[Video] Kereta Warga Emas Hangus Terbakar, Founder Misi Dedah Hasrat Beli Yang Baharu
Difahamkan team Founder Misi telah bertemu dengan Pakcik Hamidi di Segamat semalam (16 Mac) dan akan membeli kereta baharu buatnya pada hari ini (17 Mac).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebakaran adalah perkara yang amat berbahaya memandangkan ia boleh memusnahkan barangan berharga termasuk kenderaan dan kediaman sepenuhnya, malah nyawa.
Lebih-lebih lagi jika kebakaran berlaku sewaktu sedang memandu atau berada di dalam sebuah kenderaan, pasti akan menimbulkan rasa risau sekiranya terjadi letupan dan sebagainya.
Kadangkala api yang marak boleh disebabkan oleh perkara kecil sahaja seperti insiden sebuah rumah hangus terbakar akibat satu powerbank yang meletup.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Insiden Kebakaran Di Rumah Disebabkan Mesin Dryer ‘Overheat’
Baca Artikel Berkaitan: “Hero Sebenar” – Remaja Lelaki Selamatkan Arnab Peliharaan Ketika Kebakaran Raih Pujian
Kereta Honda CR-V Terbakar Di Tepi Jalan Di Muar
Baru-baru ini, tular video di TikTok (@aamalinasaid) yang menyaksikan sebuah kereta jenis Honda CR-V disambar api marak.
Menerusi papan tanda jalan yang dapat dilihat dari video, kejadian itu berlaku di sekitar Kg Jayor, Pagoh di Muar, Johor Bahru.
Kelihatan seorang lelaki warga emas yang merupakan pemilik kepada kenderaan tersebut sedang mengangkat barang-barangnya untuk mengelak daripada disambar api sekali.
“Sedaya upaya dia cuba selamatkan barang-barang niaga kat seat belakang. Nampak macam kuih-kuih raya,” kata pemilik akaun tersebut.
Cuba Bantu Padam Api Guna Alat Pemadam Api Namun Api Marak Hingga Kereta ‘Total Loss’
Menurut wanita itu lagi, suaminya telah cuba membantu memadamkan kebakaran berkenaan menggunakan alat pemadam api kecil yang sentiasa dibawa bersama.
Namun api hanya berjaya dipadamkan buat sementara waktu sebelum kembali marak.
Mereka kemudiannya segera membuat carian Google balai bomba terdekat bagi mendapatkan pertolongan sebelum anggota bomba tiba dalam masa kurang 10 minit.
Kereta itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan telah musnah sepenuhnya (total loss) dalam kebakaran terbabit.
@aamalinasaid Kejadian petang tadi, nak dekat waktu berbuka..
♬ bunga maaf – imantroye
Tonton videp penuh [DI SINI].
Orang Ramai Ingin Bantu Pemilik Kereta Terbakar
Situasi berkenaan sememangnya telah meluluhkan hati orang ramai yang menonton video terbabit. Mereka turut berharap agar tabung dibuka bagi mengutip derma untuk diberi kepada pemilik kereta itu.
Tambah wanita yang merakamkan kejadian itu, pakcik tersebut telah meminta orang ramai membantu menyelamatkan kuih-kuih raya daripada dalam kereta, namun tiada siapa yang berani memandangkan api telah marak.
Beberapa individu pula berkata mereka mengenali pakcik terbabit yang mempunyai beberapa perniagaan termasuk sewaan kanopi.
Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengasas Founder Misi memaklumkan bahawa dia telah bertemu dengan pakcik tersebut dan akan membelikan kereta baharu untuknya.











Founder Misi Nak Belikan Kereta Baharu Buat Pakcik Hamidi
Menjenguk ke akaun TikTok Founder Misi, dia berkata ramai individu telah menyebut namanya di ruangan komen video asal.
Pada jam 5.30 pagi Ahad (16 Mac), team Founder Misi telah tiba di rumah pemilik kenderaan yang dikenal mesra sebagai Pakcik Hamidi itu yang terletak di Segamat.
Mereka sempat bersahur di rumah Pakcik Hamidi sambil mendengar kisah bagaimana kejadian tersebut terjadi. Menurutnya, kejadian itu berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terdapat bau yang hangit dan asap keluar dari bahagian enjin.
Tambah Pakcik Hamidi lagi, dia telah membeli kereta terpakai itu dan menggunakannya hampir 10 tahun.
“Kesian Pakcik ni pada waktu berbuka semalam keretanya terbakar. Pakcik ni nama Hamidi usia 50 lebih. Seorang bapa tunggal.
“Pakcik Hamidi baru pulang dari kilang kuih raya dan kejadian ni berlaku. Hanya sempat selamatkan barang-barang kuih raya sahaja,” ujarnya.
Difahamkan bahawa team Founder Misi telah tinggal di pekan itu satu malam sementara menunggu kedai dibuka hari ini (Isnin) untuk membeli kereta baharu buat Pakcik Hamidi.
@foundermisi Kesian Pakcik ni pada waktu berbuka semalam keretanya terbakar. Pakcik ni nama Hamidi usia 50 lebih. Seorang bapa tunggal. . Pakcik Hamidi baru pulang dari kilang kuih raya.. dan kejadian ni berlaku.. hanya sempat selamatkan barang2 kuih raya sahaja.. . Wife saya yang bagitau ramai orang Tag saya di video tersebut oleh @Mommy N❤️ . Disebabkan hati saya rasa dah dapat arahan.. sy cakap dekat wife.. rezeki pakcik ni ada pada kita.. kita kena ke segamat malam ni.. .
♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi
Tonton video penuh [DI SINI].
Ini Langkah-Langkah Jika Kereta Terbakar
Sebagai info, kebakaran pada kenderaan boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti barangan elektronik terbakar, kerosakan enjin dan merokok ketika di dalam kereta.
Untuk mengurangkan risiko kebakaran, ikuti langkah di bawah:
- Berhentikan kenderaan di tepi jalan dan matikan enjin dengan meletakkan gear pada P (kereta auto) atau ‘free gear’ (kereta manual).
- Keluar dari kenderaan dan jauhkan diri daripadanya. Sekiranya kereta tidak boleh dibuka akibat auto lock, pecahkan cermin.
- Hubungi talian kecemasan 999 atau balai bomba terdekat bagi mendapatkan bantuan.
- Jika ada alat pemadam api, gunakannya dahulu untuk cuba memadamkan sumber api.
- Jika kebakaran datang dari dalam bonet atau but kereta, jangan buka ruangan tersebut kerana oksiden akan menyebabkan api lebih marak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kekal Tenang Walau Kereta Terbakar, Ramai Beri Kesedaran Pentingnya Fire Extinguisher
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Plug Extension Punca Kebakaran Jika Suis Dibiar Pasang Tanpa Digunakan – Bomba
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



