Now Reading
“30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

“30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Menerusi video tersebut, Khairul Aming hanya mampu terdiam melihat kerenah peminatnya yang gagal meniru resepi masakannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang Ramadan sudah tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu video resepi masakan oleh ‘content creator’ terkenal, Khairul Aming (KA).

Resepinya sentiasa mendapat perhatian kerana mudah diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati di pasaran. Namun, setiap tahun pasti ada peminat yang berkongsi pengalaman lucu gagal mengikut resepinya.

Trend ini kembali tular apabila ramai yang memuat naik hasil masakan yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan KA, mencetuskan gelak tawa orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati

Khairul Aming ‘Terdiam’ Lihat Konten Gagal Ikut Resepi

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@khairulaming) yang memaparkan satu klip masakan oleh peminatnya yang gagal menjadi sehingga hangit.

Video itu kemudian beralih kepada reaksi KA yang hanya duduk diam seribu bahasa kerana kehabisan tenaga melihat hasil masakan peminatnya.

Dia kemudian memainkan satu ceramah dari komputer ribanya yang mengandungi muzik sayu serta kata-kata tentang bagaimana Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan.

Aksi spontan itu menggambarkan perasaan ‘terbeban’ secara kelakar kerana setiap tahun, trend gagal ikut resepi KA terus berulang.

@khairulaming

Besar ujian video masak tahun ni 😭

♬ original sound – Khairulaming

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terus Bergurau Lepas Lihat Khairul Aming Terdiam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata hanya seronok bergurau dengan situasi itu.

Sumber: TikTok @khairulaming
Sumber: TikTok @khairulaming
Sumber: TikTok @khairulaming

Ada pula pengguna TikTok yang mengubah slogan video KA dari “Hey What’s Up Guys” menjadi “Hey What’s Wrong Guys”.

Sumber: TikTok @khairulaming

Seorang lagi peminat menambah kemeriahan ruangan komen dengan berjenaka tentang isterinya.

“Sejak isteri saya tengok resepi KA, hari-hari dia ajak pergi bazar.”

Konon isterinya akan pandai memasak selepas menonton video resepi-resepi KA, tetapi sudahnya hanya ke bazar juga.

Sumber: TikTok @khairulaming

Penat, Tapi Khairul Aming Sebenarnya Terhibur

Dalam satu perkongsian lain di TikTok (@khairulamingfans_), KA sendiri mengakui dia sebenarnya terhibur dengan kerenah orang ramai yang gagal meniru resepinya.

“Sepanjang lapan tahun buat video masak, aku rasa tahun ni paling menghiburkan dan tengok gelagat sorang-sorang masuk dapur dan memasak. Ada orang tanya tahun ni paling ramai ke orang buat (ikut resepi) tak jadi?

“Tak, sebenarnya ramai buat menjadi sebab beribu-ribu orang yang mencuba. Cuma yang tak jadi tu lah yang masuk FYP (For You Page) sebab banyak engagement. Orang tanya kenapa hangus, kenapa pecah, kenapa bocor?” kata usahawan itu.

Menurutnya, segala proses dalam kegagalan mengikuti resepinya adalah perkara normal. Dia beranggapan itu semua hanyalah langkah-langkah permulaan dalam mempelajari cara memasak.

“Itu semua permulaan yang bagus, teruskan. Kalau gagal pun awak post sahaja. Saya ‘repost’ juga nanti.

“Kita nak bagi penghargaan kepada orang yang cuba masak resepi yang kami kongsi. Apa yang penting dan paling saya merayu, janganlah derhaka resepi,” katanya dalam nada gurau.

https://www.tiktok.com/@khairulamingfans_/video/7480943911993740551

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: “Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Streak Dah Kenapa” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Cuba Buat Resepi Khairul Aming Tapi Gagal

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd