“Demand Luar Biasa” – Jualan Produk Khairul Aming Laku Keras, Cecah RM42 Juta Pada Tahun 2024
Menurut Khairul Aming, antara faktor peningkatan jualan yang mendadak itu adalah kerana penjualan menerusi sesi siaran langsung (TikTok Live Shop).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, content creator Khairul Aming (KA) dikenali dengan kesungguhannya menghasilkan video-video resepi masakan yang mudah diikuti oleh orang ramai di media sosial.
Dalam masa sama, KA juga aktif dan giat dalam bidang perniagaan di mana dia menjual dua produknya yang laku keras hingga kini iaitu Sambal Nyet Berapi serta Dendeng Nyet Berapi.
Walaupun sudah mencecah lima tahun sejak keluaran produk pertamanya, sokongan orang ramai terhadap bisnesnya masih berterusan dan meningkat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Dijemput Sebagai Panel Penceramah Di Dubai, Ramai Tumpang Bangga
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!
Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit
Jualan Produk Khairul Aming Cecah RM42 Juta Pada 2024
Terbaharu, Khairul Aming menerusi hantaran di akaun media sosialnya telah berkongsi info mengenai prestasi jualan produknya bagi tahun 2024. Menurutnya, jumlah jualan keseluruhan bagi Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi mencecah RM42 juta!
Jumlah tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 110% daripada tahun sebelumnya (2023) iaitu RM20 juta.
Jelas KA, pasukannya dahulu mengambil masa tiga bulan bagi mencapai jualan sebanyak RM1 juta namun dengan tenaga kerja sekarang, mereka boleh menyasarkan jumlah itu dalam satu minggu sahaja.

Faktor Peningkatan Jumlah Jualan Produk KA Yang Mendadak
Ujar KA, terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting dalam peningkatan jualan produk pada tahun lalu.
#1. Jualan Siaran Langsung (TikTok)
Antaranya adalah jualan menerusi siaran langsung yang lebih aktif menerusi media sosial.
“Dari dua tahun lepas, KA perasan pasaran e-dagang ni mula beralih kepada siaran langsung. Di mana dia punya interaksi bersama pelanggan jadi lebih kuat. Kita boleh dapatkan komunikasi waktu sebenar, pelanggan nak kasi maklum balas atau tanya soalan kita boleh jawab terus,” katanya.
Menerusi siaran langsung, pasukan KA boleh mencapai jualan sehingga RM500,000 dalam masa satu jam sahaja bergantung kepada rancangan dan pelaksanaan sesi menjual itu. 70% daripada RM42 juta datangnya daripada siaran langsung itu sendiri.

#2. Jumlah Produksi
Sebelum ini, Sambal Nyet Berapi boleh dihasilkan sebanyak 1,000 hingga 3,000 unit dalam masa sehari yang mana ia tidak dapat menampung permintaan sedia ada.
Oleh disebabkan itu, KA menukar strategi untuk produk keduanya iaitu meningkatkan produksi Dendeng Nyet Berapi agar pengguna boleh membeli dengan selesa.

‘Goals’ Untuk Tahun 2025, Bakal Keluarkan Produk Ke-3
Bagi mengekal dan meningkatkan kecemerlangan dalam dunia perniagaan ini, KA merancang untuk meluaskan lagi kilang dan produk baharu yang ketiga.
“Insya-Allah kilang ketiga mula beroperasi tahun ni juga dekat Kelantan dan tambahkan produk ketiga pada Q3 atau Q4 nanti. KA akan umumkan bila dah bersedia.
“Tapi matlamat saya sangat jelas, kita nak kembangkan lagi bisnes dekat Kelantan dan juga perniagaan tempatan di sana,” ulasnya.

Tingkatkan Ilmu E-Dagang Dari Luar Negara
Bukan itu sahaja, KA juga akan terbang ke luar negara bagi menambah ilmunya dalam bidang e-dagang dan siaran langsung. Ilmu itu kemudian akan digunakan dalam perniagaannya dan membantu usahawan tempatan dan penjual SME (Perniagaan Kecil dan Sederhana).
“Belajar cara untuk naikkan lagi jualan diorang terutamanya bahagian pemasaran siaran langsung. Kami juga akan beri tunjuk ajar dengan affiliators yang ingin belajar.
“KA nak bimbing dan kongsi segala ilmu yang ada supaya kita sama-sama tolong untuk kembangkan dunia digital e-dagang dekat Malaysia,” tambahnya lagi.

Di akhir perkongsian, KA turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangannya dan juga para pembeli yang tidak putus memberikan sokongan dari awal hingga ke hari ini (19 Mac).
Pleased to share with you guys yang alhamdulillah jualan produk Khairulaming untuk tahun 2024 mencecah RM 42 Juta, iaitu peningkatan sebanyak 110% dari tahun sebelumnya (RM 20 juta).
— Khairulaming (@khairulaming) March 18, 2025
Untuk tahun 2025 fokus kita adalah untuk expand ke kilang ketiga di Kelantan, keluarkan produk… pic.twitter.com/tzljfrSoNi
Ramai Puji Kesungguhan KA Dalam Memajukan Sektor Perniagaan Di Kelantan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Khairul Aming kerana berjaya dalam dunia perniagaannya dan menjadi inspirasi kepada orang ramai.
“Hebat! Jenama KA sendiri mampu hasilkan jualan sebanyak tu. Semoga banyak lagi peluang untuk penduduk tempatan selari dengan peningkatan jualan. Tahniah KA dan team!” ujar seorang pengguna X (Twitter).
Malah, ramai juga menyokong ideanya untuk meluaskan lagi peluang pekerjaan di bumi Kelantan.
“Baguskan peniaga macam ni. Dia nak majukan ekonomi dekat tempat dia lahir. Buka banyak peluang pekerjaan dekat sana,” kata seorang wanita.




Khairul Aming Raih Anugerah Malaysia Book Of Records
Terdahulu pada tahun 2024, jualan produk yang baru dilancarkan pada ketika itu iaitu Dendeng Nyet Berapi telah dilakukan secara atas talian menerusi platform TikTok Shop Live dan meraih 3.3 juta orang penonton pada malam tersebut.
Sesi jualan berkenaan sememangnya mencipta satu fenomena yang sungguh luar biasa dalam industri perniagaan.
Kejayaan yang diperoleh oleh influencer ini telah melayakkannya untuk menerima salah satu anugerah yang penuh bermakna di Malaysia.
Memetik laporan Astro Awani, Khairul Aming telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records atas usahanya dalam meraih jualan bernilai RM1 juta terpantas dalam siaran live TikTok Shop.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Rumah & Kereta Mewah. Aset Saya Cuma Kilang Sambal Nyet Je” – Khairul Aming
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.