“Passing Cloud Je Ni..” – Gelagat Sekumpulan Gadis Buka Puasa Dalam Hujan Buat Ramai Geli Hati
Kelihatan tiga orang gadis itu terkejut apabila hujan turun secara tiba-tiba semasa sedang berbuka puasa di sebuah dataran dipercayai sekitar Kuantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keterujaan menyambut Ramadan pada tahun ini boleh dirasai apabila orang ramai mula berpakat bagi berbuka puasa bersama di tempat awam. Sebagai contoh, antara lokasi yang menjadi tarikan orang ramai untuk beriftar adalah di Dataran Putrajaya.
Di sana anda boleh lihat para pengunjung membawa juadah makanan masing-masing dan menunggu saat azan Maghrib berkumandang.
Lebih meriah lagi, tempat itu bukan sahaja dipenuhi dengan umat Islam, malah individu non-Muslim juga turut serta berbuka puasa. Dengan cuaca yang baik, memang selesa semua orang menjamu selera.
Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Masjid Berhampiran MRT, LRT & Monorel Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa
Sekumpulan Gadis Berbuka Puasa Dalam Hujan Di Dataran Sekitar Kuantan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@swetlyqn) apabila seorang gadis berkongsi momen dirinya bersama rakan yang lain sedang berbuka puasa dipercayai di sebuah dataran sekitar Kuantan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai turut berkumpul di sana bagi berbuka puasa bersama. Siap semuanya dengan bekalan makanan yang dibawa dari rumah dan dibeli dari bazar Ramadan.
Sebagai lapik, mereka juga membawa tikar agar sesi iftar itu lebih selesa. Namun lain seperti yang dijangkakan, cuaca pada ketika itu agak mencemburui di mana hujan mula turun.
Langit juga dilihat sangat mendung dan gelap menunjukkan tanda bahawa hujan lebat akan tiba tidak lama lagi.
Gadis-gadis Bersangka Baik, Fikir Hujan Renyai Sahaja & Tak Lebat
Pun begitu, perkara yang mencuit hati apabila gadis-gadis ini tetap husnuzon dengan berkata ia hanyalah ‘passing cloud’ dan mereka tidak akan kuyup dek hujan.
“Hujan guys, ya Allah. Tak apa, sekejap je. Passing cloud je ni,” kata salah seorang daripada mereka yang mengharapkan hujan berhenti dengan segera.
Dalam hantaran sama, anda boleh lihat pakaian mereka mula lencun dan air hujan memasuki bungkusan makanan yang dibawa.
@swetlyqn macamni ke trend iftar tu 🤣
♬ Suara (Ku Berharap) – Hijau Daun
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Gadis Pasrah Jamu Selera Dalam Hujan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai geli hati melihat telatah sekumpulan gadis yang masih bersangka baik walaupun hujan sudah turun.
“Tak pe sekejap je = Penyedap hati,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga yang berseloroh melihat juadah makanan yang sudah dibasahi air hujan.
“Okay la tu dapat extra sup. Air pulak auto refill,” jenaka seorang warganet.
Sementara itu, ada individu yang turut berkongsi pengalamannya berbuka puasa di tempat terbuka sebelum ini.
“Ya weh. Semalam masa nak berbuka tu boleh pulak hujan. Lepas tu tiba-tiba reda balik terus kitorang bentang balik tikar habiskan makanan,” kata seorang wanita.





Pasangan Suami Isteri Juga Berdepan Detik Sama Ketika Iftar
Kalau anda nak tahu, bukan gadis-gadis itu sahaja melalui perkara tersebut.
Seperti yang tular baru-baru ini di akaun TikTok (@sedihyou_), seorang wanita dikenali sebagai Wawa berkongsi situasinya bersama si suami yang ingin berbuka puasa dengan pemandangan tasik.
Namun tidak sampai 2 minit lagi waktu berbuka, hujan lebat telah turun di kawasan terbabit. Disebabkan itu, terpaksalah mereka beralih tempat makan di dalam kereta. Si suami siap lap air hujan yang membasahi kepalanya, sambil menjamah nasi di depan mata.
Jadi selepas ni kalau nak berbuka puasa di tempat terbuka, jangan lupa periksa dahulu ramalan cuaca ya. Jika terus terjah, takut jadi perkara macam ini pula. Hati-hati semua!
@sedihyou_ ♬ suara asli – fby2
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Tahun Pertama Tanpa Mak” – Anak Sediakan Lauk Frozen Untuk Ayah Berbuka Puasa Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Penumpang Tak Pakai Jaket Keselamatan Ketika Berbuka Puasa Atas Bot Raih Kritikan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



