Now Reading
“Jasa Tun Besar, Buat Apa Nak Beli” – Peniaga Bazar Belanja Tun Mahathir Buat Ramai Teruja

“Jasa Tun Besar, Buat Apa Nak Beli” – Peniaga Bazar Belanja Tun Mahathir Buat Ramai Teruja

Menerusi perkongsian tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat hadir ke bazar Ramadan Desa Pandan dan menerima sambutan mesra daripada peniaga serta pengunjung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Biarpun tidak lagi dalam pentadbiran negara, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dihormati oleh rakyat. Keperibadiannya sebagai pemimpin yang tegas dan berwawasan menjadikan namanya terus dikenang.

Banyak perubahan besar dalam pembangunan negara dilakukan semasa pemerintahannya. Oleh itu, ramai yang menghargai jasanya dan menganggap beliau sebagai tokoh penting dalam sejarah Malaysia.

Baru-baru ini, penghargaan terhadap Tun Mahathir jelas terlihat apabila beliau mengunjungi sebuah bazar Ramadan dan menerima layanan istimewa daripada peniaga serta pengunjung.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Walaupun Sudah Berusia 99 Tahun, Kereta Dipandu Tun Dr Mahathir Cecah 150km/j Di Litar Sepang

Baca Artikel Berkaitan: Tun Dr Hasmah Jelaskan Namanya Tiada ‘Siti’

Tun Mahathir Kunjungi Bazar Ramadan Desa Pandan

Menerusi perkongsian di laman TikTok peribadi beliau, (@chedetofficial), kedatangannya menarik perhatian pengunjung dan peniaga yang kelihatan tidak melepaskan peluang untuk bertegur sapa.

Tun Mahathir yang hadir untuk membeli juadah berbuka disambut dengan penuh mesra oleh mereka. Malah, ada yang teruja dan tidak lupa menyimpan momen tersebut dengan bergambar bersama-sama beliau.

Ramai Masih Menghargai Jasa Tun Mahathir

Di dalam perkongsian itu, Tun Mahathir dilihat ingin membeli “Vietnamese Roll” di sebuah gerai. Namun, peniaga menolak bayaran dan berkata, “Jasa Tun besar, takkan nak beli pula.”

Peniaga itu seperti menggambarkan apa yang dimilikinya hari ini adalah hasil titik peluh pemimpin seperti Tun Mahathir dalam membangunkan negara. Baginya, jasa itu tidak terbalas hanya dengan sebungkus makanan.

Apa yang menarik perhatian adalah, bukan hanya satu gerai yang menolak bayaran. Beberapa peniaga lain turut mengambil kesempatan membelanja Tun Mahathir sebagai tanda terima kasih atas jasanya.

Selain peniaga, para pengunjung di bazar juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan bekas Perdana Menteri itu.

Walaupun sebahagian besar daripada mereka mungkin tidak mengalami sendiri era kegemilangannya secara nyata, kehadiran Tun tetap disambut dengan penuh rasa hormat.

Di penghujung video, Tun Mahathir sendiri turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi layanan istimewa kepadanya sepanjang lawatan tersebut.

@chedetofficial

12 Ramadan – Bazar Ramadan Desa Pandan Kuala Lumpur #bazarramadan

♬ original sound – chedetofficial – chedetofficial
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sebak Lihat Layanan Mesra, Akui Terkenang Kepimpinan Tun

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat layanan istimewa yang diberikan kepada Tun Mahathir.

Ada yang mengakui sebak mengenangkan zaman kegemilangannya. Seorang pengguna turut berkata, “Kenapa Tun panjang umur? Sebab ramai yang sentiasa mendoakannya.”

Sumber: TikTok @chedetofficial
Sumber: TikTok @chedetofficial
Sumber: TikTok @chedetofficial
Sumber: TikTok @chedetofficial

Malah ada juga yang menitipkan ucapan kasih, “Sayang Tun selama-lamanya”.

Sumber: TikTok @chedetofficial

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar beliau dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.

Sumber: TikTok @chedetofficial
Sumber: TikTok @chedetofficial

Jasa “Konkrit” Tun Mahathir Pada Negara

Banyak jasa Tun Dr. Mahathir yang telah ditabur pada negara. Baik dari sisi ekonomi mahupun politik. Terkenal dengan pengiktirafannya sebagai Bapa Kemodenan Negara, inilah beberapa legasi Tun Mahathir yang masih gah di Malaysia dan juga di mata dunia.

#1. Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Sumber: Freepik

Menara Berkembar Petronas, dengan ketinggian 452 meter dan 88 tingkat, siap dibina pada Disember 1996.

Ia bukan sahaja menjadi bangunan berkembar tertinggi di Malaysia, tetapi juga pernah memegang rekod sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia.

Pembinaannya yang bermula pada September 1992 telah dilancarkan oleh Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

#2. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Sumber: MalayMail

KLIA mula beroperasi pada 30 Jun 1998 hasil visi Tun Mahathir untuk menjadikan Malaysia hab penerbangan dunia. Ia dibina di Sepang bagi menggantikan Lapangan Terbang Subang yang sesak.

KLIA direka untuk menampung pertumbuhan industri penerbangan hingga 100 tahun akan datang. Projek ini dilaksanakan dengan kos rendah tetapi berteknologi tinggi, menjadikannya simbol kemajuan negara di bawah kepimpinan Tun Mahathir.

#3. Putrajaya

Sumber: MalayMail

Putrajaya lahir daripada impian Tun Mahathir untuk membangunkan sebuah pusat pentadbiran yang lebih tersusun dan efisien, menggantikan Kuala Lumpur yang semakin padat.

Dengan keluasan 4,931 hektar, Putrajaya dirancang sebagai sebuah bandar pintar yang menggabungkan teknologi moden, infrastruktur lengkap serta persekitaran hijau.

Pelaksanaan projek ini bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran negara tetapi juga mencerminkan wawasan jangka panjang Tun Mahathir dalam memastikan Malaysia terus maju dengan perancangan yang teratur.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Putrajaya Tidak Boleh Jadi Ibu Negara Malaysia? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd