Now Reading
“Jangan Malu Buat Baik” – Lelaki Dipuji Pungut Sampah Sarap Bertimbun Di Taman Tasik SCV

“Jangan Malu Buat Baik” – Lelaki Dipuji Pungut Sampah Sarap Bertimbun Di Taman Tasik SCV

Menurut lelaki itu, orang ramai masih bertindak membuang sampah sekitar Taman Tasik SCV, Selangor meskipun sudah dipasang CCTV di sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun Malaysia merupakan negara membangun, namun terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat sekitar bagi menjamin persekitaran yang bersih dan harmoni.

Antara isu yang dilihat membimbangkan adalah pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal di kalangan individu khususnya di tempat terbuka. Pada tahun lalu, tular suasana sekitar laut berhampiran pusat membeli-belah Straits Quay, George Town, Pulau Pinang yang dilanda ribut dan ombak besar.

Menerusi foto-foto itu, kelihatan sampah sarap daripada laut berlonggokan di darat termasuklah bungkusan plastik, sisa makanan, botol minyak petrol, selipar terbiar dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa

Baca Artikel Berkaitan: Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Halang Pekerja Sebab Nak Buat Sendiri” – Lelaki Ikhlas Buang Sampah Dari Tong Bikin Ramai Sebak

Lelaki Bantu Bersihkan Sampah Sarap Merata Di Taman Tasik SCV

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@yourpovcleaner) menyaksikan seorang lelaki sedang menunjukkan keadaan kawasan taman rekreasi, Taman Tasik SCV di Selangor yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Menerusi video perkongsian, kelihatan taman itu dipenuhi dengan bungkusan dan sisa-sisa makanan dipercayai daripada pelawat yang berbuka puasa di sana. Prihatin tentang persekitaran yang kotor, lelaki ini bertindak melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan terbabit bersendirian.

Dia pada awalnya, melonggokkan sampah sarap di satu tempat menggunakan pencakar rumput lalu mengutipnya masuk ke dalam plastik sampah.

“Hanya perlukan usaha yang kecil untuk dapatkan keadaan macam ni (kawasan taman rekreasi yang bersih),” ujar lelaki itu.

Sumber: TikTok (@yourpovcleaner)

Individu Tak Bertanggungjawab Masih Buang Sampah Merata Meskipun Ada CCTV

Menurutnya di ruangan komen, orang ramai tidak perlu berasa malu untuk melakukan kebaikan sebegitu yang mampu memberi impak kepada kelestarian alam sekitar.

Jelasnya, sikap masyarakat yang berdegil dan masih membuang sampah merata-rata agak sukar dibendung. Tambahnya lagi, walaupun sudah ada CCTV (rakaman kamera litar tertutup) dan papan tanda larangan di lokasi itu, orang awam masih bertindak melakukan onar.

“Saya tidak akan berhenti selagi masyarakat tidak ubah (tak buang sampah merata tempat),” kata lelaki tersebut di ruangan kapsyen.

@yourpovcleaner I shall not stop until people make it right #fyp #fypage #foryou #Malaysia #cleanup #jombersihbersama #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Muhammad Yusuf

Tonton video penuh [DI SINI].

Lelaki Terima Pujian Kerana Bersihkan Taman Tasik SCV

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang memuji tindakan lelaki itu yang tidak berkira untuk membersihkan kawasan yang dicemari pihak lain.

“Kau adalah kelas dunia. Mentaliti kelas pertama,” kata seorang lelaki.

Malah, seorang individu berpendapat bahawa orang berpengaruh perlu memainkan peranan untuk mengajak orang ramai menjaga alam sekitar.

“Influencers yang beribu-ribu pengikut patut sama-sama anjurkan kempen kebersihan. Buat setiap bulan. Mana tahu berkesan untuk ubah pemikiran orang kita untuk jaga kebersihan,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas untuk menasihati masyarakat agar tidak membuang sampah merata tempat.

“Sesetengah rakyat Malaysia tak akan pernah belajar. Lepas tu merungut hidup sempit, sedangkan bumi tanah ciptaan Allah pun dikotori oleh tangan mereka. Lepas tu merintih kenapa tak berjaya,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@yourpovcleaner)

Lelaki Bersihkan Longkang Tersumbat Di Tepi Jalan Sekitar Johor Bahru

Semakin hari, semakin ramai masyarakat yang melakukan inisiatif sendiri dengan turun padang dan membersihkan tempat awam.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Amyika melakukan kerja amal dengan membersihkan beberapa longkang yang tersumbat di tepi jalan sekitar Taman Perling, Johor Bahru.

Menerusi video perkongsian, kelihatan air bertakung itu telah mengambil ruang banyak yang mana telah mencecah ke garisan putus-putus jalan raya berkenaan.

Oleh disebabkan itu, kebanyakan kenderaan di sana hanya menggunakan laluan sebelah kanan sahaja. Jika ia dibiarkan begitu sahaja takungan air itu berpotensi berubah menjadi banjir kilat sekaligus menyebabkan kesesakan trafik.

Alhamdulillah, usaha yang murni itu membuahkan hasil di mana air tidak begitu bertakung seperti sebelumnya dan jalan raya sudah mula kering.

Baca Artikel Berkaitan: “Prihatin Dengan Rakyat” – Lelaki Dipuji Bersihkan Longkang Tersumbat Sekitar Johor

Baca Artikel Berkaitan: “Sedap Mata Pandang” – Sukarelawan Bersihkan Sampah Sarap Di Tasik Sekitar Puncak Alam Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Tak Berkira Sapu & Bersihkan Kawasan Sekitar Flat, Aunty Ini Terima Pujian Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd