“Macam Ambil Kesempatan” – Ramai Berang Lihat Pakcik Ini Sengaja Langgar Wanita di Bazar
Menerusi rakaman yang dikongsi oleh pemilik video, pakcik tersebut dilihat merapatkan diri dengan semua wanita yang lalu berdekatannya sebelum sengaja melanggar mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Di tempat awam, sikap menghormati ruang peribadi orang lain sepatutnya menjadi perkara asas dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, masih ada individu yang bertindak sebaliknya sehingga mengundang kemarahan ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki warga emas bertindak mencurigakan di sebuah bazar. Dalam rakaman tersebut, dia dilihat berjalan perlahan menghampiri dan melanggar wanita yang lalu di hadapannya.
Tindakan ini mengundang persoalan ramai, lebih-lebih lagi apabila kehormatan wanita yang berjalan bersendirian menjadi taruhan.
Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Rendah Didakwa Cabul 2 Murid Dalam ‘Rumah Hantu’
Baca Artikel Berkaitan: Tukang Masak Didakwa Rakam Video & Simpan Gambar Lucah Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam
Pakcik Sengaja Langgar Wanita Berjalan Di Bazar
Menerusi rakaman yang dikongsi oleh pemilik video di laman TikTok (@zackrazbundle), pakcik itu dilihat merapatkan diri dengan semua wanita yang berselisih dengannya sebelum sengaja melanggar mereka.
Bukan sekali dua, tetapi perbuatannya kelihatan seperti disengajakan setiap kali wanita melintas di laluannya.
@zackrazbundle Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen
♬ original sound – Zack – Zack
Pelaku Sudah Ditegur, Tetapi Masih Ulang Perbuatan
Dalam perkongsian lain, pakcik itu sudah pun ditegur oleh seorang wanita di bazar yang sama.
“Jalan tengok depan, pakcik. Pakcik dah langgar dua kali. Dah lah langgar tempat tak sepatutnya.”
Apa yang membimbangkan adalah, dalam perkongsian lain tersebut pakcik itu kelihatan memakai pakaian yang berbeza daripada rakaman sebelumnya. Ini menunjukkan dia masih mengulangi perbuatan yang sama pada hari lain.
Lebih membangkitkan kemarahan ramai, cara percakapannya yang normal memberi gambaran bahawa dia sedar dengan apa yang dilakukan.
@zackrazbundle Replying to @Lee$latan Dah tua pon perangai letak lutut . Agak agak la bulan puasa kot . sapa ade jumpa pakcik ni rojer .
♬ original sound – Zack – Zack
Ramai Netizen Berang, Ada Mangsa Tampil Berkongsi Pengalaman
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan pakcik itu.
Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, malah ada pengguna TikTok turut meninggalkan komen menjadi mangsa pakcik itu di bazar.




Menurut seorang mangsa, dia juga dilanggar tetapi menyangka ia tidak disengajakan. Oleh sebab itu, dia hanya mendiamkan diri dan tidak menegur pakcik tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Sivik” – Lelaki Dikecam Selamba Letak Kaki Atas Meja Makan Di Restoran
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan
Baca Artikel Berkaitan: Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Polis Buru Penunggang Motosikal Yamaha LC135
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



