“Sek Kito Jangey Pecoh” – Bazar Ramadan Dikendali Komuniti Kelantan Di Mesir Raih Perhatian
Menerusi video tersebut, pemilik video berkongsi pengalaman mengunjungi bazar yang dikendalikan oleh komuniti rakyat Kelantan di Mesir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bazar Ramadan bukan sahaja menjadi tradisi di Malaysia, malah turut dianjurkan di luar negara oleh komuniti perantau.
Selain menjadi tempat mendapatkan juadah berbuka, bazar ini juga membawa kemeriahan Ramadan ke bumi asing, membolehkan masyarakat setempat merasai pengalaman budaya unik ini.
Lebih menarik, kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang menunjukkan bagaimana makanan dan suasana bazar mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras
Bazar Ramadan Orang Kelantan Di Mesir
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@bidi_hurairah), seorang individu berkongsi pengalaman mengunjungi bazar unik yang dikendalikan oleh komuniti rakyat Kelantan di Mesir.
Keadaan di bazar itu begitu meriah, mengingatkan kepada bazar Ramadan di Malaysia. Perakam video berjalan dari satu gerai ke satu gerai, melihat pelbagai hidangan yang dijual.
Antara makanan yang dijual termasuk nasi geprek, shawarma, nasi ayam, kerabu mi segera, ‘popia pisang cheese’ dan pelbagai juadah lain.
Sewaktu mengunjung, perakam memperlihatkan semua makanan telah dibungkus dengan rapi termasuklah minuman yang dijual. Dalam video tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun yang sedang memasak di situ.
@bidi_hurairah Bazar Kelate di bumi Mesir #ramadhan #fyp #bazarramadan #egypt #makananviral #wismasultanmuhammad #musafirperantau
♬ original sound – MFHY – MFHY
Ramai Teruja Lihat Komuniti Kelantan Buat Bazar Di Mesir
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya rakyat Kelantan meluahkan rasa bangga melihat suasana bazar Ramadan di perantauan itu.

Ada yang menyatakan bahawa bazar sebegini mengubat rindu mereka terhadap kampung halaman, tidak kurang adayang berkongsi keinginan untuk berkunjung ke Mesir suatu hari nanti.


Tidak dinafikan, usaha rakyat Kelantan di sana untuk membawa budaya tempatan ke negara orang bukan sahaja menggembirakan perantau, tetapi turut membuktikan semangat kekitaan yang tinggi di kalangan mereka.
Bazar Ramadan Tular Di Australia

Sebelum ini, tular sebuah bazar Ramadan di Australia yang meriah seperti di Malaysia.
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@cikroseaussie), suasana bazar di Noble Park, Melbourne menarik perhatian ramai apabila dipenuhi komuniti rakyat Malaysia.
Sekali imbas, suasananya kelihatan seperti di tanah air, lebih-lebih lagi dengan penggunaan khemah biru yang sering digunakan di bazar tempatan.
Menariknya, pelbagai hidangan Malaysia turut dijual di sana, termasuk Nasi Kerabu, Nasi Ayam, sotong bakar, sate dan keropok lekor.
Kemeriahan bazar ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan di perantauan tetapi juga menjadi pengubat rindu buat komuniti Malaysia di sana.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Keluarga Di London Ini Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



