Now Reading
“Dapat Tu Je?” – Gadis Kecewa Dicaj RM8 Untuk Nasi Putih & Seketul Kecil Daging Kicap

“Dapat Tu Je?” – Gadis Kecewa Dicaj RM8 Untuk Nasi Putih & Seketul Kecil Daging Kicap

Menurut ibu kepada gadis tersebut, dia cakna bahawa kos barangan sudah meningkat namun sedikit terkilan kerana anaknya hanya mendapat seketul sahaja daging kicap untuk RM8.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila membeli makanan dari luar atau menjamu selera di mana-mana restoran, sudah tentu pelanggan mengharapkan servis dan pengalaman terbaik. Bukan itu sahaja, pelanggan juga menitikberatkan isu harga yang ditetapkan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

Sebelum ini, seorang wanita terkejut selepas dicaj RM7 oleh sebuah restoran di Bukit Bintang hanya untuk segelas air suam.

Menurut wanita itu, makanan yang dinikmati di sana adalah lazat. Namun harga yang tidak masuk akal itu memberikan pengalaman kurang senang buatnya.

Bukan sahaja harga air suam yang melampau, malah pihak restoran juga didakwa mengenakan caj tambahan jika mahu meletakkan cili padi ke dalam makanan untuk rasa ‘kick’ dan pedas.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Air Suam Di Restoran Sekitar KL Cecah RM7, Cekik Darah!

Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa

Wanita Dicaj RM8 Untuk Nasi Putih & Seketul Daging Kicap

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang ibu dikenali sebagai Ieza (@ieza_peace) berkongsi nasib yang menimpa anak perempuannya ketika sedang menjamu selera.

Menerusi video tersebut, si anak yang juga seorang pelajar praktikal itu mengadu kepada Ieza tentang kuantiti ketulan daging yang diterima selepas membeli juadah makanan dari seorang peniaga.

Dalam klip sama, si anak hanya menerima seketul daging kecil dalam satu bungkusan plastik.

“Nasi putih + daging masak kicap RM8.00 dapat seketul daging je,” ujar Ieza di ruangan kapsyen.

Ibu Terkilan Anaknya Hanya Terima Seketul Daging Untuk Harga RM8

Menurut Ieza, anaknya yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital tidak dibenarkan untuk memasak sekaligus menyebabkannya terpaksa membeli makanan.

“Bukan isu harga meskipun kami bukan golongan T20, dan amat memahami kos barang (yang meningkat). Cuma agak terkilan kuantiti (ketulan daging) yang anak dapat. Bukan tak bersyukur tapi terkilan,” kata Ieza.

@ieza_peace

Nasi putih + daging masak kicap RM8.00 dapat seketul daging jer 😥

♬ original sound – mrsnawa

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Seketul Daging Cecah RM8

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa melihat seketul daging yang dijual dengan harga sebegitu.

“Bila jual siap bungkus macam ni memang risiko tinggi. Peniaga boleh kaburi mata pembeli dengan banyakkan kuah. Tapi isi macam ni. Lebih baik cari kedai yang bayar ikut senduk. Lagi puas hati nampak depan mata,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga individu meminta peniaga untuk lebih bertimbang rasa terhadap pelanggan terutamanya dari golongan pelajar yang segelintirnya mempunyai bajet terhad.

“Peniaga jangan la main-main dengan pelajar. Diorang rela makan sehari sekali sebab nak jimat. Makan sekali tu biar la berbaloi dan kenyang sampai ke hari seterusnya. Sahur biasanya pelajar makan ringan-ringan je. Saya tahu kehidupan pelajar macam mana,” kata seorang individu.

Sementara itu, ramai juga mempersoalkan warganet yang mengatakan harga RM8 adalah sesuai untuk seketul daging.

“Normal daging seketul harga RM8? Seketul daging, bukan seketul ayam. Seketul, bukan secedok. Seketul tu normal korang kata untuk RM8?” tanya seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ieza_peace)

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Bil Makan Di Restoran Salt Bae Cecah RM210,000. Cekik Darah!

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Turunkan Harga Kek Coklat Dari RM39 Jadi RM29 Selepas Dikritik Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd