[Video] Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Anggota Polis ‘Terlentok’ Atas Motor Ketika Tunggu Lampu Isyarat
Menerusi video tersebut, anggota polis trafik itu dipercayai menongkat dagunya pada tangki motosikal semasa sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui tugas sebagai anggota polis trafik memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila bertugas dalam cuaca panas dan sibuk mengawal lalu lintas.
Kadangkala, keletihan yang melampau boleh menyebabkan mereka terlampau kepenatan walaupun masih berada di atas motosikal.
Itulah yang berlaku pada seorang anggota polis trafik yang dipercayai kepenatan sehingga terlentok di atas motosikalnya ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau melalui satu perkongsian baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Rakaman Anggota Polis Kepenatan Undang Perhatian
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@amanshah255), video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lori yang kebetulan berhenti di lampu isyarat yang sama dengan anggota polis berkenaan.
Kelihatan anggota trafik itu duduk di atas motosikalnya dengan keadaan tubuh sedikit condong ke hadapan dipercayai menongkat dagu pada bahagian tangki seolah-olah terlelap atau kepenatan.
Walaupun hanya beberapa saat, rakaman itu sudah cukup menggambarkan betapa penatnya tugas yang dipikul oleh anggota keselamatan dalam memastikan tanggungjawab harian mereka terlaksana dengan sempurna.
Ramai Luah Rasa Simpati Lihat Anggota Polis Itu
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati melihat keadaan anggota polis trafik berkenaan.
Ada yang mengatakan mereka memahami betapa mencabarnya tugas menjaga keamanan negara, melakukan kerja di atas jalan terutamanya dalam cuaca panas yang melampau kebelakangan ini.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar anggota polis itu diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan tugasnya.



Tips Kekal Sihat Dalam Cuaca Panas Di Bulan Ramadan
Cakna dengan situasi umat beragama Islam sedang berpuasa, KKM telah berkongsi beberapa tips berguna yang boleh dipraktikkan oleh orang ramai di bulan Ramadan ini.
Kalau anda ada anak-anak yang sering mengadu mahu berbuka puasa awal kerana cuaca panas, mungkin boleh juga gunakan cara-cara ini. Antaranya:
#1. Pakai Topi Atau Payung
Melindungi diri daripada terkena sinaran matahari dan pancaran haba secara langsung ke badan boleh mengurangkan anda terdedah dengan bahang melampau.
Cara-caranya adalah dengan memakai topi atau payung ketika berada di luar rumah atau bangunan.

#2. Guna Kipas Atau Pendingin Hawa
Gunakan perkakas yang boleh menghasilkan angin dingin bagi membantu anda menyejukkan diri daripada cuaca panas seperti kipas berdiri atau pendingin hawa.

#3. Minum Air Mencukupi Ketika Sahur & Berbuka
Petua ketiga adalah sentiasa mengekalkan hidrasi badan dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi. Dalam tempoh berpuasa ini, adalah penting untuk anda mendapatkan air kosong yang banyak dari tempoh berbuka sehinggalah waktu sahur.
Sebelum ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Abud Bakri turut berkongsi cara-cara meningkatkan jumlah penyerapan air dalam tubuh badan khususnya ketika bulan Ramadan.

Cara-caranya adalah dengan membuat campuran air seperti berikut:
- 1/4 sehingga 1/2 sudu teh garam (sekitar 500-1000 mg garam).
- 236 sehingga 473 miligram air.
- Lemon
- Makan kurma atau apa sahaja buah untuk mendapatkan kandungan gula.\
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.