Now Reading
[Video] Wanita Ini Konon ‘Tak Pandai’ Memanah, Sekali Dapat Bullseye. Hebat!

[Video] Wanita Ini Konon ‘Tak Pandai’ Memanah, Sekali Dapat Bullseye. Hebat!

Dia pada mulanya kelihatan terkial-kial sebelum diberi arahan oleh orang ramai agar melepaskan tali busur panahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika mencuba sesuatu buat kali pertama sama ada memasak, bermain alat muzik mahupun bersukan, amat jarang sekali jika anda terus berjaya melakukannya dengan sempurna. (Lainlah kalau anda seorang genius!)

Selalunya bila cuba sesuatu yang baharu, mesti banyak cacat-celanya dan hasilnya hanya akan bertambah lebih baik selepas banyak kali berlatih.

Namun sesetengah orang pula mempunyai tuah atau ‘beginner’s luck’ yang membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan sempurna walaupun buat kali pertama.

Wanita Pertama Kali Memanah Terus Dapat Bullseye

Inilah yang ditunjukkan dalam satu video dimuat naik di TikTok (@afendisalleh75) oleh seorang wanita. Menerusi video tersebut, dipercayai seorang wanita pertama kali cuba untuk memanah apabila dia bertanya mengapakah anak panahnya tidak dapat dilepaskan.

Kapsyen pada video juga memaklumkan bahawa wanita itu ada berkata dia tidak pandai memanah.

Dia yang kelihatan terkial-kial diberi arahan oleh orang ramai agar melepaskan tali busur panah itu. Wanita itu kemudiannya secara bersahaja dan sambil terketawa melepaskan panahannya.

Tapi apa yang menyebabkan orang ramai di sana bersorak adalah apabila anak panahnya mengenai tepat pada bahagian tengah sasaran. Terus dapat bullseye dalam kata tak reti tu!

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9 juta tontonan dengan lebih 177 ribu tanda suka.

@afendisalleh75

Katanya tak reti memanah, tapi….hmmm

♬ bunyi asal – afendisalleh85

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Tertarik Lihat ‘Tuah’ Wanita Memanah Pertama Kali

Perkara itu semestinya menarik perhatian orang ramai yang berkata sukan memanah pasti akan menjadi hobi wanita terbabit selepas ini.

Seorang wanita berkata nasib baik kejadian itu dapat dirakam sebagai bukti dia pernah mendapat mata penuh dalam memanah.

Ada juga yang berseloroh berkata wanita itu dikira juara dunia memandangkan berjaya mendapatkan 10 mata walaupun memanah buat pertama kali.

Namun beberapa pengguna media sosial pula berseloroh bahawa jika dia cuba memanah lagi, pasti tidak akan dapat hasil yang sama dengan kali pertamanya itu.

Ada pula yang berasa geli hati mendengar wanita itu bertanya mengapakah tali itu tidak dapat dilepaskan padahal dia sendiri yang memegang busur berserta anak panahnya.

Sumber: @afendisalleh75/ TikTok

Sukan Memanah Antara Saranan Rasulullah SAW

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memanah dikatakan antara salah satu daripada tiga sukan yang menjadi sunah Rasulullah SAW. Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:

عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ

Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”.

Walaupun hadis di atas dinilai sebagai dhaif, namun terdapat isyarat dalam hadis lain yang menunjukkan Baginda memerintah umat Islam agar mempelajari sukan memanah.

Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:

مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا

Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. 

Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)

Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ

Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”.

Selain memanah, Rasulullah SAW juga menunjukkan saranan agar umat Islam mempelajari berenang dan menunggang kuda yang tidak termasuk dalam perkara yang sia-sia dan melalaikan.

Malah terdapat juga hadis hasan agar memanah sambil menunggang kuda. Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:

ارْمُوا وَارْكَبُوا

Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”.

Riwayat al-Tirmizi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Beradik Menang Acara Memanah Berkuda Di Perancis, Kumpul Dana Dengan Jual Kuih Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Memanah Guna Kaki, Atlet Paralimpik Dari India Dapat Markah ‘Perfect 10’

Baca Artikel Berkaitan: Diminta Memanah Di THSS, Siti Nurhaliza Terpanah LED Pula!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd