Now Reading
[Video] Ditampar Warga Emas Gara-Gara Makan Di Bulan Puasa, Lelaki Non-Muslim Buat Laporan Polis

[Video] Ditampar Warga Emas Gara-Gara Makan Di Bulan Puasa, Lelaki Non-Muslim Buat Laporan Polis

Lelaki itu pada mulanya sedang makan di sebuah kedai makan di Angsana Mall, Johor Bahru sebelum ditegur oleh warga emas tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia dengan masyarakatnya yang majmuk terkenal dengan pelbagai budaya dan kepercayaan agama.

Boleh dikatakan negara kita secara umumnya bersifat harmoni dengan rakyat saling menghormati adat dan kepercayaan antara satu sama lain.

Namun dalam masa sama, wujud juga mereka yang bersifat ekstremis sehingga mahu menetapkan kepercayaan sendiri ke atas orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Cindai Buat Ramai Terpukau

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Soal Bangsa, Tapi Nyawa” – Ramai Puji Lelaki Pantas Bantu Driver Lori Terlibat Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Individu Berbangsa Cina Bertikam Lidah Guna Bahasa Melayu Curi Perhatian Ramai

Lelaki Non-Muslim Sedang Makan Dipersoal Mengapa Makan Di Bulan Puasa

Baru-baru ini, satu hantaran di laman X oleh Elijah (@bingbinge656) berkongsi kisah dia dikasari oleh seorang individu lain.

Dia yang bukan Muslim pada mulanya sedang makan di sebuah kedai makan di Angsana Mall, Johor Bahru sebelum didatangi oleh seorang lelaki Melayu warga emas.

Apabila ditanya sama ada dia merupakan seorang Cina, dia mengiyakan perkara itu. Namun lelaki itu telah meminta dia menunjukkan kad pengenalannya (IC) sebelum dia menyatakan IC tidak boleh ditunjukkan kepada orang tidak dikenali.

Pakcik tadi kemudian bertanya pada Elijah sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Dia tidak semena-mena dimarahi kerana makan pada masa puasa di khalayak ramai walaupun telah menegaskan dia bukan seorang Islam.

Elijah Ditampar Warga Emas Melayu

Lebih teruk lagi apabila pakcik terbabit secara tiba-tiba menampar lelaki muda itu beberapa kali. Perkara itu jelas kelihatan menerusi rakaman video yang dikongsikan olehnya.

“Syukurnya anak dia memang baik dan lepas tenangkan situasi, dia minta maaf untuk pakcik tu. Tapi pakcik tu dah tidak menghormati saya dan tampar saya di tempat awam. Saya boleh terima permohonan maaf tu tapi saya tak boleh lepaskan benda ni,” kata Elijah.

Dia akhirnya berharap agar Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang harmoni dan rakyatnya saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum mahupun agama.

Orang Ramai Minta Laporan Polis Dibuat

Di ruangan komen, orang ramai meminta Elijah agar melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis kerana pakcik itu telah melakukan kekasaran fizikal.

Ada juga yang menyamakan insiden terbabit dengan kes seorang lelaki dipercayai imam sebuah surau di Kajang yang menumbuk pelajar membawa kenderaan tempoh hari.

Dalam masa sama, beberapa pengguna X yang beragama Islam turut memohon maaf kepada Elijah atas perkara itu. Mereka juga menerangkan bahawa tindakan sedemikian tidak dianjurkan dan melambangkan agama Islam, apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

“Ini tindakan yang melampau, lebih-lebih lagi semasa berpuasa pada bulan Ramadan. Saya nak nyatakan ini bukan ajaran Islam,” kata seorang individu.

Sumber: @bingbinge656/ X

Menteri Perpaduan Negara Ambil Maklum Insiden Terbabit

Insiden itu telah mendapat perhatian Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, yang berkata Elijah telahpun membuat laporan di Balai Polis Tampoi mengenai insiden terbabit.

Menerusi hantaran di laman X, beliau menerangkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Insiden yang telah berlaku ini adalah satu provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara kita yang berbilang kaum. Tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Non-Muslim Ditampar Kerana Makan Di Bulan Ramadan, Ini Respon Menteri Perpaduan

Tiada Larangan Makan Di Khalayak Ramai Jika Tidak Boleh Berpuasa

Pakcik berkenaan mungkin menegur pemuda itu kerana menganggapnya sebagai seorang Muslim yang makan di khalayak ramai pada bulan puasa.

Pun begitu, jikapun seorang Muslim yang tidak wajib berpuasa makan di khalayak ramai, sebagai contoh warga emas yang uzur atau wanita yang datang haid, ia bukanlah perkara yang dilarang mengikut agama sehingga perlu dikasari.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, mereka harus makan di siang hari di bulan Ramadan, dan lebih afdal makan di tempat tersembunyi.

Perkara ini adalah bagi mengelakkan buruk sangka dan fitnah ke atas diri mereka, yang seterusnya akan menyebabkan orang lain mendapat dosa. 

Namun seorang Islam yang makan di khalayak ramai di bulan Ramadan menjadi satu kesalahan berdasarkan undang-undang syariah di Malaysia di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Individu Yang Tidak Boleh Berpuasa Dilarang Makan Di Khalayak Ramai Menurut Islam?

Baca Artikel Berkaitan: Menteri Agama Seru Orang Ramai Segera Buat Laporan Jika Agamawan Lakukan Jenayah & Langgar Undang-Undang

Baca Artikel Berkaitan: Tular Iklan Hotel Di Johor Bahru Jual Pakej Perkahwinan Ikut Bangsa, Ramai Persoal Kenapa Harga Berbeza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd