[Video] Bazar Jalan TAR Musnah Dilanda Ribut, Peniaga Salahkan DBKL Undang Pelbagai Reaksi
Difahamkan, peniaga bazar Jalan TAR kesal dengan tindakan DBKL membuat ‘layout’ khemah yang tidak efektif menyebabkan majoriti musnah dilanda ribut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bencana alam sememangnya di luar kawalan manusia. Namun apabila melibatkan kerugian besar, sudah pasti timbul persoalan tentang langkah pencegahan dan tanggungjawab pihak berwajib.
Baru-baru ini, tular satu rakaman memaparkan suasana pilu di bazar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) selepas dilanda ribut. Lebih mencetuskan perdebatan, beberapa peniaga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kerosakan yang berlaku.
Menurut mereka, susunan khemah yang digunakan dalam bazar tahun ini tidak sesuai kerana diletakkan dalam konsep ‘back to back’, menyebabkan ia lebih mudah tumbang ketika ribut melanda. Mereka mendakwa telah menyuarakan kebimbangan ini lebih awal, namun tidak diendahkan pihak berkuasa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Panel Dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh Akibat Hujan Lebat
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Berhadapan Hotel Concorde KL
Peniaga Salahkan DBKL Lepas Bazar Musnah Dilanda Ribut
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@zainonjohan), seorang wanita merakam keadaan di sekitar bazar yang musnah akibat ribut.
Dalam video tersebut, kelihatan khemah rosak teruk, serta barang jualan bertaburan di atas jalan.
Video itu turut memaparkan seorang peniaga wanita yang menangis teresak-esak sambil mengeluh tentang kerugian besar yang dialaminya.
“Banyak weh, rugi banyak…” luahnya dalam nada sebak.
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Beri Pelbagai Reaksi, Ramai Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi ini.
Ramai yang mempersoalkan tindakan peniaga yang ‘menunding jari’ kepada DBKL, menyatakan bahawa mereka terlalu beremosi dalam membuat tuduhan.


Ada yang meninggalkan komen berbaur ‘sindiran’ terhadap dakwaan peniaga menyatakan apa yang terjadi merupakan kesilapan pihak DBKL.

Namun, ramai juga yang mengambil pendekatan lebih neutral dan berpendapat bahawa kejadian ini berpunca daripada fenomena alam, bukannya kesilapan mana-mana pihak.

Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian ribut seperti ini adalah ujian dari Tuhan dan tidak boleh dipersalahkan kepada sesiapa malah perlu reda dengan dugaan.

Terdapat juga peniaga lain yang berkongsi pengalaman serupa ketika mereka berniaga di bazar. Menurut mereka, kerugian akibat bencana alam adalah sesuatu yang perlu diterima dengan hati terbuka.
“Dulu saya meniaga, barang niaga saya pun pernah musnah sebab ribut. Tapi saya anggap ini petanda Allah suruh berehat seketika.”

Hujan Lebat & Ribut Jejaskan Beberapa Lokasi Di Kuala Lumpur
Sejak beberapa hari lalu, cuaca buruk melanda Kuala Lumpur dengan hujan lebat serta ribut yang menyebabkan pelbagai insiden tidak diingini.
Semalam pada tarikh yang sama berlaku kejadian ini (12 Mac), satu insiden berlaku di Stesen LRT Masjid Jamek apabila panel dinding runtuh akibat hujan lebat. Video kejadian itu tular di media sosial, memaparkan serpihan panel dinding bertaburan di lantai stesen.
Selain itu, satu lagi insiden dilaporkan di laluan LRT Kelana Jaya apabila berlaku letupan kecil di salah sebuah tren. Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada masalah teknikal, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.
Rapid Rail Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Insiden Secara Terperinci
Sehubungan itu, pihak Rapid Rail turut menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden runtuhan panel dinding itu dengan lebih terperinci di samping memastikan keselamatan struktur binaan Stesen Masjid Jamek.
“Anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen berkenaan bagi melancarkan pergerakan penumpang,” katanya.
Rapid Rail juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang dan akan mengemas kini sebarang perkembangan terkini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Panel Dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh Akibat Hujan Lebat
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang: Ini Sebab & Cara Untuk Elak Kejadian Sama
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Ambil Kesempatan” – Ramai Berang Lihat Pakcik Ini Sengaja Langgar Wanita di Bazar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.