“Lapar Sangat Ke? Mati Ke Kalau Tak Makan?” – Lelaki Tengking Isteri Minta Beli Snek Undang Pelbagai Reaksi
Difahamkan, tindakan lelaki itu memarahi isterinya di pasar raya berpunca daripada permintaan si isteri untuk membeli snek berharga RM3.80.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Suami bukan hanya bertanggungjawab menyediakan keperluan asas, tetapi juga menjaga emosi isteri. Kadangkala, perkara kecil seperti melayan permintaan boleh memberi kesan besar dalam hubungan.
Komunikasi yang baik penting dalam rumah tangga bagi mengelakkan salah faham. Kata-kata kasar atau sindiran hanya akan melukakan perasaan pasangan.
Walaupun ada yang menganggap keperluan emosi tidak penting, ia sebenarnya mempengaruhi keharmonian rumah tangga. Sikap tidak menghargai boleh menimbulkan jurang dalam hubungan suami isteri.
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950
Baca Artikel Berkaitan: “Bahagia Tak Perlu Mewah Pun” – Suami Isteri Beli Hadiah Harga RM2.40 Untuk Anniversary Dipuji Ramai
Lelaki Tidak Endah & Marah Isteri Kerana Minta Snek
Menerusi perkongsian di laman Threads (@norr_mnoor), seorang wanita berkongsi pengalaman ketika beratur di kaunter pembayaran pasar raya.
Dia terdengar perbualan seorang lelaki yang memarahi isterinya kerana meminta membeli snek berharga RM3.80.
Si isteri meminta dengan nada biasa, namun suaminya membalas dengan kasar, “Lapar sangat ke? Mati ke kalau tak makan?” Wanita itu hanya tunduk menahan malu, sementara situasi tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Netizen Berbalah Pendapat Tentang Situasi Ini
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan lelaki itu yang dianggap tidak menghormati isterinya. Mereka berpendapat harga makanan itu bukan isunya, tetapi layanan terhadap pasangan yang lebih penting.

Namun, ada juga yang mempertahankan lelaki itu, mengatakan dia mungkin bimbang akan kesihatan isterinya. Menurut mereka, mungkin dia jenis yang menjaga badan dan mahu mengawal pemakanan pasangan.
Sebaliknya, ramai yang membalas bahawa menjaga kesihatan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bersikap kasar. Mereka berpendapat cara menolak permintaan pasangan haruslah lebih berhemah dan menghormati perasaan isteri.


Sebagai seorang suami, kita perlu jadi pelindung dan ‘rumah’ utama kepada isteri kita.
Utamakan belaian kasih dalam komunikasi dan tingkah-laku kita terhadap sang isteri. Semoga hubungan suami isteri lebih erat dan berkekalan selamanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nafkah Kepada Isteri Adalah Mengikut Kemampuan Suami – Peguam Syarie
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.