Now Reading
“Macam Zombie Apocalypse” – Wanita Tergamam Lihat Pengunjung Sepahkan Baju Raya Di Kedai

“Macam Zombie Apocalypse” – Wanita Tergamam Lihat Pengunjung Sepahkan Baju Raya Di Kedai

Menurut wanita dikenali sebagai Iqa, dia sama sekali tidak menyalahkan staf kedai tekstil Muaz itu, sebaliknya meletakkan kesalahan pada pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pelanggan memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Namun sikap segelintir daripada golongan tersebut yang menganggap diri mereka ‘raja’ dan boleh berbuat sesuka hati dilihat semakin menjadi-jadi.

Seperti pada bulan Januari lalu, tular dia media sosial menyaksikan seorang lelaki yang tidak mempunyai common sense semasa berada di sebuah restoran mamak. Dalam klip berkenaan, kelihatan pelanggan itu dengan selamba meletakkan kakinya di atas meja.

Lebih mengundang perhatian, lelaki terbabit melakukan aksi itu di depan isterinya yang sedang menjamu selera. Perangai tidak bermoral itu sekaligus menimbulkan rasa berang di kalangan warganet.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Sivik” – Lelaki Dikecam Selamba Letak Kaki Atas Meja Makan Di Restoran

Orang Ramai Sepahkan Baju Raya Display

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Iqa (@iqanabilaidi) berkongsi suasana kurang menyenangkan di kedai tekstil terkenal, Muaz.

Pengalaman membeli-belah dan mencuci mata melihat baju-baju raya terbaharu sempena Aidilfitri tahun ini tidak seperti yang diharapkan apabila pakaian di rak pameran disepahkan dan dilonggok begitu sahaja.

Menerusi video perkongsian, kelihatan baju Melayu, samping, dan banyak lagi jenis pakaian dipunggah dan diselerakkan oleh para pelanggan.

“Tengok longgokan ni, korang kenapa ek? Saya tak salahkan staf Muaz langsung. Salahkan korang yang datang pergi serbu ni. Nampak macam kita dalam ‘zombie apocalypse’,” ujarnya.

Barangan Premium Tidak Cerminkan Sikap Peribadi Pelanggan

Menurut Iqa, pakaian yang murah itu tidak memberi tiket kepada pelanggan untuk sesuka hati membuat sepah di dalam kedai berkenaan.

“Ya Muaz sangat berbaloi dengan hype nya. Baju cantik, samping, kurta semua murah. Tetapi agak-agaklah kalau datang serbu pun. Takyahlah buka bungkusan dia lepas tu campak dekat lantai.

“Baju kualiti dan premium, harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry,” kata Iqa di ruangan kapsyen.

@iqanabilaidi

baju kualiti premium harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry 😪

♬ original sound – iqa nabila aidi

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Yang Hanya Pentingkan Diri Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kecewa dengan sikap pelanggan yang bersikap sebegitu.

“Sebab seorang buat (sepah) yang lain mengikut itu yang bersepah. Tak faham kadang-kadang dengan sikap pelanggan macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata situasi sama berulang setiap kali menjelang Hari Raya.

“Setiap tahun kena macam tu. Bersyukurlah pemilik tu pun jual dengan harga murah tambah pula baju, tudung cantik-cantik. Tapi balasan yang dapat adalah sepahkan barang dia,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada juga pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka ketika melawat Muaz.

“Pertama kali saya pergi ke Muaz minggu lepas yang dekat Jalan Tar tu, sangat sesak tambah pula dengan baju bersepah macam tu. Hilang mood nak shopping,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@iqanabilaidi)

Orang Ramai Bersesak & Rebut Kuih Raya

Baru-baru ini, turut tular situasi orang ramai yang sedang berebut bagi mendapatkan stok kuih raya yang terhad. Namun keadaan dilihat tidak terkawal apabila mereka semua dilihat tolak-menolak.

Dalam video sama, kelihatan mereka semua bersesak meskipun pihak kedai belum sempat lagi meletakkan kuih-kuih raya terbabit di ruangan display. Ada juga yang sampai hampir terjatuh.

Situasi tersebut membuatkan netizen mempersoalkan kesanggupan para pelanggan yang berebut kuih raya dalam keadaan ikhtilat yang tidak terjaga yang mana golongan lelaki dan perempuan dilihat bergesel antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Habis Bergesel Lelaki Perempuan” – Orang Ramai Berebut Beli Kuih Raya Undang Kritikan

Baca Artikel Berkaitan: Protest Mi Goreng Dibanjiri Taugeh, Lelaki Ini Dikecam Gara-gara Sepahkan Makanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd