilihan yang sesuai untuk reka bentuk bunga BSN.
Penampilannya yang bertenaga dan ketara dari segi budaya menambahkan lagi kaitan dengan konsep ‘Reka Bentuk Minimalis Bunga’. Ia dalam masa sama menghubungkan reka bentuk dengan warisan budaya dan meningkatkan daya tarikannya.
Bagi mengekalkan konsep minimalis, BSN juga meletakkan ucapan hari raya di bahagian tengah sampul itu. Untuk pemilihannya warna sampul ini pula, ia diinspirasikan oleh warna jenama itu sendiri iaitu Biru Muda dan Biru Tua.


#2. Pavilion Kuala Lumpur
Bertemakan ‘Budaya Raya’, Pavilion Kuala Lumpur tampil dengan rekaan sampul raya yang ceria dan menunjukkan warisan serta tradisi masyarakat semasa menjelang Aidilfitri.
Pada sampul tersebut, terdapat beberapa kuntum Bunga Raya yang juga melambangkan bunga kebangsaan negara ini.
Mengetengahkan suasana kampung, kelihatan animasi para Muslim yang melakukan pelbagai aktiviti di pagi Syawal sambil menyarungkan baju tradisional iaitu Baju Melayu dan juga Baju Kurung.
Terdapat juga gambaran pasangan suami isteri yang sedang mengacau kawah besar dipercayai dodol, remaja lelaki yang menaiki vespa, kanak-kanak yang bermain gasing, dan imej sebuah kampung klasik.
Penggunaan warna Emerald Green dan emas membuatkan sampul tersebut kelihatan lebih mewah dan classy.

Baca Artikel Berkaitan: Pavilion KL Berwajah Baru Sempena ‘Budaya Raya’, Banyak Booth & Hadiah Eksklusif Menarik!
#3. The Exchange TRX
Mengekalkan corak minimalis dan simple, The Exchange TRX tampil dengan sampul raya berwarna emas-keemasan yang nyata bakal mencuri perhatian ramai.
Sampul tersebut juga mempunyai tekstur corak seolah-olah gabungan imej tanglung yang timbul pada permukaannya. Memang lain daripada lain. Pada bahagian tengahnya pula, terdapat logo pusat membeli-belah berkenaan.
Di belakangnya pula, ada satu lagi gambaran tanglung dengan tema kempen Raya mereka iaitu ‘A Luminous Raya’.

Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Warnai Musim Aidilfitri 2025 Dengan ‘A Luminous Raya’!
#4. ZUS Coffee
ZUS Coffee bersama Projek SembangSembang telah menghasilkan corak khas bersempena Aidilfitiri untuk beberapa jenis merchandise termasuklah, tumbler, balang kaca kuih raya, sampul raya dan banyak lagi.
Sampul raya ZUS Coffee edisi tahun 2025 ini tersedia dengan beberapa jenis corak dan kesemuanya menampilkan suasana orang ramai yang bersama-sama menyambut Aidilfitri dengan ahli keluarga serta insan tersayang di kampung.
Lukisan-lukisan animasi itu menunjukkan gelagat dan perangai setiap individu semasa Syawal tiba. Sebagai contoh, kelihatan kanak-kanak berkejaran, sesi bersalaman, bermain bunga api, menonton filem seram, menjamah kuih raya, mengambil gambar OOTD dan banyak lagi.
Pemilihan warna yang vibrant dan warna-warni ini turut menambahkan elemen dikatakan ‘chaotic’ dan keseronokan apabila melihat sampul raya tersebut.

#5. Swarovski
Beralih kepada seterusnya adalah sampul raya daripada Swarovski. Kelihatan lebih gah daripada lain, keseluruhan sampul raya ini berwarna Hijau Muda.
Antara rekaan yang paling ‘rare’, sampul raya Swarovski tersedia dengan dua biji kristal di bahagian hujung sebelah kanan dan kiri. Manakala terdapat logo ikonik angsa Swarovski di bahagian tengahnya.
Lebih mencuri perhatian, sampul raya ini mempunyai kesan ‘glossy’ dan anda boleh melihat pantulan masing-masing menerusi sampul itu bagaikan melihat diri sendiri di cermin.
Sementara itu, ia juga agak tebal dan kami percaya ia tidak mudah koyak.

#6. Petronas
Setiap tahun, Petronas sudah tentu akan mengeluarkan rekaan sampul raya yang menambat hati orang ramai. Bertemakan songket, sampul raya ini terdiri daripada beberapa jenis warna hijau pastel dan biru.
Melihat daripada foto sampul itu, Petronas mengutamakan corak berasaskan batik dan songket. Sekali pandang, seperti rekaan samping pun ada. Memang cantik!
Buat mereka yang sukakan corak minimalis dan tidak terlalu ‘crowded’ pasti anda akan menggemari sampul raya Petronas edisi 2025. Menurut pandangan warganet, sampul raya jenama ini juga adalah tebal.

#7. Bank Islam Malaysia
Rekaan sampul raya jenama bank seterusnya adalah daripada Bank Islam. Idea luar kotak yang agak unik, Bank Islam telah memilih tema baju raya untuk digandingkan sekali dalam corak sampul raya mereka.
Terdapat dua jenis corak tersedia iaitu Kebaya dan juga Baju Melayu.
Untuk koleksi sampul raya Kebaya, ia mempunyai corak sulaman songket di bahagian tengahnya. Pada bahagian kainnya pula, Bank Islam tidak terlepas untuk mempamerkan beberapa kuntum Bunga Raya.
Bagi koleksi Baju Melayu pula, terdapat beberapa butang baju sama seperti yang dipakai kaum Adam ketika di pagi raya. Ia juga dilengkapi dengan corak samping songket berwarna hitam dan perak yang bersinar pada bahagian bawahnya.
Bank islam 🥰 cute dooh pic.twitter.com/HQmfpkT3wf
— ama (@nramaliabdrzk) March 13, 2025
#8. United Overseas Bank Limited (UOB)
Antara sampul raya yang cantik bagi kami adalah dari jenama bank adalah United Overseas Bank Limited (UOB).
Corak di bahagian depan sampul raya itu dilihat seperti gambaran pintu atau tingkap kampung yang mempunyai rekaan klasik bagaikan batik. Penggunaan warna sampul tersebut adalah kontra iaitu gabungan warna Mint Green, ungu, dan juga jingga.
Bukan itu sahaja, terdapat juga ucapan Hari Raya di bahagian atasnya. Simple dan comel!
Sampul Raya UOB 2025 pic.twitter.com/ysGlQDRF0s
— qy✨ (@qyqiyyy) March 12, 2025
#9. Bata
Yang terakhir sekali adalah jenama kasut terkenal Bata. Jenama ini telah berkolaborasi dengan artis tempatan dikenali sebagai Arif Rafhan bagi membawa seni batik ke sampul raya.
Sampul ini menyatukan seni dan budaya bersempena dengan musim perayaan akan tiba. Corak yang terperinci dan warna-warna vibrant tersebut mencerminkan kemesraan, keseronokan, dan semangat kebersamaan di Aidilfitri.
Memetik portal Marketing-Interactive, terdapat pelbagai set corak untuk sampul raya itu. Antaranya adalah gambaran pelbagai kuih raya popular, beberapa pelita buluh serta adegan dua wanita bertegur sapa.
Reka bentuk bahagian belakang pula menggambarkan logo ikonik Bata, berlatar belakangkan beberapa bunga api malam Raya.
Untuk info, set eksklusif boleh didapati dengan setiap pembelian di laman Bata Malaysia [DI SINI].
🔥Bata X Arif Rafhan🔥
— Arif Rafhan (@ArifRafhanDraw) March 12, 2025
Aidilfitri 2025.
Each Bata purchase will receive this angpow. https://t.co/sic9L5Nd0h pic.twitter.com/QpuhS5l7Gh
Wah! Cantik-cantik juga sampul raya tahun ni. Rasa tak sabar nak tengok reaksi orang yang menerima. 😍
Korang rasa corak dan rekaan sampul raya paling best tahun ni? Jom kongsikan dengan kami.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Pusat Beli-Belah Dengan Deko Ramadan Raya Yang Menarik, Meriah!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Senarai Filem Pendek Raya 2025 Yang Anda Kena Tonton, Memang Syok!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.