[Video] Lagu ‘Raya Nak Ke Mana’ Siti Nurhaliza Bergema Di Itali, Siap Promosi Tarian Zapin!
Menerusi video tular, kelihatan para penari sedang mempersembahkan Tarian Zapin dengan dendangan lagu ‘Raya Nak Ke Mana’ di khalayak ramai di bumi Itali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak muncul sebagai juara bagi pertandingan Bintang HMI 1995, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza terus melonjak dan kini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dengan pencapaiannya yang tidak terhingga.
Dinobatkan sebagai Biduanita Negara, lagu Siti iaitu Anta Permana turut menjadi kegemaran Pemimpin United Kingdom, Raja Charles III. Siap masuk dalam playlist lagu!
Penyanyi tersohor yang senang digelar sebagai Tokti itu turut tersenarai dalam Program The King’s Music Room di Apple Music bersama nama besar dalam industri muzik global termasuk Bob Marley, Grace Jones dan Michael Bublé, sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Anta Permana Oleh Siti Nurhaliza Antara Lagu Pilihan Raja Charles Dalam Playlist Peribadinya
Lagu ‘Raya Nak Ke Mana’ Dipromosi Dengan Persembahan Tarian Zapin Di Itali
Kalau anda nak tahu, lagu-lagu tokoh ini turut dipasang dan dipromosi kepada penduduk di negara luar.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sitinurhalizagallery) menyaksikan sekumpulan individu sedang menari Tarian Zapin di tempat terbuka sekitar Itali.
Menerusi video perkongsian, kelihatan para penari sedang mengikut rentak lagu terbaharu Siti bersempena Raya Aidilfitri 2025 iaitu ‘Raya Nak Ke Mana’. Dengan pakaian lengkap berbaju Melayu dan Kebaya, persembahan itu nyata mendapat perhatian ramai.
Dalam klip sama, kelihatan orang ramai yang berada di sekeliling tidak dapat melepaskan mata daripada melihat seni tari tradisional Melayu. Bahkan ada yang siap merakam momen tersebut.
Di akhir perkongsian, para penonton juga tidak terlepas daripada memberikan tepukan gemuruh kepada para penari yang mempromosi budaya Malaysia di Eropah Selatan itu.
@sitinurhalizagallery Lagu Raya Nak Ke Mana dah sampai ke bumi Itali! Teruskan menonton di Utube & jgn lupa stream di semua platform digital Video : pemilik video #sitinurhaliza ♬ original sound – sitinurhalizagallery
Tonton video penuh [DI SINI].
‘Raya Nak Ke Mana’ Tampilkan Rentak Ala Zapin
Untuk info, single terbaharu, Raya Nak Ke Mana ini adalah karya Aisha Retno dan RADi. Ia telah dilancarkan pada 12 Mac baru-baru ini.
Karya berentak zapin itu mengembalikan nostalgia lagu raya yang pernah dinyanyikan Siti pada tahun-tahun sebelumnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Seronok Lihat Sekeluarga Sempoi Menari Zapin Di Majlis Perkahwinan [Video]
“Sekali dengar, lagu ini terus memikat hati apatah lagi lagu berunsurkan irama tradisional sentiasa melekat di hati saya.
“Saya sangat berharap agar lagu ini akan diterima pendengar dan peminat seperti koleksi lagu raya lain yang pernah saya nyanyikan,” ujar Siti, lapor Malaysia Gazette.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kejayaan Siti Nurhaliza Sebagai Bukti Beliau Layak Digelar ‘Biduanita Negara’
Baca Artikel Berkaitan: “Sangka Baik Dengan Allah” – Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Ceburi Bidang Seni Sejak Umur 15 Tahun
Ramai Puji Karya ‘Raya Nak Ke Mana’, Siti Nurhaliza
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bangga apabila tarian budaya Melayu diangkat di persada dunia.
“Anak buah saya tu buat show dekat sana. Sampai Itali dah. Bangga jadi anak Malaysia, budaya kita diperluas di sana,” kata seorang wanita.
Malah, ramai yang tidak sangka lagu yang baharu sahaja dilancarkan sudah mula dikenali ramai.
“Padahal baru je keluar, dah viral sampai ke Itali dah lagu Tokti,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga memuji lagu Siti yang baharu ini kerana penggunaan bahasa yang dikatakan sopan santun.
“Terima kasih kepada pencipta lagu. Terima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana mencantikkan lagu ini. Indah dan penuh santun dalam lagu,” kata seorang lelaki.




Antara Lagu Raya Aidilfitri 2025
Raya Aidilfitri pun dah semakin dekat, mesti ramai di kalangan masyarakat tidak sabar untuk meraikan hari perayaan tersebut. Lagu-lagu raya pada tahun ini pun dilihat sudah mula dilancarkan.
Berikut kami senaraikan antaranya:
- Raya Sempoi, Naqiu
- Syawal Berseri, 3P
- Raya ya ya, Iman Troye & Datuk Seri Aliff Syukri
- Meriah Lain Macam, Hael Husaini & Nadeera
- Jom Raya, Daiyan Trisha & Alfie Zumi
- Raya Pum Pang, Fazura & Syasya Rizal
- Balik Kampung…Gosip Raya, Ain Edruce & Sherry Alhadad
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



