Now Reading
“Nak Tempat Tidur” – Ramai Hiba Dengan Nasib Pakcik Susah Cari Kerja Tetap

“Nak Tempat Tidur” – Ramai Hiba Dengan Nasib Pakcik Susah Cari Kerja Tetap

Menurut pakcik tersebut, dia berdepan dengan satu kemalangan lebih kurang 10 tahun lalu hingga menyebabkan kaki dan tangannya patah dan tidak kuat lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, adalah penting bagi setiap individu mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Tidak kiralah dari segi wang, kebahagiaan, kesihatan, pekerjaan, makan dan minum serta banyak lagi.

Hal ini kerana, dalam kita menikmati segala rezeki itu masih ramai individu di luar sana bergelut bagi mencari sesuap nasi dan tempat tinggal yang sempurna.

Segelintir individu juga tidak mempunyai keupayaan untuk mencari pendapatan sendiri dan hanya mampu mengharapkan bantuan dari orang ramai.

Gelandangan Setahun Duduk Di Kaki Lima Kedai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@afieragoes) apabila seorang lelaki bernama Aiman sedang menemu bual seorang gelandangan dikenali sebagai Ati, 46, di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurut Ati, dia sudah tinggal di kawasan kaki lima kedai selama satu tahun kerana tidak mempunyai pendapatan bagi menyewa mana-mana tempat tinggal.

“Nak cari kerja susah. Semua tanya umur. Kerja tak ada, wang tak ada, duduk tepi jalan sahajalah,” kata Ati.

Hanya Harapkan Pekerjaan Tetap & Tempat Tidur Yang Selesa

Jelas lelaki anak kelahiran Taiping, Perak itu, dia telah berdepan dengan satu kemalangan lebih 10 tahun yang lalu hingga menyebabkan tangan dan kakinya patah. Akibat kemalangan tersebut, Ati tidak boleh lagi mengangkat benda-benda berat.

Ujar pakcik berkenaan, dia tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan sumber makanan kerana ramai orang yang baik hati menghulurkan sumbangan kepada gelandangan-gelandangan di situ.

Harapan Ati pada ketika ini hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan tetap bagi mendapatkan tempat tinggal yang selesa buatnya.

“Ada tempat tidur itu sahaja lah. Saya pun tak fikir banyak, sebab dah tua. Apa lagi boleh buat. Lesen lori semua saya ada. Lesen hantar barangan pun saya ada,” jelas Ati lagi.

Aiman Hulur Sedikit Sumbangan Wang Tunai Kepada Ati

Prihatin dengan nasib Ati, Aiman telah bertindak menghulurkan sedikit sumbangan wang agar ia boleh menampung serba sedikit keperluan Ati sebelum mendapatkan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga memberikan ‘fresh cut’ dan memotong rambut Ati yang kelihatan kurang kemas. Alhamdulillah, besar pahala buat Aiman.

“Kita mungkin tidak mampu mengubah dunia, tetapi kita boleh mengubah hari seseorang dengan sedikit kebaikan.

“Setiap langkah mereka adalah perjuangan, setiap malam adalah pertarungan dengan kesejukan dan kesepian. Bersyukurlah dengan setiap apa kita miliki,” kata Aiman di ruangan kapsyen.

@afieragoes Kita mungkin tidak mampu mengubah dunia, tetapi kita boleh mengubah hari seseorang dengan sedikit kebaikan. Setiap langkah mereka adalah perjuangan, setiap malam adalah pertarungan dengan kesejukan dan kesepian. Bersyukur lah dengan setiap apa kita miliki Salam ramadhan ✨🤲 #rezeki #fyp #ramadhan2025 ♬ original sound – Afiera & Aiman

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Sebak Lihat Nasib Ati Yang Susah Cari Kerja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak mendengar kisah Ati yang susah mencari pekerjaan bagi menampung diri sendiri.

“Kesiannya Ati. Bantulah dia bagi kerja supaya dia dapat meneruskan kehidupan lebih baik,” kata seorang wanita.

Malah segelintir individu turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama bagi mencari pekerjaan tetap.

“Betul la apa dia cakap tu. Sekarang kerja susah, saya sudah tiga minggu cari kerja tak dapat. Sekarang kerja semua nak (kelulusan) SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Saya sekolah tak habis. Mak ayah dah meninggal dunia tak mampu belajar. Sekarang ada anak dan isteri, banyak tanggungjawab,” luah seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berterima kasih kepada Aiman kerana melakukan kesedaran dan berkongsi rezeki dengan Ati.

“Tahniah bro. Kau buat orang gembira, Allah lipat gandakan bahagia untuk kau. Semoga kau terus istiqamah buat kebaikan,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@afieragoes)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Halang Pekerja Sebab Nak Buat Sendiri” – Lelaki Ikhlas Buang Sampah Dari Tong Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd