“Long Number Soli Aaa…” – Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Call Scammer Cuit Hati Ramai
Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima panggilan daripada scammer tersebut ketika sedang mengadakan sesi Live di TikTok.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan bahawa banyak kes orang ramai ditipu ‘scammer’ dilaporkan dalam negara, malah sehingga melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Selalunya apabila menerima panggilan daripada scammer, orang ramai yang cakna akan hal itu pasti akan segera meletakkan telefon tanpa bercakap apa-apa. Malas nak layan kan?
Tapi ada juga yang masih bercakap dengan bersopan santun dengan memberi alasan seperti mereka tidak berminat atau scammer telah menelefon nombor yang salah.
Malah, terdapat pula yang melayan scammer-scammer berkenaan dengan niat untuk mempermainkannya.
Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: “Jodoh Aku Encik Scammer” – Ramai Terhibur Wanita ‘Bermanja’ Layan Panggilan Palsu
Siti Nurhaliza Terima Panggilan Dari Scammer
Rupa-rupanya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran scammer.
Menerusi video yang dikongsikan semula di laman X (@Cool_Wannabe82), penyanyi yang selesa digelar sebagai TokTi itu sedang menjalani sesi siaran langsung di TikTok sebelum nombor yang tidak dikenali menghubunginya.
“Siapa pula call saya ni? Saya ada call Grab ke?” soalnya sambil menjawab panggilan tersebut.
Kedengaran suara lelaki di sebalik panggilan itu yang bertutur dalam bahasa Inggeris dengan ‘slang’ seperti warga asing. Dia mendakwa membuat panggil daripada bahagian perkhidmatan pelanggan sebuah jabatan pelaburan.
Siti Nurhaliza Tamatkan Panggilan Dengan Alasan ‘Wrong Number’
Menyedari dia adalah seorang scammer, TokTi segera menamatkan panggilan tersebut.
“Ohh long (wrong) number, long (wrong) number. Sorry aaa. Madai, madai,” katanya kepada lelaki terbabit dengan lenggok seperti bahasa Siam.
Siti turut menasihati orang ramai agak mengelakkan sebarang panggilan berkenaan ‘pelaburan’ daripada pihak tidak dikenali.
Penyanyi tersohor negara itu juga berkata dia pernah berlakon menjadi individu lain apabila menerima panggilan daripada scammer.
“Dia dapat random kot nombor ni. Ataupun dia memang adalah nombor saya, dia tahu. Tapi dia tak tahu siapa saya,” katanya lagi.
Sisi lain Siti Nurhaliza….lawak juga 🤣🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/oc3KoInmgR
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) March 12, 2025
Orang Ramai Sifatkan Scammer ‘Beruntung’ Dapat Call TokTi
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa terhibur dan menyifatkan scammer tersebut sebagai ‘beruntung’ kerana dapat bercakap dengan penyanyi kesayangan rakyat Malaysia itu.
“Bertuahnya scammer dapat call TokTi. Macam mana nak buat?” seloroh seorang individu.
Ada juga yang berkata scammer tersebut pasti menerima tolakan yang paling ‘merdu’ seumur hidupnya.
Seorang pengguna media sosial pula menyatakan bahawa Siti pasti tidak akan terlibat dengan pelaburan yang mencurigakan. Sebaliknya dia telah banyak membuat pelaburan yang betul.




Pernah Ada Scammer Menyamar Sebagai Siti Nurhaliza Di Media Sosial
Selain menjadi sasaran scammer, Siti Nurhaliza juga pernah berkongsi bahawa terdapat akaun yang menyamar sebagai dirinya di platform media sosial yang menawarkan perkara tidak masuk akal.
Malah pada tahun lepas, media melaporkan terdapat peniaga tidak bertanggungjawab yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menggunakan suara Siti demi mempromosi produknya.
Baca Artikel Berkaitan: “Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online
Segera Hubungi 997 Jika Anda Kena Scam
Orang ramai diingatkan agar cakna dengan mengenal pasti scammer untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sehingga terpaksa menggadai harta.
Namun jika anda telah menjadi mangsa scam, segera hubungi Tailan Respon Scam Kebangsaan di 997 dalam tempoh masa 24 jam.
“997 ni yang power nya, kalau korang di scam (ditipu) dalam tempoh 24 jam. Insya-Allah dia orang akan cuba dapatkan balik duit (duit yang telah ditipu). Tapi syarat dalam masa 24 jam lah.
“Dan talian ni langsung (live) 24 jam, just call (hubungi saja) sebab selangi duit tu tak dikeluarkan daripada akaun mereka boleh trace (jejak) semula,” ujar peguam Azri Abdullah ketika satu sesi podcast.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh Dihubungi Dalam Tempoh 24 Jam
Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.