Now Reading
[Video] Anjing Terlepas Naik Tren, Netizen Puji Orang Ramai Tak Panik & Cuba Bawa Ia Keluar

[Video] Anjing Terlepas Naik Tren, Netizen Puji Orang Ramai Tak Panik & Cuba Bawa Ia Keluar

Menerusi video tersebut, seekor anjing kelihatan berada dalam sebuah gerabak tren MRT dengan tenang sebelum berjaya dibawa keluar oleh seorang wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anjing merupakan salah satu haiwan yang sering ditemui di sekeliling kita, sama ada sebagai haiwan peliharaan atau berkeliaran di kawasan awam. Namun terdapat batasan tertentu dalam berinteraksi dengan haiwan ini lebih-lebih lagi umat Islam.

Walaupun begitu, kecomelan dan sikap penyangnya sering mencuri perhatian sesiapa sahaja. Ramai yang tidak dapat menahan rasa simpati apabila melihat anjing dalam keadaan kebingungan atau memerlukan bantuan.

Situasi seperti ini dapat dilihat dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seekor anjing secara tidak sengaja masuk ke dalam tren, mencetuskan pelbagai reaksi daripada penumpang yang berada di dalamnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Buat Apa La Ni” – Bomba Pening Kepala Lihat Anjing Sangkut Pada Jaring Gol Bola Sepak

Baca Artikel Berkaitan: “Pulangkan Air Mataku” – Aksi Anjing Berlakon Kaki Lumpuh Raih 2.5 Juta Tontonan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian

Anjing Masuk Tren Kelihatan Keliru, Orang Ramai Cuba Bantu

Menerusi video perkongsian di TikTok (@softdhiya), anjing itu kelihatan berada di dalam tren dalam keadaan diam, seolah-olah keliru dan tidak tahu bagaimana ia boleh berada di situ.

Penumpang lain juga kelihatan bingung, lebih-lebih lagi bagi mereka yang beragama Islam kerana perlu mengelak daripada tersentuh anjing tersebut.

Menariknya, seorang wanita non-Muslim yang duduk berhampiran dengan anjing itu dilihat membelainya, mungkin untuk menenangkan haiwan tersebut.

Di hujung video, wanita itu akhirnya mengangkat anjing tersebut dan membawanya keluar, dengan bantuan pihak keselamatan yang turut menunggu di luar pintu keretapi.

Anjing itu juga sempat cuba masuk kembali sebelum akhirnya dibawa pergi.

Perkongsian video ini menarik perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video in sudah meraih hampir 1.5 juta jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@softdhiya/video/7484214676813778183?_r=1&_t=ZS-8uwBQqVrmEc
Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Melihat Situasi Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Ada yang berbangga dengan sikap penumpang Muslim yang tidak panik atau bertindak keterlaluan walaupun perlu mengelak daripada bersentuhan dengan anjing.

Sumber: TikTok @softdhiya

Selain itu, ramai juga yang berterima kasih kepada wanita yang membantu membawa anjing tersebut keluar, menyifatkan tindakannya sebagai sangat prihatin.

Sumber: TikTok @softdhiya

Menariknya, menurut beberapa komen, anjing tersebut turut menjadi trending di platform media sosial China, XiaoHongShu.

Difahamkan, ia telah berjaya dipulangkan ke tempat asalnya oleh sepasang individu yang menemuinya selepas kejadian tersebut.

Sumber: TikTok @softdhiya
Sumber: TikTok @softdhiya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Bas Khas Hantar Anjing Pergi Sekolah Buat Ramai Teruja

Baca Artikel Berkaitan: Tular Owner Anjing Bawa Haiwan Peliharaan Mandi Pantai Di Pulau Pinang Raih Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd