“Siap Tunjuk Isyarat Tumpang Lalu” – Pemandu Wanita Penuh Adab Minta Izin Nak Selit Raih Pujian
Difahamkan, wanita tersebut ingin memasuki lorong sama dengan pemilik video yang sedang beratur menunggu lampu isyarat bersama-sama pemandu lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sikap sopan santun rakyat Malaysia memang sering menjadi perhatian, termasuk di jalan raya. Walaupun dalam kesesakan, masih ada yang mengutamakan adab ketika memandu.
Dalam keadaan tergesa-gesa, ramai yang sukar memberi laluan. Namun, pemandu berhemah mampu mencipta suasana lebih harmoni di jalan raya.
Tindakan kecil seperti meminta laluan dengan sopan boleh memberi impak besar. Ia bukan sahaja mengurangkan ketegangan tetapi juga menjadikan perjalanan lebih menyenangkan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Sekumpulan Lelaki Ajar Pemandu Di Dubai Tukar Tayar Pecah Dalam Loghat Pahang Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum
Gelagat Minta Laluan Yang Berhemah
Dalam satu rakaman dashcam yang dikongsi oleh pengguna di laman TikTok (@soft.rzl), kelihatan pemilik video sedang menunggu lampu isyarat di lorong kanan yang dipenuhi kenderaan.
Sebuah kereta putih yang dipandu oleh seorang wanita muncul dari simpang kiri dan ingin masuk ke lorong tersebut. Namun, dia tidak sekadar meluru masuk begitu sahaja.
Sebaik keluar simpang, wanita itu berhenti seketika dan menurunkan tingkap. Dengan wajah tersenyum, dia meminta laluan daripada pemandu di hadapannya.
Apa yang menarik perhatian adalah cara dia meminta izin iaitu dengan menghulurkan tangan ke depan seperti isyarat “tumpang lalu”.
Ramai Terpegun dengan Kesopanannya
Aksi sopan wanita ini meraih pujian ramai. Rata-rata netizen memuji sikapnya yang beradab ketika memandu, sesuatu yang jarang dilihat di jalan raya.



Sikap berhemah di jalan raya bukan sahaja menunjukkan keperibadian seseorang tetapi juga mencerminkan budaya masyarakat yang menjunjung adab dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Jika Digunakan
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dah Tekan Minyak Kan?” – Gelagat Gadis Pertama Kali Belajar Bawa Kereta Atas Jalan Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ular Melingkar Atas Bumbung, Gelagat Pemandu Selamba Bawa Kereta Raih Perhatian [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.