Now Reading
“Bagus Boleh Raya” – Khairul Aming Puji Wanita Berjaya Ikut Resepinya

“Bagus Boleh Raya” – Khairul Aming Puji Wanita Berjaya Ikut Resepinya

Wanita itu memberitahu Khairul Aming bahawa dia telah mengikut resepinya sebelum ditanya oleh pempengaruh itu sama ada dia berjaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Ramadan kali ini, salah satu trend dalam kalangan pengguna media sosial adalah berkongsi hasil air tangan mereka mengikut resepi yang dikongsikan oleh pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Namun apa yang menarik perhatian apabila kebanyakan perkongsian yang tular adalah tentang kegagalan mereka menghasilkan hidangan mengikut resepinya.

Pun begitu, seorang wanita meraih pujian daripada Khairul Aming sendiri apabila berjaya mengikuti tunjuk ajarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan:  “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: “Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]

Wanita Berjaya Buat Resepi Black Pepper Beef Khairul Aming

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@linrazakkkk), seorang wanita yang dikenali sebagai Leen, meraih pujian daripada Khairul Aming sendiri.

Dia yang sedang berada di Absolut Bazaar di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur kemudiannya bersua muka dengan usahawan muda itu.

Dalam perbualan ringkas antara mereka berdua, Leen sempat memberitahu Khairul Aming bahawa dia telah mencuba resepi Black Pepper Beef olehnya.

Khairul Aming Puji & Beri ‘Thumbs Up’ Pada Wanita

Mendengarkan perkara itu, Khairul Aming lantas bertanya jika wanita itu berjaya membuat hidangan itu.

Apabila dimaklumkan ya, dia terus memuji Leen sambil berseloroh bahawa wanita tersebut boleh beraya.

“Jadi tak? Bagus, awak boleh raya. Bagus,” katanya ringkas sambil menunjukkan ‘thumbs up’.

Dia juga sempat memberi ucapan Selamat Hari Raya kepada Leen. Video tersebut telah tular sehingga meraih 1.8 juta tontonan dengan lebih 141 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

@linrazakkkk

Replying to @ilashahiraa Hi awk , ni original video okay !! Kita try resepi BlackPepper Beef dia !! SEDAKK DOOH WEHHH !! #khairulaming #resepisimple #absolutebazaar #raya2025

♬ original sound – Leenrazak – Leenrazak

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Geli Hati Khairul Aming Soal Jika Resepinya Menjadi

Orang ramai sememangnya tertarik dengan reaksi Khairul Aming ketika itu, lebih-lebih lagi apabila soalan pertama yang diajukan adalah sama ada resepinya berjaya dihasilkan.

“Respon dia mula-mula, ‘Jadi ke tak?’. Trauma dia kalau cakap tak jadi,” seloroh seorang lelaki.

Memandangkan Khairul Aming berkata wanita tersebut sudah boleh beraya kerana bagus, ramai juga yang bertanya jika mereka tidak boleh beraya kerana gagal mengikut resepinya.

Ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan Khairul Aming umpama seorang guru besar yang melawat kelas dan berasa bangga mempunyai anak murid yang bijak.

Dalam masa sama, beberapa individu turut memuji suara Leen yang kedengaran lemah-lembut walaupun teruja ketika bertemu pempengaruh terkenal itu.

Sumber: @linrazakkkk/ TikTok

Budak 5 Tahun Berjaya Buat Cripsy Thai Pancake Khairul Aming

Walaupun ramai yang berkongsi ‘kegagalan’ mereka mengikut resepi oleh Khairul Aming, ada juga yang sebaliknya.

Lebih menarik perhatian lagi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berjaya membuat resepi Crispy Thai Pancake oleh pempengaruh itu.

“Uncle nak minta adik bimbing kakak abang yang gagal boleh keee?” soal Khairul Aming pada kanak-kanak tersebut.

Namun lebih menggelikan hati apabila seorang lelaki berkongsi satu ‘fenomena’ baru dalam kalangan pengikut Khairul Aming.

Dia berkata isterinya telah membeli pelbagai bahan mengikut resepi tetapi masih belum menyediakan hidangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Bimbing Akak Abang Yang Gagal Boleh?” – Budak 5 Tahun Berjaya Buat Resepi Pancake Khairul Aming!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd