Now Reading
[Video] Guru Kreatif Ajar Topik Pembiakan Manusia Guna Lagu, Tapi Ramai Jadikan Ia Jenaka

[Video] Guru Kreatif Ajar Topik Pembiakan Manusia Guna Lagu, Tapi Ramai Jadikan Ia Jenaka

Difahamkan, pembiakan manusia merupakan topik yang baru masuk ke dalam silibus murid darjah enam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pendidikan seksual sering dianggap sensitif atau taboo dalam masyarakat, dengan ada yang berpendapat ia seperti menggalakkan perlakuan tidak bermoral dalam kalangan muda.

Namun stigma ini wajar diubah, terutama dengan peningkatan kes jenayah seksual yang banyak melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.

Kanak-kanak perlu diberi pendedahan awal tentang batasan diri dan sentuhan yang tidak selamat supaya mereka lebih sedar serta mampu melindungi diri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Guru Gunakan Lagu Untuk Ajar Topik Pembiakan

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok (@cikgusafuan), tular satu video menunjukkan seorang guru Sains mengajar murid tahun enam dengan cara kreatif iaitu melalui lagu.

Dengan lirik yang jelas menerangkan fungsi organ pembiakan manusia, kaedah ini menarik perhatian ramai. Dalam video tersebut, guru itu duduk di hadapan kelas sambil menyanyikan lagu, diiringi oleh murid-murid yang berada di belakangnya.

“Kena Fikir Cara Kreatif & Efektif”

Bercakap kepada The Rakyat Post, guru berkenaan mengakui bahawa mengajar topik ini di sekolah rendah bukan tugas mudah.

“Nak ajar topik ini di peringkat sekolah rendah pada awalnya memang berat bagi kami guru Sains, sejak ia dimasukkan dalam silibus.”

Disebabkan itu, dia mengambil inisiatif mencipta lagu dan menghasilkan video bagi membantu murid lebih memahami setiap fungsi bahagian dalam organ pembiakan manusia.

“Lagu ini sebenarnya bahagian kedua. Part pertama ada dalam video sebelum ini,” jelasnya.

Tonton video penuh [DI SINI].

“Biarlah… Ramai Juga Yang Faham”

Seperti biasa, apabila sesuatu yang berkaitan pendidikan seks tular, pasti ada pelbagai reaksi.

Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mempersoalkan kaedah pengajaran ini. Namun apabila ditanya tentang cabaran, guru ini memilih untuk tidak ambil hati dengan kritikan yang diterima.

“Biarlah… ramai juga yang faham sebenarnya tentang perkara ni.”

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Pendekatan Guru Ini, Ada Juga Yang Tidak Serius

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji pendekatan guru ini kerana berani membawa topik penting dengan cara lebih mudah difahami.

Sumber: TikTok @cikgusafuan
Sumber: TikTok @cikgusafuan

Namun, ada juga yang berpendapat topik ini kurang sesuai diajar di peringkat sekolah rendah.

Sumber: TikTok @cikgusafuan

Ada juga yang merasakan lagu bukan kaedah terbaik untuk mengajar topik ini.

“Bab ni tak payah buat lagu bagai.”

Sumber: TikTok @cikgusafuan

Namun, ramai juga yang memberikan maklum balas positif, mengatakan pendidikan ini penting dan tidak semestinya dikaitkan dengan seks semata-mata.

Sumber: TikTok @cikgusafuan
Sumber: TikTok @cikgusafuan

Pendidikan seksual bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan yang perlu diberi pendedahan sejak kecil lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi dan peningkatan jenayah seksual pada zaman sekarang.

Diharapkan para ibu bapa dapat memberi pendedahan yang sama kepada anak-anak agar mereka dapat melindungi diri ketika berada di luar pengawasan.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Perlu Terbuka Didik Anak Tentang Seks Demi Elak Masalah Ketagihan Pornografi – Pakar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd