“Comelnya!” – Atlet Muay Thai Main Kejar-kejar Dengan Meerkat Di Parkir Mall Cuit Hati Ramai
Menerusi video tular, kelihatan dua ekor meerkat tersebut sedang mengekori ke mana-mana sahaja Iman Aliff pergi di kawasan parkir, pusat membeli-belah AEON.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sama seperti manusia, haiwan comel juga mempunyai sifat dan sisi mereka yang nakal dan manja. Malah banyak juga jenis yang suka ajak bergurau.
Seperti sebelum ini sekitar tahun 2020, tular di media sosial menyaksikan sekumpulan remaja lelaki sedang bermain lumba lari bersama seekor anak kambing di sebuah kawasan perumahan.
Apa yang lebih melucukan apabila anak kambing tersebut sedia menerima arahan untuk turut serta dalam acara lumba lari itu. Dek terlalu laju, anak kambing berkenaan nyaris melanggar tong sampah yang berada di hadapannya.
Pada mulanya, ramai warganet yang beranggapan bahawa haiwan tersebut merupakan anjing tapi bila ‘double check’, rupa-rupanya anak kambing.
Baca Artikel Berkaitan: Disangka Anjing, Netizen Tertipu Anak Kambing Bermain Lumba Lari Dengan Sekumpulan Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!
Atlet Muay Thai Main Dengan Meerkat Di Tempat Parkir
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok menunjukkan telatah atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (@iman.aliff) yang bermain di kawasan parkir pusat membeli-belah AEON.
Mungkin anda sangkakan dia sedang bergurau dengan rakan-rakan atau kucing jalanan dan sebagainya.
Namun lain daripada lain, apabila Iman bermain dengan dua ekor meerkat! Ya, meerkat yang anda selalu lihat dalam filem animasi Madagascar dan watak ‘Timon’ dari Lion King tu.

Menerusi video perkongsian, kelihatan haiwan-haiwan berbulu itu dengan aktif sedang mengejar Iman. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, mereka ikut. Seolah-olah meerkat tersebut sudah mengenali Iman.
Malah gelagat makhluk comel itu juga seakan menunjukkan bahawa ia sering bermain dengan atlet berkenaan selama ini. Dengan saiz badan yang kecil, memang comel ya! Terkedek-kedek je meerkat ini berlari.
Namun tidak dapat kami pastikan sama ada kedua-dua meerkat itu milik Iman atau sebaliknya.
Tonton video [DI SINI].
Dalam satu hantaran lain, kelihatan meerkat-meerkat ini masih meneruskan ‘misi’ mereka bagi mengejar dan mendapatkan Iman. Siap ikut dalam pusat beli-belah itu lagi.
Haiwan-haiwan ini juga dilihat tidak takut berada di tempat awam mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan manusia di sekeliling.
@iman.aliff #EkspresikanDenganCapCut ♬ เสียงต้นฉบับ – HYD Collection
Tonton video [DI SINI].
Ramai Berdekah Lihat Gelagat Iman Main Dengan Meerkat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat atlet tersebut yang bermain dengan haiwan yang berasal dari Afrika itu.
“Dia nak apa tu dengan bapaknya (Iman). Comel la. Macam anak kecil yang ikut je bapaknya pergi mana-mana,” kata seorang warganet.
Malah ramai juga geli hati melihat meerkat yang tidak henti mengekori Iman dari belakang.
“Comelnya! Kenapa benda tu ikut dia, nak menuntut ilmu Muay Thai ke?” seloroh seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga yang berjenaka dengan mendedahkan kononnya sifat seorang lelaki.
“Lelaki ni tidak memilih kawan, asalkan dia dapat bernafas,” kata seorang netizen.






Baca Artikel Berkaitan: “Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.