Now Reading
“Bimbing Akak Abang Yang Gagal Boleh?” – Budak 5 Tahun Berjaya Buat Resepi Pancake Khairul Aming!

“Bimbing Akak Abang Yang Gagal Boleh?” – Budak 5 Tahun Berjaya Buat Resepi Pancake Khairul Aming!

Kanak-kanak yang digelar Ali itu bukan sahaja prep hidangan Crispy Thai Pancake itu sendiri, tetapi turut memasaknya di atas kuali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selalunya pada bulan Ramadan, ramai yang bercita-cita untuk menyediakan hidangan sendiri dengan mengikut resepi mudah yang dikongsikan oleh pempengaruh antaranya Khairul Aming.

Pada Ramadan kali ini, banyak pula video tular yang menyaksikan percubaan orang ramai tidak berjaya mengikut resepi Khairul Aming.

Namun amat menarik perhatian apabila seorang kanak-kanak berjaya membuat resepi Crispy Thai Pancake KA yang amat mudah, walaupun masih ada yang gagal!

Baca Artikel Berkaitan: “30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan:  “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: “Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]

Kanak-Kanak Ikut Resepi Crispy Thai Pancake Khairul Aming

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu kanak-kanak terbabit di TikTok (@nurfatirahpauzi), dia dilihat mencuba resepi itu sendiri dari A hingga ke Z.

Kanak-kanak berusia lima tahun yang dikenali sebagai Ali itu bukan sahaja memecahkan telur dengan sendiri, malah turut menggunakan pisau untuk memotong pisang. Potongan pisang itu juga tampak cantik dan nipis, sesuai untuk digunakan dalam resepi terbabit.

Bagi melenyekkan roti paratha instant pula, Ali hanya menggunakan botol air berbanding pencanai.

Dia kemudiannya menyusun hirisan pisang yang telah dicelupkan ke dalam telur dengan cantik di atas roti paratha itu sebelum melipatnya kepada segi empat.

Ali Masak Sendiri Roti Paratha Di Atas Dapur

Bukan setakat prep sahaja, Ali sendiri telah memasak roti paratha itu di atas dapur!

Dia meletakkan sedikit mentega di atas kuali sebelum memasukkan roti paratha berkenaan. Dengan bantuan ibunya, roti paratha tadi telah diterbalikkan agar masak di kedua-dua bahagian.

Akhirnya Ali meletakkan topping susu pekat sebelum menjamu selera. Nampak senang je Ali buat pancake ni ya!

“Kepada Khairul Aming, adik buat jadi!” kata Ali apabila berjaya mencuba resepi terbabit.

Menurut ibunya, Ali ternampak video resepi Crispy Thai Pancake KA sebelum meminta hidangan itu. Berbanding menyediakan sendiri hidangan itu buat anaknya, wanita itu telah meminta Ali sendiri yang mencuba resepi tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Ali Berjaya Buat Resepi Khairul Aming

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai memuji kejayaan adik Ali mengikut resepi KA sehingga jadi. Malah, Khairul Aming sendiri telah meninggalkan komen berseloroh agar dia membimbing orang dewasa yang gagal mengikut resepinya.

“Uncle nak minta adik bimbing akak abang yang gagal boleh ke?” tanya Khairul Aming.

Mereka turut memuji kanak-kanak terbabit yang membuat roti paratha tersebut dengan elok seperti menyusun pisang satu per satu di atas roti berbanding menuangkan sahaja kesemua bancuhan.

Ada juga yang berkata agar Khairul Aming memperkenalkan resepi 30 hari 30 menu untuk kanak-kanak pula memandangkan ramai yang tidak lulus sekarang.

Dalam masa sama, ramai pengguna media sosial yang berasa malu apabila kanak-kanak kecil lebih pandai memasak berbanding orang dewasa.

Sumber: @nurfatirahpauzi/ TikTok

Resepi Crispy Thai Pancake Khairul Aming

Bagi mereka yang pernah ke Thailand dan merindui pancake yang banyak dijual di gerai tepi jalan itu, bolehlah cuba resepi oleh Khairul Aming ini.

Berikut kami kongsikan semula cara membuat Crispy Thai Pancake Khairul Aming yang memang nampak amat mudah. Yang paling penting macam KA cakap, jangan derhaka dengan resepi ya!

Bahan-bahan:

  • Telur sebiji
  • Pisang
  • Roti paratha
  • Topping pilihan seperti Chocolate/ Hazelnut spread, peanut butter dan jem

Cara-caranya:

  1. Pecahkan dan pukul telur di dalam mangkuk.
  2. Potong pisang menjadi hirisan dan masukkan ke dalam telur.
  3. Ambil sekeping roti paratha dan jangan cabutkan plastik lapik dahulu. Lenyek menggunakan pencanai sehingga lebih nipis dan lebar.
  4. Buka satu belah plastik lapik paratha dan letakkannya di dalam kuali yang tidak dihidupkan api. Letakkan sedikit minyak terlebih dahulu jika tidak menggunakan kuali non-stick.
  5. Cabutkan plastik lapik di belah satu lagi. Susun pisang di atas roti paratha secukupnya dan lipat menjadi segi empat. Jangan dituang semua bancuhan telur tersebut.
  6. Masak roti menggunakan api yang paling kecil agar tidak hangus.
  7. Terbalikkan roti paratha selepas satu bahagiannya sudah garing.
  8. Selepas siap dimasak, keluarkan roti paratha dan tambahkan topping pilihan anda.
https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7480808151659318536

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd