Now Reading
“Satu Episod Alarm Dia Eh” – Alarm Guna Suara Doraemon Bikin Dekah

“Satu Episod Alarm Dia Eh” – Alarm Guna Suara Doraemon Bikin Dekah

Menerusi perkongsian tersebut, perakam terpaksa bangun dari tidurnya semata-mata untuk mematikan alarm “Doraemon” dari telefon rakannya yang masih nyenyak tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan jam penggera atau “alarm” merupakan teknologi yang banyak membantu orang ramai untuk bangun tepat pada waktunya. Jika dahulu hanya boleh ditetapkan pada jam sahaja, kini sudah boleh digunakan pada telefon pintar.

Bukan hanya itu, pengguna juga boleh memilih lagu atau bunyi tertentu sebagai alarm mereka. Ada yang memilih nada dering biasa, tetapi ada juga yang menggunakan bunyi unik untuk memastikan mereka betul-betul terjaga.

Malangnya seorang lelaki ini terpaksa bangun bukan kerana bunyi alarmnya sendiri, tetapi alarm telefon kawannya. Lebih mencuit hati, alarm tersebut menggunakan suara kartun Doraemon yang panjang. Dah macam satu episod!

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Gelagat Isteri Terpaksa Jawab Soalan Matematik Untuk ‘Off Alarm’ Telefon Suami [Video]

Artikel Berkaitan: “Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’

Suara Doraemon Bergema Tanpa Henti

Menerusi perkongsian yang tular di laman TikTok (@imrancenai), lelaki itu kelihatan terpinga-pinga mencari punca bunyi di awal video.

Dimulai dengan ‘sound effect’ yang kuat dan disambung pula dengan, “Bangun la gila, dah pagi ni!”

Alarm berdurasi kira-kira 25 saat itu berulang-ulang, namun pemilik telefon masih nyenyak tidur. Pada awalnya, perakam hanya memerhati, berharap kawannya akan bangun sendiri.

Tetapi selepas beberapa saat, dia akhirnya terpaksa bangun dan menutup alarm tersebut. Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai.

Setakat artikel ini ditulis, ia sudahpun meraih jumlah tontonan sebanyak 3.6 juta.

https://www.tiktok.com/@imrancenai/video/7481895284562201863?_r=1&_t=ZS-8uktC85oePQ
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Dapat ‘Relate’ Dengan Situasi Ini

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman menggunakan bunyi alarm yang pelik-pelik. Ada yang mengaku pernah menggunakan suara kartun atau bunyi aneh untuk memastikan mereka terjaga.

Sumber: TikTok @imrancenai
Sumber: TikTok @imrancenai

Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman terpaksa menutup alarm orang lain. Mereka faham perasaan terpaksa bangun hanya kerana pemilik telefon tidur mati.

Sumber: TikTok @imrancenai
Sumber: TikTok @imrancenai

Tekan Snooze Boleh Ganggu Kesihatan

Menurut pakar, tabiat menekan butang snooze selepas bunyi alarm boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Tidur yang terganggu berulang kali boleh menyebabkan rasa letih sepanjang hari dan mengganggu kitaran tidur semula jadi.

Kajian juga menunjukkan bahawa tidur semula selepas alarm berbunyi tidak memberikan rehat yang berkualiti. Malah, ia boleh menyebabkan rasa pening, kurang fokus, dan keletihan berpanjangan sepanjang hari.

@drrizalabubakar

Tidur, terjaga sebab alarm berbunyi lepas tu tekan butang snooze. Apa berlaku? #drrizalabubakar #drotak #sihat #otak #tidur #tidurnyenyak

♬ original sound – drrizalabubakar – Dr Rizal
Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya Tekan ‘Snooze’ Lepas Bunyi Alarm. Ini Kesan Buruk Pada Tubuh Badan

Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd