“Habis Bergesel Lelaki Perempuan” – Orang Ramai Berebut Beli Kuih Raya Undang Kritikan
Difahamkan para pelanggan itu sedang berebut bagi mendapatkan kuih raya ‘Dark Famous’ dan juga ‘Bangkit Cheese’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi mendapatkan sesuatu benda yang terhad, segelintir individu sanggup berebut dan beratur dalam keadaan bersesak meskipun ia boleh memudaratkan diri sendiri. Hal ini kerana ramai yang menerapkan prinsip ‘first come first serve’.
Pertengahan Februari lalu, kelihatan orang ramai yang dipercayai peniaga berlari didakwa merebut tapak gerai di sebuah kawasan bazar Ramadan di Johor.
Menerusi video dimuat naik di laman Facebook, kelihatan peniaga-peniaga tersebut berlari dengan pantas sebaik sahaja pagar di kawasan bazar itu dibuka.
Dalam video sama, kelihatan juga seorang wanita terjatuh sewaktu sedang berlari untuk mendapatkan tapak di bazar.
Baca Artikel Berkaitan: Sampai Ada Terjatuh! Sekumpulan Individu Dipercayai Berlari Rebut Tapak Bazar Curi Tumpuan [Video]
Ramai Bersesak & Rebut Kuih Raya
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pelanggan dikenali sebagai Izzati (@_izzatishukor_) berkongsi situasi riuh di sebuah kedai kuih raya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai sedang mengekori pihak kedai yang mengangkat kotak dipenuhi dengan stok kuih ‘Dark Famous’ dan ‘Bangkit Cheese’.
Dalam video sama, kelihatan mereka semua bersesak meskipun pihak kedai belum sempat lagi meletakkan kuih-kuih raya terbabit di ruangan display.
Difahamkan, mereka semua sedang berebut bagi mendapatkan kuih tersebut sebelum stok habis dijual.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah, keadaan yang dilihat tidak terkawal di mana ada yang sampai menolak individu lain bagi membeli kuih raya. Sampaikan ada juga yang hampir terjatuh akibat kesesakan itu.
“Macam ni ye kuih raya hunting dekat Emy Cookies 😂,” kata Izzati di ruangan kapsyen.
@_izzatishukor_ Macam ni ye kuih raya hunting dkt emy cookies 😂 #emycookies #kuihraya #fyp #viral #kuihrayamurah #cravingtimecookies ♬ Tob Tobi Tob – DJ Mamang
Tonton video penuh [DI SINI].
Untuk info, perkongsian ini turut tular di laman X (Twitter).
Raya sakan betul tahun ni. Sanggup eh korang berebut macamni untuk kuih raya 😭😭 pic.twitter.com/vLFc2BNUSE
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 19, 2025
Ramai Persoal Pelanggan Yang Sanggup Rebut Kuih Raya
Menjengah ke ruangan komen TikTok, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelanggan yang sanggup berebut bagi mendapatkan kuih raya itu.
“Kenapa macam ni? Tak pernah merasa? Takut tak merasa? Perlu ke macam ni? Banyak soalan ni. Ya Allah tak faham apa yang direbutkan tu. Lepas raya tak ada dah? Ini kena wajib ada ke? Pening la puasa ni,” kata seorang warganet.
Malah, ramai juga mempertikaikan individu yang tidak menjaga ikhtilat dengan jantina berlainan semata-mata bagi mendapatkan kuih raya.
“Nak beli tu tak apa. Tapi bila berebut macam tu, bergesel lelaki dan perempuan. Itu yang tak berkenan,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu menyarankan pihak kedai untuk membuat sistem yang lebih teratur untuk pelanggan membeli kuih raya.
“Mohon pemilik kedai buat sistem untuk semua pelanggan beratur dan limit bagi setiap seorang satu botol. Baru adil untuk semua dapat. Kalau berebut sampai dapat biskut hancur pun tak ada guna juga,” kata seorang wanita.






Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sanggup Beratur Dalam Hujan Untuk Makanan Viral, Tindakan Pelanggan Raih Kritikan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Susah Nak Faham” – Ramai Persoal Tindakan Individu Sanggup Beratur Demi Maggi Tepi Jalan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.