Now Reading
“Buang Je Kuali Tu” – Aksi Tikus Berlari Dalam Kuali Berisi Minyak Bikin Ramai Kembang Tekak

“Buang Je Kuali Tu” – Aksi Tikus Berlari Dalam Kuali Berisi Minyak Bikin Ramai Kembang Tekak

Berdasarkan kapsyen pada video, perakam hanya menyedari perkara itu ketika bangun untuk bersahur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan menggoreng bahan masakan seperti ikan atau ayam biasa dilakukan bagi mereka yang sering memasak di rumah.

Selalunya selepas menggoreng sesuatu, mesti masih terdapat sisa minyak yang akan disimpan untuk digunakan kembali.

Namun begitu, mungkin ada juga yang terlupa untuk menutup kuali yang berisi minyak itu sehingga didatangi makluk perosak atau serangga.

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Banyak Cicak? Jom Buat Perangkap DIY Tangkap Haiwan Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Botol Kicap Banyak Lipas, Reaksi Wanita Ini Terima Kecaman Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Fikir Air Terjun Ke?” – Kelibat Biawak Enjoy Air Paip Mengalir Dalam Lubang Singki Jadi Tumpuan

Tikus Masuk Dalam Kuali Berisi Minyak

Itulah yang terjadi apabila satu video yang dimuat naik di TikTok (@adamerria) menyaksikan seekor tikus yang sedang berada di dalam kuali yang berisi minyak.

Kuali yang ditinggalkan di atas dapur itu tanpa ditutup mempunyai minyak terpakai di dalamnya mungkin telah menarik kehadiran haiwan perosak itu disebabkan bau gorengan pada cecair tersebut.

Berdasarkan kapsyen pada video, dipercayai perkara itu hanya disedari ketika individu yang merakam video tersebut bangun untuk bersahur.

Badan tikus berkenaan habis diselaputi minyak yang menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri daripada dalam kuali tersebut kerana licin.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih 2.1 juta tontonan dengan lebih 130 ribu tanda suka.

https://www.tiktok.com/@adamerria/video/7483160716556471573

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kembang Tekak, Tak Sanggup Guna Semula Kuali

Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang berasa kembang tekak melihat tikus yang berada di dalam kuali tersebut sehingga ada yang berkata akan membuang terus perkakas memasak itu.

Ada juga yang membayangkan bagaimana jika tikus yang terjatuh itu dapat melepaskan diri dan minyak itu diguna semula untuk memasak.

Seorang wanita berkongsi pesan ibunya agar sentiasa menutup periuk kuali jika terdapat lebihan minyak di dalamnya agar tidak dimasuki haiwan perosak.

Dalam masa sama, terdapat pengguna media sosial yang turut berjenaka dengan situasi itu, seperti seorang individu yang berkata Khairul Aming tidak pernah mengajar resepi sedemikian.

Ada juga yang menyamakan situasi tikus itu seperti filem animasi Ratatouille dan berseloroh bahawa cik ti sedang melakukan tarian wadidaw.

Sumber: @adamerria/ TikTok

Bersihkan Dapur Sepenuhnya Sebelum Tidur

Sisa makanan yang ada di dapur pasti akan menarik kehadiran serangga serta haiwan perosak seperti tikus dan cicak.

Oleh itu, ambil langkah-langkah berikut bagi membersihkan dapur sebelum tidur pada waktu malam:

  1. Pastikan pinggan mangkuk di singki dibersihkan sepenuhnya.
  2. Susun pinggan mangkuk yang telah dikeringkan di dalam rak.
  3. Lap makanan yang tumpah di sekeliling dapur.
  4. Lap meja dan dinding serta mop lantai jika terdapat kesan percikan minyak.
  5. Pastikan segala bahan masakan yang digunakan seperti garam dan minyak ditutup betul-betul.
  6. Simpan makanan lebihan di tempat yang tertutup atau di dalam peti sejuk.
  7. Ikat semua sisa makanan dengan kemas di dalam plastik. Lebih elok jika dibuang terus ke tong sampah di luar rumah.
https://www.tiktok.com/@aidaashuhada/video/7376673787766377736

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Cara Nak Bagi Rumah Kekal Wangi, Guna Bahan-Bahan Di Dapur Sahaja!

Baca Artikel Berkaitan: Dapur Gas Selalu Ada Kesan Kotoran Minyak Degil? Lelaki Ini Kongsi Tips Mencuci Yang Anda Boleh Cuba

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Cara Untuk Kurangkan Habuk & Haiwan Perosak Di Dinding Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd