[Video] Lelaki Non Muslim Beli Baju Bulan Bintang Dengan Niat Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ustazah
Menurut perkongsian tersebut, lelaki berkenaan sudah terbiasa memakai baju Melayu kerana pernah menuntut di sekolah berasrama penuh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia terkenal dengan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam suasana harmoni. Kepelbagaian budaya ini membuka ruang untuk setiap individu mengenali dan menghormati adat serta tradisi antara satu sama lain.
Ketika bulan Ramadan, interaksi ini menjadi lebih ketara apabila bukan sahaja umat Islam yang menyambutnya. Ada di antara mereka yang mengunjungi bazar, mencuba juadah berbuka, dan tidak kurang juga mengenakan pakaian tradisional seperti baju Melayu.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang lelaki non-Muslim ditemu ramah membeli baju Melayu untuk dipakai menjelang hari raya Aidilfitri nanti.
Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Demi Hormat Rakan-Rakan Yang Berpuasa, Pelajar Non-Muslim Ini Sanggup ‘Sorok’ Makanan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Pernah Bersekolah Asrama Penuh & Teringat Tentang Guru Kelasnya
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@meripergibulat), pemilik butik terkenal Bulan Bintang menemu ramah seorang lelaki yang hadir ke butiknya untuk membeli baju Melayu.
Ketika ditanya mengenai pilihannya, pemuda itu memberikan jawapan yang tidak disangka, membuatkan pemilik butik tergamam.
Menurut lelaki itu, dia pernah bersekolah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah iaitu sebuah sekolah berasrama penuh. Oleh kerana itu, dia sudah terbiasa memakai baju Melayu dan masih memerlukannya sehingga kini.
Namun, apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah niatnya jika dia memenangi cabutan bertuah butik tersebut, yang menawarkan pakej umrah sebagai hadiah utama.
“Saya memang dah fikir dari awal, kalau dapat hadiah pakej umrah, saya bagi terus pada ustazah saya,” katanya.
Walaupun akhirnya dia hanya menerima baucar, dia tetap tenang dan tidak menunjukkan sebarang rasa kecewa.
@meripergibulat Shout out to Ustazah Azalia #bulanbintang
♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy
Netizen Puji Keperibadian Pemuda Ini
Di ruangan komen, ramai yang memuji keikhlasan lelaki ini serta rasa hormatnya terhadap ustazahnya. Ada yang kagum dengan niatnya dan berharap dia terus menjadi individu yang baik serta dihormati.
Tidak kurang juga yang teruja melihat seorang lelaki berbangsa India yang sangat fasih bertutur Bahasa Melayu.




Seorang Pembeli Menang Pakej Umrah Dari Bulan Bintang
Pada tahun lalu, tular satu rakaman di laman TikTok yang memaparkan seorang pembeli memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah Bulan Bintang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Berkat Doa Ibu” – Pemuda Menang Pakej Umrah Dari Bulan Bintang Dengan ‘Bantuan’ Ibu
Sebelum menekan butang ‘tebus’, kedengaran ibu pemilik video membaca satu doa. Ringkas sahaja doanya, tapi padat.
Tanpa disangka, mereka telah memenangi pakej umrah! Kedengaran mereka menjerit terkejut sambil memuji-muji Allah SWT seperti tidak percaya dengan perkara tersebut.
“Ya Allah, ya Tuhanku,” kata wanita itu.

Video yang tular itu turut menerima ucapan tahniah daripada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang lebih dikenali sebagai Meri. Katanya, dia berasa sebak setiap kali melihat video itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Puasa Tahun Ini, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Ceddy Guna Aplikasi Untuk Semak Waktu Azan Jadi Isu, Siap Dilabelkan ‘Pemalas’
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.