“Sorang 1 Je” – Aksi Orang Ramai Ambil Makanan Sedekah Lebih Daripada Yang Ditetapkan Cetus Perdebatan
Menerusi video tular, kelihatan segelintir individu mengambil lebih daripada satu bungkusan kuih meskipun sudah ditegur oleh lelaki yang berkongsi rezeki.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada bulan puasa ini, ramai di kalangan Muslim yang mengejar amalan ibadah bagi meningkatkan ganjaran pahala di sisi-Nya. Antara kebaikan yang selalu kita lihat adalah orang ramai tidak berkira untuk bersedekah bukan sahaja dari segi wang, malah pakaian dan juga makanan.
Sebagai contoh di bazar Ramadan, kadangkala ada sahaja peniaga yang mengedarkan makanan secara percuma kepada para pengunjung secara tiba-tiba.
Menurut si penjual, makanan-makanan tersebut telah pun dibayar oleh individu lain yang bermurah hati ingin berkongsi rezeki dengan orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Christy Ng Penuhi Pantri Khas Buat Staf Sempena Ramadan, ‘Supplements’ Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian
Lelaki Sedekah Juadah Makanan Kepada Penduduk Setempat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali Izz Rizzky (@izzrizzky) berkongsi situasi semasa melakukan amal sedekah kepada jiran tetangga.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai sedang beratur di hadapan rumah Izz bagi mengambil juadah makanan yang disediakan. Difahamkan, Izz hanya memperuntukkan satu pek bagi setiap hidangan untuk individu yang hadir.
Namun begitu, segelintir individu masih bertindak mengambil makanan secara berlebihan meskipun sudah ditegur.
“Kuih satu seorang je cik! Kesian dekat orang belakang. Minta maaf ya,” katanya.
Izz Tegur Individu Yang Tak Beratur & Ambil Banyak Bungkusan Makanan
Selepas seketika, keadaan dilihat semakin tidak terkawal di mana ada yang tidak beratur dan masih mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak.
“Malu dekat budak-budak, diorang boleh beratur akak tak boleh,” ujarnya lagi.
Ada juga yang dilihat meletakkan bungkusan kuih yang banyak ke dalam plastik secara senyap-senyap sewaktu Izz tidak memerhati.
“Perhatikan yang bawa plastik tu. Ada juga tu yang tak faham bahasa,” kata Izz.
@izzrizzky Perhatikan yang bawa plastik tu #live #ervanrizuan #content #hiburan #viral #tiktok #tiktoker #foryoupage #fyp #capcut #lovee #dontgiveup ♬ bunyi asal – Abe Dont Give Up
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Makanan Sedekah Yang Dihadkan
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berkata, mengambil makanan yang banyak akan membawa kepada pembaziran.
“Kadangkala, orang ni mentang-mentang free yang tak makan pun diambil. Bukan setakat ambil, kadang tak habis pun makan tu. Sedangkan kau beli pun tak habis makan, inikan lagi percuma. Tamak tak habis,” kata seorang warganet.
Dalam pada itu, ada segelintir individu yang mempertikaikan amalan bersedekah namun mengehadkan jumlah makanan yang boleh diambil.
“Nak bagi tu bagi je lah. Tak payah nak halang ambil banyak mana pun. Kau tahu ke isi rumah dia ramai mana?” tanya seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, sesetengah netizen juga menasihati Izz untuk meletakkan terus setiap makanan di dalam plastik agar ia mudah diagihkan kepada orang ramai.
Dengan cara itu, ia dapat mengelakkan individu untuk mengambil lebih daripada satu bungkus bagi setiap menu.
“Siapkan je satu plastik dan bagi ikut turutan. Tak ada la diorang ambil setiap jenis. Salah sendiri, maaf ya,” kata seorang wanita.





Sekadar info, Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa hatta sebiji tamar atau segelas air, maka dia mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut. Ini termasuklah puasa wajib, sunat atau qada’.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Terima Sedekah, Meminta Pula” – Ramai Kesal Masih Wujud Sikap ‘Demand’ Pengunjung Di Bazar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



