[Video] Tangan Anak Kecil Sangkut Dalam Lubang Mesin Tikam Bikin Ramai Bimbang
Menurut si bapa anak lelakinya itu telah memulas tombol mesin tikam sambil memasukkan tangannya ke dalam lubang tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, pasti ada sahaja mesin tikam apabila berada di kawasan kedai runcit. Mesin tikam itu sudah semestinya menjadi kegilaan anak kecil yang mana terdapat banyak permainan menarik di dalam bola itu.
Ia bukan sahaja disukai kanak-kanak zaman 90-an, malah sehingga kini mesin tikam ini masih menjadi tumpuan segelintir anak.
Namun begitu, siapa sangka mesin yang dikhaskan buat budak kecil itu juga boleh mengundang bahaya jika tidak digunakan dengan cara yang betul.
Tangan Kanak-kanak Tersepit Dalam Lubang Mesin Tikam
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@haris_aqif) apabila seorang bapa dikenali sebagai Haris berkongsi detik cemasa apabila tangan sebelah kanan anak lelakinya tersepit di dalam lubang sebuah mesin tikam.
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu menangis kesakitan dan berasa panik dengan perkara terbabit.
Dalam masa sama, kelihatan juga ramai pihak bomba sedang berusaha keras bagi mengeluarkan tangan si kecil dengan selamat. Menurut Haris, si anak telah memasukkan duit ke dalam mesin untuk mendapatkan bola, namun sebelah tangannya lagi dimasukkan ke dalam lubang tersebut.
Tangannya itu kemudian tersangkut selepas si kecil memulas tombol mesin terbabit.
“Tangan sebelah lagi celup lubang tu. Selalunya dia tunggu je bola tu jatuh,” kata Haris.
Jari Si Kecil Alami Luka Ringan
Alhamdulillah dengan bantuan pihak bomba, tangan anak kecil itu berjaya dikeluarkan. Dalam satu hantaran lain, Haris menunjukkan bahawa terdapat kesan luka kecil pada jari anaknya.

Sementara itu, Haris juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa berwaspada sekiranya anak bermain dengan mesin tikam berkenaan.
“Yang mana ada anak kecil tu, elakkan la mainan bola tabung (mesin tikam) ni. Tangan anak tersangkut,” kata si bapa di ruangan kapsyen.
@haris_aqif Yang mana ada anak kecil tu.. elakkan la mainan bola tabung ni.. tangan anak tersangkut..😥
♬ bunyi asal – Haris_Aqif
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tangan Si Kecil Tersepit Dalam Mesin Tikam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan situasi tangan anak kecil yang tersangkut dalam lubang mesin tikam.
“Kesian tengok dia. Budak apalah yang diorang tahu kan? Janji teruja nak kan boleh mainan tu. Moga baik-baik sahaja dia. Mesti fobia lepas ni,” kata seorang netizen.
Malah, ramai juga di kalangan ibu bapa yang mahu menunjukkan video ini kepada anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan mesin tikam tersebut.
“Boleh tunjuk dekat anak ni. Anak saya suka sangat nak main benda ni padahal dapat mainan pun entah apa-apa. Semoga bertabahlah ayahnya. Nak tunggu dia cerdik cukup akal memang kita kena kental emosi fizikal dulu,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada juga individu yang berkongsi pengalaman sama yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Saya antara yang pernah tersangkut tangan dalam ni (mesin tikam) masa kecil. Ya memang salah sendiri sebab naluri budak yang tertanya-tanya kenapa lubang ni keluar bola. Mesti tangan muat. 20 tahun dulu mesin ni sangat banyak, merata alam,” kata seorang pengguna TikTok.





Kaki Kanak-kanak Tersepit Dalam Eskalator
Insiden melibatkan anggota badan kanak-kanak yang tersepit pernah dilaporkan berlaku sebelum ini.
Terdahulu sekitar tahun 2022, kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun telah termasuk di bahagian tepi eskalator pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.
Mangsa dipercayai bersama dengan ibu bapanya ketika sedang turun dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk dan tersangkut pada eskalator terbabit.

Operasi menyelamat mangsa mengambil masa kira-kira setengah jam dan kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.
Diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ibu bapa pun mainkan peranan penting untuk sentiasa memantau anak masing-masing bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Kaki Kanak-kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator Di IOI City Mall
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Harap Dia Tak Trauma”- Kanak-kanak Lelaki Cemas Selepas Makcik Tersangkut Dalam Lif
Baca Artikel Berkaitan: Budak 8 Tahun Patah Jari Kaki, Tersangkut Di Eskalator Pusat Beli-belah [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.