“Kenapa Tema Halloween?” – Peniaga Kuih Buat COD Di Rumah Ada Patung Seram Bikin Ramai Terkejut
Difahamkan kuih itu pada mulanya patut dihantar oleh anaknya, namun tidak jadi apabila kanak-kanak itu kembali ke kereta dalam keadaan menangis.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak berkerja seperti suri rumah.
Namun, para peniaga pasti tidak dapat mengelak daripada berhadapan pelbagai kerenah pelanggan.
Perkara sedemikian turut dihadapi oleh seorang wanita ketika memenuhi pesanan pelanggannya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Terpaksa Tunjuk Cara Masak Lepas Pelanggan Makan Ketupat Frozen & Bagi Review 1 Bintang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Dedah Wujud Aplikasi Jana Resit Palsu Untuk Pamer Pada Peniaga, Hati-hati!
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai
Tuan Rumah ‘Hias’ Pagar Dengan Patung Seram
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok (@chewaniee) baru-baru ini, seorang peniaga wanita sedang menghantar kuih yang dipesan ke rumah pelanggannya sebelum dikejutkan oleh sesuatu.
Rupa-rupanya, terdapat patung seram berwajah badut yang diletakkan pada pagar rumah berkenaan!
Malah dalam keadaan hujan renyai ketika itu, patung terbabit turut dilindungi oleh satu payung yang kelihatan amat lusuh, menambahkan lagi keseraman di rumah tersebut.
Kanak-Kanak Menangis Lihat Patung Seram ketika Mahu COD Kuih
Difahamkan kuih itu pada mulanya patut dihantar oleh anaknya, namun tidak jadi apabila kanak-kanak itu kembali ke kereta dalam keadaan menangis.
Menurutnya, anaknya hanya perasan akan patung berkenaan sebaik menghampiri rumah itu kerana matanya yang rabun.
“Nak COD kuih. Menangis anak aku masuk kereta balik, takut punya pasal,” katanya pada kapsyen
Kuih itu kemudiannya ditinggalkan di dalam bakul yang digantung di pagar tersebut, betul-betul di hadapan patung seram tadi.
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Rasa Seram Lihat Patung Bertopeng Badut Pada Pagar Rumah
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai turut berasa seram dan terkejut melihat patung itu yang diletakkan di pagar rumah sedemikian rupa.
Tidak kurang juga yang menyifatkan rumah itu dihias seperti tema Halloween berbanding hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi.
“Macam gini kalau tak sampai parcel jangan marah,” seloroh seorang individu.
Dalam pada itu seorang individu mempersoalkan mengapa patung terbabit diletakkan di sana.
“Ni mesti parcel selalu kena curi ni,” kata seorang pengguna media sosial.











Wanita Pakai Seperti Valak Buat Polis Terkejut
Sekitar awal tahun, seorang wanita menyebabkan beberapa anggota polis terkejut apabila dia memakai kostum Valak.
Dia yang sedang dalam perjalanan pulang dari majlis makan malam tahunan syarikatnya melalui sekatan jalan raya oleh pihak polis.
Katanya, polis-polis terbabit yang sudah agak berumur memang terkejut melihat penampilannya sehingga mengurut dada.
Walaupun kereta yang dipandu olehnya ketika itu sudah kematian cukai jalan, namun dia dilepaskan sahaja mungkin kerana anggota polis yang menahannya terlalu terkejut.
Apabila menaiki lif di rumahnya pula, dua wanita hampir menjerit ketakutan sebelum dia cepat-cepat memberitahu bahawa ia hanyalah kostum.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mekap & Pakai Macam ‘Valak’ Buat Polis Terkejut Ketika SJR
Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Kegilaan Ramai, Apakah Hukum Umat Islam Kumpul Patung Labubu?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.