[Video] Lepas Banyak Pelajar ‘Repeat’, Khairul Aming Akhirnya Buka Kelas Resepi Pemulihan
Difahamkan, selepas terlalu ramai pengikut gagal mengikuti resepinya, KA akhirnya buat kelas pemulihan untuk ‘murid-muridnya’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali Ramadan, ramai yang menantikan resepi terbaru daripada influencer dan usahawan, Khairul Aming. Resepinya terkenal kerana mudah diikuti dan menggunakan bahan yang senang didapati.
Tapi setiap tahun mesti ada yang gagal ikut resepinya. Hasil masakan yang jauh tersasar ini sering mengundang gelak tawa, malah menjadi trend apabila ramai berkongsi percubaan mereka di media sosial.
Kali ini jumlah pelajar ‘repeat’ nampaknya terlalu ramai hingga Khairul Aming sendiri terpaksa ambil langkah drastik dengan membuka kelas pemulihan khas untuk bantu mereka yang masih terkial-kial di dapur.
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: “Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Buat Streak Dah Kenapa” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Cuba Buat Resepi Khairul Aming Tapi Gagal
Baca Artikel Berkaitan: “30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur
Khairul Aming Buka Kelas Pemulihan Untuk ‘Repeaters’
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@khairulamingfans_), video yang tular itu memaparkan suntingan klip dari sesi live Khairul Aming yang seakan-akan kelas pemulihan untuk pengikutnya.
Dalam sesi tersebut, Khairul Aming mengajar cara memasak menu yang pernah dikongsikannya sebelum ini iaitu Crispy Thai Pancake.
Disebabkan terlalu ramai yang gagal mengikut resepi, dia memutuskan untuk mengadakan sesi khas bagi memberi tunjuk ajar secara terperinci.
Lebih mencuit hati, Khairul Aming tidak melepaskan peluang bergurau bersama-sama pengikutnya dengan berkata kehadiran sudah ditutup untuk mereka yang lambat masuk, jadi sesiapa yang baru menyertai dianggap tidak hadir.
“Awak masuk pun kehadiran tak diterima, saya dah tutup kehadiran dah,” guraunya sambil meneruskan tunjuk ajar langkah demi langkah hingga masakan siap.
Netizen Terhibur Sertai Kelas Pemulihan Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Khairul Aming mengadakan ‘kelas pemulihan’ untuk mereka yang masih gagal mengikut resepi.
Ada yang berjenaka dengan mengatakan sesi ini terasa seperti zaman sekolah kerana masih perlu mendengar bebelan daripada ‘cikgu’.
“Ingatkan dah 38 tahun tak kena bebel dengan cikgu dah,” tulis seorang pengguna.


Tidak kurang juga yang menganggap sesi ini sebagai peluang keemasan, seperti guru memberikan soalan bocor dan menyuruh murid menghafal jawapan dengan tepat.


Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



