Now Reading
“Bertuah Jadi Malaysian” – Ramai Teruja Lihat Pengunjung Pelbagai Bangsa Join Penari Buat Persembahan

“Bertuah Jadi Malaysian” – Ramai Teruja Lihat Pengunjung Pelbagai Bangsa Join Penari Buat Persembahan

Menerusi video tersebut, empat individu yang sedang menari dalam sebuah persembahan mendapat sokongan penuh oleh pengunjung pelbagai bangsa yang hadir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia terkenal sebagai negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Walaupun berbeza latar belakang, rakyatnya sering menunjukkan semangat perpaduan, terutama ketika musim perayaan.

Keharmonian ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, daripada sambutan perayaan hingga ke acara kebudayaan yang disertai bersama.

Sikap keterbukaan dan rasa hormat antara satu sama lain menjadikan rakyat Malaysia unik serta erat seperti satu keluarga besar.

Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Bangsa Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Muslim Di Dataran Putrajaya

Persembahan Disertai Orang Ramai Berbilang Bangsa

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@amirul_sintokleisure), kelihatan empat individu sedang mengadakan persembahan tarian di tengah pusat beli-belah dipercayai sempena sambutan Aidilfitri.

Apa yang menarik perhatian, orang ramai yang menonton persembahan dipercayai tarian tradisional Melayu itu tidak sekadar melihat, tetapi turut serta menari bersama-sama.

Dalam kalangan mereka jelas kelihatan masyarakat berbilang bangsa, termasuk Melayu, Cina dan India yang turut teruja menyertai tarian tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI].

“Bangga Jadi Rakyat Malaysia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga mereka terhadap kemeriahan yang berlaku itu.

Ada yang mengatakan bahawa situasi seperti ini membuktikan betapa uniknya Malaysia kerana rakyatnya tidak pernah kekok untuk menyertai budaya antara satu sama lain.

Sumber: TikTok @amirul_sintokleisure

Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman serupa ketika perayaan lain, di mana mereka turut serta dalam acara kebudayaan masyarakat berlainan bangsa.

Sumber: TikTok @amirul_sintokleisure

Selain itu, ada yang berasa bertuah dilahirkan dan membesar di Malaysia, di mana perpaduan antara kaum tetap teguh walaupun berbeza budaya dan kepercayaan.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menganggap inilah keindahan sebenar Malaysia, iaitu sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian tetapi tetap bersatu sebagai satu bangsa.

Sumber: TikTok @amirul_sintokleisure

Keharmonian Bangsa Dalam Negara Bukan Perkara Asing

Terdahulu, pernah juga tular video perkongsian seorang wanita non-Muslim yang berpeluang berbuka puasa di masjid.

Dia yang juga berpuasa setiap tahun seiring rakan-rakannya yang beragama Islam berkongsi momen indah itu di laman TikTok miliknya.

Menurutnya, dia sudah biasa berpuasa setiap tahun ketika Ramadan, tetapi hanya pada hari pertama sahaja.

Namun, tahun ini dia mahu mencabar diri untuk berpuasa penuh selama 30 hari, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd