[Video] Pemandu Treler Tumpangkan Banyak Rider & Motosikal Tersangkut Banjir Di Johor Raih Pujian
Penunggang-penunggang motosikal berkenaan tidak dapat melalui jalan raya tersebut kerana air banjir di Johor Bahru yang semakin meningkat pada ketika itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Di bulan mulia ini, sesetengah rakyat Johor kini berdepan dengan ujian bencana banjir. Antara kawasan yang dinaiki air adalah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, Kluang dan Batu Pahat.
Memetik Berita Harian, jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi hari ini (21 Mac) berbanding 3,964 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.
Treler Tumpangkan Penunggang Motosikal Yang Sangkut Banjir
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@inieyhussin) apabila seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Dhani berkongsi situasi jalan raya yang ditenggelami air dipercayai sekitar Jalan Tebrau susur ke lebuhraya EDL di depan pasar borong Pandan, Johor Bahru.
Menerusi video perkongsian, kelihatan kawasan jalan raya sudah mula dinaiki air banjir hingga menyebabkan penunggang-penunggang motosikal di sana sukar untuk melaluinya.
Oleh disebabkan jalan raya yang semakin sesak, pemandu treler dengan permintaan pihak polis, telah bertindak menumpangkan geng-geng motor itu ke tempat yang lebih selamat dan tidak dinaiki banjir.
Dalam hantaran sama, kelihatan pengguna jalan raya bekerjasama mengangkat setiap motosikal ke atas treler terbabit.
“Terima kasih abang lori tumpangkan kami balik. Terima kasih juga yang sama-sama angkat motor naik treler. Korang semua terbaik dan sporting,” kata Dhani di ruangan kapsyen.
@inieyhussin terima kasih abg lori tumpangkan kami blk..☺️☺️☺️ trm kasih jgk yg sama² angkat motor naik treler..💪💪💪korang semua terbaik n sporting semua.. #MSG130 #runsgd #banjirpasarborongpandan #20march2015inmemory #pray4johor ♬ Seribu kemanisan – Bulan&Angkasawan
Tonton video penuh [DI SINI].
@inieyhussin Replying to @p3m6uru_w4n9 ♬ original sound – DhaniFirdawsi
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Geng Rider Yang Dibantu Pemandu Treler
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pemandu treler yang pantas menghulurkan bantuan kepada para penunggang motosikal.
“Sangat besar pahala buat abang lori. Memudahkan urusan walaupun tidak kenal sesiapa pun,” kata seorang individu.
Bukan sahaja tindakan murni pemandu treler yang jadi tumpuan, malah suasana ketika penunggang motosikal menumpang treler juga mencuri perhatian.
“Tengok dekat live budak-budak dekat situ memang meriah betul. Dengan lambaian abang-abang motor ni, tambah pula dengan orang bersorak,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, warganet juga tidak terlepas mendoakan perkara yang baik-baik untuk kesemua penduduk di Johor yang terjejas dengan banjir.
“Sedihnya rasa. Petang balik rumah tengok rumah dan tenggelam dengan air. Moga dipermudahkan segala urusan anda semua wahai saudara-saudara Islam ku,” kata seorang individu.





Baca Artikel Berkaitan: “Prihatin Dengan Rakyat” – Lelaki Dipuji Bersihkan Longkang Tersumbat Sekitar Johor
Baca Artikel Berkaitan: Banjir Johor: 3 Sekolah Ditutup & 7 Sekolah Agama Tangguh Peperiksaan
Tips Pertama Kali Hadapi Banjir
Untuk anda yang pertama kali lalui pengalaman ini, berikut adalah beberapa tips berguna untuk berdepan dengan bencana alam banjir. Antaranya:
- Simpan bateri telefon
- Hubungi talian bantuan
- Jangan redah air banjir
- Elakkan keluar rumah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Simpan dokumen penting di tempat tinggi
1 Rumah, 1 Beg Kecemasan
Berikut pula adalah perkara yang paling penting perlu disediakan sebelum bencana banjir melanda, iaitu beg kecemasan untuk setiap rumah yang penuh dengan barangan seperti:
- Dokumen penting.
- Pakaian, kasut dan selimut.
- Lampu suluh dan bateri.
- Kit Bantuan Kecemasan & ubat-ubatan.
- Wisel.
- Makanan tahan lama.
- Air.
- Radio mini mudah alih berbateri.
- Kit kebersihan.
- Telefon dan powerbank.
- Wang ringgit.
Baca Artikel Berkaitan: Elak Terkena Renjatan Elektrik, TNB Kongsi Langkah Keselamatan Ketika Banjir
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



