Now Reading
[Video] Zhiddin Kongsi Kisah Telaga Talhah, Selit Nasihat Penghargaan & Nilai Pengorbanan Zaman Rasulullah

[Video] Zhiddin Kongsi Kisah Telaga Talhah, Selit Nasihat Penghargaan & Nilai Pengorbanan Zaman Rasulullah

Pempengaruh sastera, Zhiddin Aziz menjelaskan bahawa telaga Talhah itu terletak di Masjid Nabawi, tersorok di bawah karpet masjid itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kehidupan, tak semua pengorbanan kita akan dihargai. Kadang-kadang kita berjuang habis-habisan untuk seseorang atau sesuatu, tapi akhirnya kita yang ditinggalkan.

Situasi ini bukan perkara baru. Dari dulu lagi, ramai yang setia bertahan walaupun tidak diendahkan. Namun, sampai bila kita perlu teruskan sesuatu yang tidak memberi makna?

Baru-baru ini seorang pempengaruh sastera terkenal, Zhiddin Aziz berkongsi sebuah kisah menarik sewaktu dia berada di Masjid Al-Nabawi tentang nilai pengorbanan dan penghargaan yang dikaitkan dengan hidup sahabat Nabi SAW.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ChatGPT Bagi Jawapan Nabi Muhammad SAW Sebagai Individu Nombor 1 Paling Berpengaruh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Dedah Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi SAW

Baca Artikel Berkaitan: Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Kisah Telaga Talhah & Pengorbanan Sahabat Nabi

Setiap lokasi di Masjid Al-Nabawi menyimpan sejarah besar yang jarang diketahui ramai. Salah satunya adalah telaga Talhah, yang dipercayai tersembunyi di bawah permaidani masjid.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok pempengaruh sastera, Zhiddin Aziz bukan sahaja mendedahkan lokasi bersejarah itu tetapi juga menyelitkan renungan tentang penghargaan dan nilai pengorbanan dalam kehidupan.

Baru-baru ini, Zhiddin berkongsi tentang telaga tersebut, mengaitkannya dengan kisah perjuangan Talhah bin Ubaidillah, salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin syurga.

Menurut Zhiddin, dia menyedari kewujudan telaga itu semasa kerja pembersihan dijalankan di Masjid Nabawi.

Pada awal videonya, dia berkata, “Saudara, karpet yang saya duduk ini, kalau saya selak, pasti saudara terkejut.

“Tak ramai tahu tentang benda ini. Saya pun tahu daripada mutawif, tapi tak pasti di mana. Sampailah tadi, saya nampak semua karpet digulung kecuali yang satu ini.

“Apa yang tersembunyi di bawahnya ada kaitan dengan seorang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga.”

Dia kemudian menceritakan sabda Nabi SAW, “Barang siapa ingin melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi, maka lihatlah Talhah bin Ubaidillah.”

Zhiddin menjelaskan bahawa di bawah permaidani itu terletaknya telaga yang pernah diwakafkan oleh Talhah. Dahulu, air telaga itu memberi minum kepada umat Islam, namun kini ia telah terkubur di bawah tanah.

@zhiddinazizz

Sebalik karpet, ia berkaitan sahabat Rasulullah SAW yang dijanji syurga. Kisah dua insan yang bernama Talhah ini saling berkaitan, satu dengan kisah telaganya, satu lagi dengan kisah pengorbanannya. Kedua-dua Talhah ini saling berkaitan bukan kerana mempunyai nama yang sama, tapi kerana sifat memberi tanpa mengharap balasan, demi agama yang mereka cinta.

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz
Tonton video penuh [DI SINI].

Nilai Pengorbanan & Penghargaan

Selain berkongsi sejarah telaga tersebut, Zhiddin turut menyentuh kisah keberanian Talhah dalam Perang Uhud.

“Ketika Uhud, Rasulullah SAW diserang, Talhah ke hadapan menjadi perisai. Jarinya putus, darah bercucuran, namun dia tetap bertahan demi kasih yang tidak pernah hilang.”

Di sini lah Zhiddin mula mengaitkan kisah ini dengan kehidupan manusia.

“Kadang kita berjuang sepenuh jiwa, melindungi tanpa bertanya, berdiri di hadapan menahan derita demi seorang yang kita cinta. Tapi tidak semua yang kita lindungi akan menghargai, tidak semua yang kita pertahankan akan tetap di sisi.”

Dia menekankan bahawa Rasulullah SAW tidak membiarkan pengorbanan Talhah sia-sia. Baginda memuliakan sahabatnya hingga namanya dijamin di syurga.

“Tapi kita? Berkorban untuk orang yang memungkiri, kita berangkulan untuk orang yang melukai, kita berlarutan untuk orang yang akhirnya pergi.”

Di akhir video, Zhiddin turut memberi nasihat yang berbunyi, “Jika benar kita seperti Talhah, jangan biarkan diri kita tidak bernilai. Rasulullah SAW memuliakannya, bukan membiarkannya terabai.

“Jadi, kenapa kita masih bertahan pada dia yang tak sejalan dengan sifat ihsan yang tidak tahu erti pengorbanan dan perjuangan?”

Perkongsian Zhiddin ini mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja membuka mata tentang sejarah Islam, tetapi juga memberi peringatan mendalam tentang penghargaan dan erti pengorbanan.

Ramai Luah Rasa Sebak Dengar Kisah Talhah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengaku tersentuh dengan kisah ini. Ada yang berkongsi bahawa air mata mereka mengalir apabila mendengar cerita tentang Telaga Talhah dan pengorbanan sahabat Nabi SAW.

Sumber: TikTok @zhiddinazizz

Tak kurang juga yang berterima kasih kepada Zhiddin kerana berkongsi ilmu berharga ini. “Satu hari, satu ilmu baru,” kata seorang netizen yang menghargai perkongsian tersebut.

Sumber: TikTok @zhiddinazizz
Sumber: TikTok @zhiddinazizz

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Wujud Tiang Nabi Khidir Bersandar Di Terengganu Cetus Perdebatan, JHEAT Mulakan Siasatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Pesan Nak Berhibur Jangan Sampai Berdusta” – PU Amin Tak Setuju Budaya Prank Keterlaluan

Baca Artikel Berkaitan: Billboard di Amerika Syarikat Pamer Nasihat Nabi Muhammad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd