Now Reading
[Video] Ramai Terhibur Lihat Dua Lelaki ‘Bertengkar’ Untuk Bersedekah

[Video] Ramai Terhibur Lihat Dua Lelaki ‘Bertengkar’ Untuk Bersedekah

Menerusi video tersebut, seorang lelaki mahu membayar semua nasi lemak untuk bersedekah, namun penjual memaklumkan semuanya sudah dibayar oleh pelanggan lain menyebabkan “perdebatan” bermula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berlumba-lumba melakukan amalan kebajikan untuk meraih ganjaran pahala. Antara amalan yang sering menjadi perhatian ialah budaya bersedekah.

Di gerai makanan misalnya, ada sahaja peniaga yang tiba-tiba menghulurkan makanan secara percuma kepada pelanggan. Kebiasaannya, makanan ini sudah pun dibayar oleh individu yang ingin berkongsi rezeki dengan orang lain.

Keadaan ini menunjukkan betapa kuatnya semangat memberi dalam kalangan masyarakat. Amalan ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, malah mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Terima Sedekah, Meminta Pula” – Ramai Kesal Masih Wujud Sikap ‘Demand’ Pengunjung Di Bazar

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Christy Ng Penuhi Pantri Khas Buat Staf Sempena Ramadan, ‘Supplements’ Pun Ada!

Lelaki Berebut Untuk Bersedekah

Menerusi perkongsian daripada suntingan video live di laman TikTok (@hanabreakfast), seorang penjual nasi lemak sedang menjalankan kerja penjualannya seperti biasa.

Kemudian, kelihatan seorang lelaki datang menaiki kereta dan terus menawarkan untuk membayar semua nasi lemak yang dijual sebagai sedekah sejurus keluar dari keretanya.

Walaupun begitu, penjual itu segera memberitahu, “Ni semua dah ada orang bayar.”

Tidak berpuas hati, lelaki tersebut bertanya lagi, “Kira semua ada berapa, saya nak bayar.”

Apabila diberitahu bahawa makanan tersebut sudah pun dibayar lebih awal, lelaki itu mengugut penjual dalam nada berjenaka, “Kalau macam tu, saya tak nak beli lah.”

Mereka kemudian terus berdebat sambil tertawa mengenai sedekah siapa yang akan digunakan pada hari itu.

Di akhir video, lelaki tersebut pulang dengan sepuluh bungkus nasi lemak dan tetap menghulurkan sejumlah wang kepada penjual berkenaan untuk dijadikan sumbangan pada hari-hari mendatang.

Penjual juga sempat bergurau, “Benda boleh gaduh, buat apa bincang?” mencetuskan gelak tawa ramai.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Berdekah Lihat Kerenah Dua Lelaki Ini & Turut Kagum Dengan Usaha Mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua lelaki itu yang bersungguh-sungguh mahu bersedekah.

Ada yang berpendapat, situasi ini membuktikan bahawa Malaysia dipenuhi dengan individu yang baik hati dan pemurah.

Sumber: TikTok @hanabreakfast

Tidak kurang juga yang menambah kemeriahan di ruangan komen dengan gurau-senda mereka.

Sumber: TikTok @hanabreakfast
Sumber: TikTok @hanabreakfast

Baca Artikel Berkaitan: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan:“Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd