“Dah Macam Muzium!” – Ramai Tercengang Lihat Lipas Ditampal Pada Dinding Guna Pita Pelekat
Difahamkan, terdapat lipas yang sudah ditampal selama dua tahun pada dinding itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, lipas merupakan antara serangga paling digeruni masyarakat lebih-lebih lagi lipas terbang. Apabila ia mula terbang, mesti ramai akan tidak senang duduk.
Malah segelintir kaum Adam juga boleh hilang ‘macho’ kalau terserempak dengan serangga perosak ini. Bahkan ada yang sanggup berpindah tempat jika terjumpa dengan lipas.
Seperti tahun lalu, seorang wanita dikenali sebagai Nyna berkongsi pengalamannya apabila ‘check-in’ ke sebuah hotel dipercayai sekitar Cameron Highlands. Momen indah untuk berehat dan bercuti bertukar ‘ngeri’ selepas hotel yang ditempah olehnya dipenuhi dengan banyak lipas.
Bukan satu atau dua ekor, tetapi 10 ekor lipas berada dalam bilik tersebut!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli
Banyak Lipas Mati Dilekatkan Pada Dinding Gudang
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Nik (@totallynotnik) dipercayai seorang pekerja di sebuah gudang berkongsi telatah dan ‘hobi’ unik staf di sana.
Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak lipas melekap pada dinding bahagian atas yang berdekatan siling gudang berkenaan. Lipas-lipas yang sudah mati itu dipercayai dilekatkan oleh kakitangan kedai tersebut menggunakan pita pelekat.
Lebih mencuri perhatian adalah setiap pita pelekat pada lipas itu turut ditulis sekali dengan tarikh dan masa ia menjadi ‘fosil’ di sana.
Sekali pandang, dah macam display dekat muzium pula!
Menurut Nik, terdapat juga lipas yang sudah disimpan dan dijadikan ‘pameran’ selama dua tahun. Kalau tonton sendiri klip berkenaan, mesti anda terkejut melihat lipas yang begitu besar itu.
Tambah Nik lagi, lipas terbabit tidak dipenuhi dengan semut kerana sudah dilekatkan dengan sebaiknya.
@totallynotnikk 2 tahun gak simpan 😭
♬ Tob Tobi Tob – DJ Mamang
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Berdekah Lihat Idea ‘Kreatif’ Kebumikan Lipas-lipas Yang Mati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tercengang dengan idea luar kotak pekerja di sana.
“Kertas research dah buat ke kak? Nak tengok metod dan keputusan ujian lipas ni,” jenaka seorang lelaki.
Malah ramai juga sempat berseloroh melihat lipas yang begitu banyak dilekatkan pada dinding.
“Ya Allah kesian kurma (lipas) tu. Siap ada tarikh kematian eh. Terbaik, boleh jadi wallpaper bilik ni,” ujar seorang wanita yang terhibur.
Sementara itu, ada juga netizen yang berkata ia merupakan idea bernas bagi menakutkan lipas-lipas lain mendekati kawasan tersebut.
“Jadi lipas lepas ni kalau ternampak akan takut dan diorang patah balik. Memang terbaik,” kata seorang pengguna TikTok.







Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Botol Kicap Banyak Lipas, Reaksi Wanita Ini Terima Kecaman Orang Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



