[Video] Mahu Solat 20 Rakaat Tapi Imam Hanya Buat 8? Ustaz Jafri Kongsi Caranya!
Menerusi video yang dikongsi, Ustaz Jafri Mahmoodi menjelaskan cara untuk menunaikan solat tarawih berjemaah sebanyak 20 rakaat di masjid yang hanya mengerjakan 8 rakaat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Solat tarawih adalah amalan sunnah yang sangat dianjurkan sepanjang bulan Ramadan. Walaupun terdapat perbezaan jumlah rakaat yang diamalkan di pelbagai masjid, segelintir jemaah lebih selesa menunaikan 20 rakaat.
Namun, tidak semua masjid di Malaysia mengerjakan 20 rakaat. Ada yang hanya menunaikan 8 rakaat sebelum diikuti dengan solat witir. Timbul persoalan bagaimana cara untuk seseorang yang mahu menunaikan 20 rakaat tetapi masih inginkan pahala solat berjemaah.
Seorang ustaz menerusi video yang dikongsi baru-baru ini memberikan panduan bagi mereka yang ingin menyempurnakan 20 rakaat di masjid yang hanya menunaikan 8 rakaat.
Baca Artikel Berkaitan: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini
Baca Artikel Berkaitan: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran
Cara Solat Tarawih 20 Rakaat Kalau Masjid Hanya Buat 8
Dalam video yang dikongsi di laman TikTok (@jafrimahmoodi_off) tersebut, penceramah, Ustaz Jafri Mahmoodi menjelaskan bahawa mereka yang ingin menambah rakaat boleh mengikuti kaedah berikut:
- Ikut solat tarawih dengan imam sehingga 8 rakaat.
- Apabila imam bangun untuk solat witir dua rakaat, niatkan sebagai solat tarawih dua rakaat.
- Apabila imam memberi salam, jumlah rakaat tarawih telah menjadi 10.
- Ketika imam bangun untuk witir satu rakaat, niatkan lagi sebagai tarawih dua rakaat.
- Selepas imam memberi salam witir, bangun dan tambah satu rakaat lagi untuk mencukupkan 12 rakaat tarawih.
- Kemudian, teruskan solat tarawih secara bersendirian hingga genap 20 rakaat.
- Akhir sekali, tunaikan solat witir tiga rakaat secara bersendirian.
“Dengan cara ini, kita masih dapat kelebihan berjemaah bersama imam hingga selesai, walaupun kita menambah rakaat secara sendiri selepas itu,” jelasnya.
@jafrimahmoodi_off Replying to @MasripahNor Bila tarawih imam buat 8 rakaat saja tapi kita nak buat 20 rakaat, macam mana? #foryou #fyp #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #ustazjafrimahmoodi #ustazsayanaktanya
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
Yang Penting, Perbanyakkan Solat Dalam Ramadan
Ustaz itu turut menekankan bahawa perkara yang paling utama dalam bulan Ramadan adalah memperbanyakkan ibadah.
Sama ada seseorang ingin menunaikan 8 atau 20 rakaat, yang penting adalah istiqamah dalam solat dan berusaha menghidupkan malam Ramadan dengan amal soleh.
Beliau turut mengingatkan bahawa jika seseorang tidak dapat menunaikan tarawih di masjid, mereka masih boleh mengerjakannya di rumah secara berjemaah bersama keluarga.
Ramadan hanya datang setahun sekali, maka setiap peluang untuk beribadah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Baca Artikel Berkaitan: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Jemaah Siap Buat Urutan Bahu Sebagai Regangan Sewaktu Tarawih Raih Perhatian [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.