“Sayu Tengok Kena Buang” – Sikap Pelanggan Bufet Ramadan Bazir Makanan Jadi Perhatian
Menerusi video tular, kelihatan banyak sisa-sisa makanan di sebuah bufet Ramadan terpaksa dibuang selepas pelanggan tidak menghabiskannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali bulan puasa, kita akan lihat pelbagai juadah menarik dijual oleh peniaga bukan sahaja menerusi bazar Ramadan, malah juga bufet-bufet ditawarkan di hotel, restoran atau katering.
Namun perkara yang paling dibimbangkan adalah adakah pembaziran makanan akan berlaku akibat kekurangan pelanggan ataupun sikap individu yang terlalu mengikut nafsu.
Seperti pada tahun lalu, kelihatan beberapa peniaga air balang yang berniaga sekitar Putrajaya terpaksa membuang minuman lebihan yang tidak terjual ke dalam tong besar berwarna hitam.
Memang banyak betul ya sisa minuman. Bahkan, ada juga balang yang kelihatan penuh seperti tidak terusik sama sekali.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kenapa Tak Sedekah?” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tidak Terjual Cetus Perdebatan
Situasi Selepas Habis Bufet Ramadan
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila sebuah restoran dikenali sebagai Mak Kimbong (@makkimbong) yang menyediakan servis bufet bersempena Ramadan ini berkongsi situasi selepas habis sesi berbuka puasa.
Menerusi video perkongsian, kelihatan meja-meja dipenuhi dengan sisa makanan tetamu yang begitu banyak. Malah, ada juga pelanggan meninggalkan pinggan yang dipenuhi dengan makanan yang banyak seolah-olah ia belum lagi diusik.
Kebiasaannya, individu akan ambil saiz hidangan yang kecil bagi setiap menu di bufet agar dapat merasa banyak jenis makanan disediakan.

Sisa Makanan Yang Banyak Terpaksa Dibuang
Bagaimanapun, segelintir pelanggan dilihat mengambil kuantiti yang terlampau banyak sehinggakan tidak larat untuk menghabiskannya. Oleh disebabkan makanan di bufet tidak boleh dibawa pulang, hidangan-hidangan terbiar itu terpaksa dibuang.
“Salah satu sebab kami adakan MAHA Plate, supaya ramai lagi orang yang dapat merasa menu-menu yang kami hidangkan di MAHA Buffet tapi dengan cuba elakkan pembaziran,” kata pihak restoran di ruangan kapsyen.
Pun begitu, pembaziran makanan masih lagi berlaku.
@makkimbong Replying to @Akimzz Salah satu sebab kami adakan MAHA Plate, supaya ramai lagi orang yang dapat merasa menu2 yang kami hidangkan di MAHA Buffet tapi dengan cuba elakkan pembaziran. Hak masing2, untuk pilih package biasa atau package MAHA plate. 🥰 . Kalau nak booking seat anda dengan package MAHA plate, boleh klik link di bio. Atau layari terus www.mahabuffet.com.my ❤️ #buffetramadhan2025 #buffetramadhanselangor #buffetramadhankl #buffetramadhansedap #buffetramadhanberbaloi #mahabuffet #mahabuffetmaeps #mahabuffet2025 #buffetterbesardimalaysia #buffetramadhan #buffetselangor #buffetmakkimbong #sotonggergasi #sotongbakar #kambingbakar #gamingstation #barber #hennapercuma #buffet200menu #buffetserdang #buffetmaeps #buffetviral #makkimbong #foryou #trending #fyp ♬ Very Sad – Enchan
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kaitkan Pembaziran Makanan Dengan Erti Sebenar Puasa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kecewa dengan sikap individu yang terlalu mengikut nafsu dan melakukan pembaziran.
“Allahuakbar iman kita diuji dengan banyaknya makanan. Palestin diuji imannya dengan tiadanya makanan. Allahuakbar, iftar bufet Ramadan ni memang saya tak pergi sebab membazir. Ampunkan kami ya Allah,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga mempersoalkan adakah pelanggan yang membazir makanan cakna tentang erti sebenar berpuasa.
“Nafsu, berpuasa ni menahan diri lapar dan dahaga supaya kita faham erti keperitan insan-insan yang tak punya (tak berkemampuan). Tapi kita lebih kepada (mengikut) nafsu bila berbuka,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut mengingatkan orang ramai untuk menghabiskan dahulu makanan di depan mata sebelum mengambil yang lain.
“Sampai ada yang tak berusik. Ayah aku ni paling pantang ambil-ambil tak makan. Dia selalu pesan makan apa yang ada. Dah habis baru tambah. Sebelum makan, memang rasa nak ambil banyak. Sekali dah melahap, mesti ada tak habis,” kata seorang warganet.






Baca Artikel Berkaitan: ‘Fashion Show’ Dipercayai Kempen Elak Bazir Makanan Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Malaysia Tersenarai Antara Negara Yang Banyak Bazir Makanan
Memang tidak dapat dinafikan isu pembaziran makanan di Malaysia dilihat semakin membimbangkan.
Sekitar Februari 2025, Seasia Stats di laman Instagram mereka mendedahkan statistik isu pembaziran makanan di seluruh negara. Menurut laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) 2024, jumlah sisa makanan per kapita adalah berbeza-beza di seluruh dunia.

Tetapi jika dilihat di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan empat yang tertinggi dalam masalah pembaziran makanan iaitu sebanyak 81 kilogram per kapita setiap tahun selepas Laos, Thailand dan Kemboja.
Dalam hantaran sama, negara-negara dengan tahap pembangunan ekonomi yang lebih tinggi seperti Singapura dan Malaysia mungkin mengalami pembaziran makan yang lebih ketara disebabkan oleh tabiat pengguna dan amalan mengagihkan makanan kepada masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ke-4 Di Asia Tenggara Paling Banyak Membazir Makanan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.